Monday, November 28, 2016

Petua Untuk Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya , mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua . Andai tinggal berjauhan , hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar . Jika duduk berhampiran , cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya . - KakNa selalu buat dulu semasa menjadi tunangan orang . Hehehe .

2. Ketika berkunjung , bawalah buah tangan bersama . Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah - buahan . Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati . Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan . - Ishh , kalau tak jadi mertua pun emmang jenis bawa buah tangan bila pergi rumah orang lain . Macam tak sedap pula nak datang dengan tangan kosong , hehe .

3. Kenali sikap sebenar mertua anda . Tanya kepada pasangan anda , apa yang disukai dan dibenci oleh mertua . Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci , secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak . - Emm , sampai sekarang KakNa masih cuba memahami dan mendalami keinginan dan kemahuan ibu mertua ku . Korang yang baru kahwin tu jangan lah mudah sentap tau ! Kena banyakkan bersabar dan berdoa , In shaa Allah , Allah akan bantu .

4. Setelah berkahwin , jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka . Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka . Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua . - Emm , yang ni KakNa akui kadang - kadang KakNa terlepas juga angin monsun barat daya ni dengan encik suami . Maaf bebanyak ler sayangku . 

5. Setiap kali bertandang , cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya . Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu . Ingat , jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri . - Yang ni selalu mak mertua KakNa yang buat lawak , KakNa tukang gelak je . 

6. Berkongsi minat dengannya . Kalau dia gemar bercucuk tanam , anda juga harus belajar bercucuk tanam . Kalau dia gemar memasak , tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya . Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai . Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius . - Minat tak sama , tapi KakNa akan cuba juga tunaikan permintaan dia . Biasanya , kami bawa ke kedai bunga je untuk mak mertua pilih bunga yang dia nak beli . 

7. Apabila tiba hari - hari penting seperti ketibaan Hari Ibu , Ulang Tahun Perkahwinan , Hari Bapa dan Hari Lahir , jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu . Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka . - Ucap jelah , ataupun kiteorang belanja makan , tu je yang paling senang .

8. Paling penting , jaga pertuturan anda . Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’ , anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda . Kata orang, kerana mulut , badan binasa . Jadi berhati - hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka . Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua . - Mulut kami berdua memang agak panas , tapi KakNa selalu usaha untuk tidak menyakitkan hati mak mertua supaya dia tak berkecil hati . 

9. Setelah selesai majlis kenduri , pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut . Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri . Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk , kuali , gelas atau pinggan mangkuk . Walaupun anda keletihan , tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut . Tetapi jika majlis dilakukan secara katering , cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah . - Selalunya mak mertua KakNa tempah catering je , tapi tugas KakNa memang basuh pinggan mangkuk dan potong buah - buahan . Selain tu , abah dan mak mertua KakNa memang bukan jenis suka buat kenduri yang kerap , tapi kalau sekali sekala buat memang meriah dan muai . 

10. Akhir sekali , cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri . Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat . Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka , pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar . - Ini yang biasanya orang perempuan tak boleh terima untuk awal perkahwinan . Memang akan ada fasa berjauh hati atau berkecil hati sesama mertua dan menantu . Tapi , KakNa suka ambil pendekatan positif , dengan berfikir bahawa mak mertua adalah wanita kedua yang KakNa perlu sayang selepas mak kandung . Lagipun , mak mertua KakNa memang sayang KakNa , cuma dia tak pandai nak luah , sama je macam anak dia . Hehehe .

Post ni , dah lama duduk dalam draft KakNa , baru hari ni KakNa nak published sebab KakNa rasa dah sampai masa . Yelah , dulu belum kahwin , so tak boleh nak komen banyak - banyak , nanti kena kecam . Hehehe . 
KakNa tak tahu siapa yang tulis petua ni , tapi KakNa copy paste dia FB , sebab tukang copy tu pun dia tak tahu siapa penulis asal . Apapun , siapa penulis asalnya , KakNa ucapkan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan memudahkan kehidupan beliau . Diharap perkongsian beliau ni bukan sahaja memberi kebaikan dan manfaat kepada KakNa , malahan juga kepada sesiapa yang membacanya . 

Sunday, November 27, 2016

Masa dan Harta

 

Bila kau hanya ada masa tapi bukan harta untuk dihabiskan . 
Maka kau hargailah apa yang ada di hadapan . 
Anak orang lain mungkin gembira dengan banyak makan , 
tapi anak - anak kau gembira bila dapat berjalan . 
Lain manusia , lain kemahuan dan keinginan . 
Lain sifat malahan sikap .
Nikmat apalagi yang kau ingin dustakan . 
Jika Tuhan beri kau kekuatan , mana mungkin syaitan mampu menewaskan . 
Jika kau yang hanya mahu melayan , setinggi gunung kekuatan pun kau tetap akan ditawan . 
#LoveYourselfFirst 
#FamilyFirst 
#KakNaFamily 
#AmyrulSiblings

Saturday, November 26, 2016

ANAK DARA VS MAK DARA

 


Betul lah orang kata , anak dara ni , x cantik mana pun pasti orang suka .


Tengok si kuning , muka kemerah-merahan bila kena panas . Tak perlu blusher . Merah semulajadi . X makan supplement , kulit anjal sentiasa . Bibir merah bak delima . Padahal hanya lipbalm semata . Sangat menggoda sesiapa malah si bakal pemilik jiwa . Iyalah , Sweet 25 katanya . 😅


Sabar .


Cuba lihat si tudung biru . 

Habis ditepek krim siang dan foundation , kulit kusam merata . Jerawat kecil tak nampak namun x bisa juga dibilangnya . Bibir merekah , seolah kena ulser . Lipstik mahal atau murah bukan puncanya . Nak pakai pun mana yang sempat je ler . Tiada istilah selfie di dalam kereta . Anak - anak semua asyik menerpa . Tapi tak mengapa , syukur masih ada peminat setia . Yang sanggup tunggu depan toilet sana , yang sanggup makan saki baki dalam pinggan yang sama . Yang sanggup tidur di tapak kaki asalkan kita tak kemana - mana 😂


Sekarang , kau mahu yang mana ? 

Si dara pasti akan tua juga . Muka merah menahan marah sahaja . 

Si mak dara pasti akan gembira . Melihat anak - anak membesar depan mata . Apa lagi yang dia mahu ? Kau tak ingin , seribu kali dia tak mahu . 😂😂😂 #KakNaStories #KakNaSendaGurau #MudahTerhibur #JanganTerasaKakNaCakapJe

Tuesday, November 22, 2016

Lempeng Cajun

 

Assalamualaikum and good morning ,

Hari ini sarapan lempeng . 😂😂😂😂


Hehe . Hari ni agak rajin , buat lempeng . Tapi lempeng KakNa ni bukan plain je tau . KakNa letak Cajun . Masa bancuh tu tersilap letak garam banyak plak , so agak masin . Hehe . Tapi tak apa , so far boleh telan lagi . KakNa buat nipis - nipis supaya nanti kalau kawan - kawan makan bagi perabih . Hahaha . Pandai tak ?


Mesti korang tertanya - tanya KakNa makan lempeng ni dengan apa ? Haaaa ... Cicah lah dengan gula ! Sambal KakNa tak buat sebab malas + tak pandai , hahaha . So nanti beli je dekat Cafe office tu . Ala , janji cicah . 


Oklah , nak pergi office dah . Jumpa lagi .


Sunday, November 13, 2016

Tersuka Tanpa Sengaja



 


Tetiba je tersuka tanpa sengaja .

Terjatuh cinta .

Macam drama kat TV plak rasanya .

Servey G-Shock , ternampak Baby-G .

Ohmaaakkkaaiiii !!

Xlena tdo malam . Harus masuk wishlist ni . 

Sebab tak menahan melihatnya 😍😍😘😘

Saturday, November 12, 2016

BERSYUKUR

Sejak Awal Muharram lalu , KakNa sering diuji Allah . Sakit tekak on off, sakit kepala on off . Ujian anak , ujian kerja dan macam-macam lagi .


Mula-mula KakNa menangis , tapi sekarang dah tak ada air mata yang ingin dititiskan . Sehinggalah KakNa sujud dan mengadu pada Yang Esa . 


Orang lain mungkin rasa apa yang KakNa lalui tak seberat apa yang mereka hadapi . Iya , betul . Allah tu tak zalim . Setiap ujian , dugaan yang kita terima adalah setimpal dengan kemampuan kita .


Tapi , kenapa kita masih berasa kecewa setiap kali diduga ? Mengapa ? 


Sebab kita semua hanyalah hamba Allah yang tak sempurna . Allah jadikan atau wujudkan perasaan kecewa , sedih atau hampa dalam diri kita adalah semata - mata untuk kita sedar , bahawa tiada yang kekal melainkan Allah .


Allah juga mahu kita ruku' dan sujud kepadaNYA . Bercinta denganNYA dengan sebenar - benar cinta . Merindukan DIA , dengan sebenar - benar rindu . 


Syukur .


Ya KakNa bersyukur , diberi peluang menjadi seorang anak , diberi rasa untuk menyelami hati suami , diberi masa untuk bermain dengan anak - anak , diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan . 


Tapi , KakNa juga manusia biasa . Ada masa KakNa boleh tersenyum , ada masa KakNa juga akan menangis . Menangis bukan untuk tunjuk kelemahan , tapi menangis kerana terlalu letih , terlalu penat . Penat menjaga hati manusia .


Namun , Alhamdulillah . Awal Muharram lalu , KakNa sedar jika ada sebarang ujian yang KakNa terima , KakNa kena muhasabah diri semula . 


KakNa cuba amalkan konsep , "FORGIVE AND FORGET" . Walaupun kadang nak melupakan itu satu perkara yang amat sukar , KakNa cuba juga , mungkin tak boleh 100% lupa , tapi sekurang - kurangnya KakNa cuba .


Apapun , doakan KakNa terus istiqamah dalam menjaga hati sendiri . Begitu juga dalam menjaga hubungan dengan Allah . Hubungan dengan manusia ? Tak apalah , biar Allah yang jaga hati mereka . KakNa usaha mana yang mampu . In shaa Allah .  😊


Terima kasih pada yang baca sampai habis . Jemput datang baca lagi .


Assalamualaikum . ✌🏻️

Friday, November 11, 2016

Perihal Anak

 

 

KakNa tak pernah takot ada anak ramai. Biarlah orang nak cakap apa. Tapi, Allah lebih mengetahui. KakNa kan ceaser. Jadi sesiapa yang boleh bersalin normal tu jangan sekat2, sebab kita tak tahu bila kita tua kita larat ke nak tanggung risiko ketika hamil dan sebagainya.

Teringat KakNa bila ada orang tanya kenapa KakNa merisikokan diri untuk mengandung lagi sedangkan dah bersalin ceaser. KakNa jawab satu je.

"Kalau nak meninggal, duduk tengok tv pun boleh 😊"

Terus KakNa dikecam takbur. Tak apalah, biar Allah tahu apa yg ada dlm hati KakNa.✌🏻️

Thursday, November 10, 2016

Harta Dunia dan Akhirat

Harta Dunia Akhirat.

 

Nilah yang aku ada.
Yang peluk aku bila aku menangis.
Yang sapu air mata aku bila aku menangis.
Yang mahu aku pangku.
Yang mahu aku tatang.
Ini je yang aku ada.
Aku tak ada emas permata.
Tapi ini tiada galang gantinya.

Walau dimarah, mereka tetap mahu tidur dipangku oleh ku.
Tetap mahu dipelukku.
Tetap mahu dikucupku.

Inilah tempat aku bermanja.
Tempat aku meluah rasa.
Tempat aku mengadu duka lara, keluh kesah dunia.
Sedangkan mereka tak tahu apa.

Aku takot aku tak mampu jadi yang terbaik.
Aku takot aku tak mampu beri yang terbaik.
Aku takot siangku tanpa mereka.
Aku lebih takot siang mereka tanpa aku.

Aku insan lemah.
Aku mungkin kurang diajar, sebab aku tak sempat belajar.
Ajarilah aku seperti mahumu.
Jika kau rasa itu yang perlu.

Berhenti.
Berhenti menghukumku.
Sakit jiwaku.
Seksa batinku.
Kerana aku tahu, sakitku adalah sakit buat anak-anakku.

#InspirasiKakNa

Wednesday, November 09, 2016

Wordless Wednesday #36 :Abang vs Adik


Abang dan Adik . Bila baik , Ya Allah , mesra kemain ! Bila gaduh , nak roboh rasa rumah kami . Hehehe .


Rindunya masa ni , semua comel ! 
Si Arsyad dengan rambut pendek dia , Akhmal pula belum pandai merengek manja . Oooooohhoooiiii ! Nak mengandung pula rasa ! 
ooopppss !

Monday, November 07, 2016

Cermin Mata


 Cermin mata

KakNa rasa, KakNa dah kena terima hakikat bahawa KakNa dah kena pakai cermin mata secara kekal. 😭

Semua tak nampak. 

Allah baru tarik nikmat sikit. 

#KakNaStories

Saturday, November 05, 2016

Rakan Sekerja Yang Baik

Hai korang .

Hari ini KakNa nak perkenalkan rakan sekerja yang paling KakNa sayang dan percaya . Akak ni dah macam akak kandung KakNa . Dia selalu bagi sokongan pada KakNa walaupun kadang kala KakNa rasa KakNa tak layak kawan dengan dia . 

 

Korang tengoklah , akak ni kecik je . Kalau keluar dengan dia , orang meati ingat dia tu lagi muda dari KakNa . Malunya . Nampak sangat KakNa ni tak cantik dan nampak tua . Haiishhh . Tak apalah , yang penting persahabatan kami tetap kukuh . 

Terima kasih Kak Eton sebab terima saya sebagai kawan dan anggap macam adik . 😘

Friday, November 04, 2016

Kisah keropok

 

Bujang2 ni suka makan . 
Tapi nak carik yang sedap susah .
Sekali hadap satu balang ,
Makan mengadap nak berhenti payah .

Anak - anak KakNa suka sangat makan keropok ikan . Keropok ni keropok ikan tamban . Kalau nak lagi sedap ikan parang lah . 

Tapi masa beli keropok ni , mak cik kedai tu cakap ikan parang susah nak dapat sekarang tambahan pula harganya mahal . Maka , semakin ramai peniaga IKS tak mampu nak ambil ikan parang dalam kuantiti yang banyak .

Apapun , pada KakNa , dengan cara membeli barangan di tepi jalan ketika bercuti adalah cara untuk membantu peniaga kecil ini . Usaha KakNa mungkin nampak kecil , namun KakNa tahu itulah yang KakNa mampu . Sekurang - kurangnya bila KakNa membeli dapatlah mereka meneruskan hidup seharian mereka .

Korang pun kenalah bantu sama . Tak perlu beli banyak . Kalau lalu tepi jalan , singgahlah dan beli lah ikut keperluan . Mereka akan berterima kasih pada korang tau !
Yelah , dalam keadaan ekonomi sekarang kan , kalau kita tak membeli , macam mana ekonomi kita nak berkembang ? Betul tak ?

Selamat membeli ! Hehe !

#manatakgemuk 

Thursday, November 03, 2016

#KakNaFitJouney : Day 1 - Day 3 , Week 0

START

01.11.2016
Selasa

Height : 160 cm
Weight : 94.7 kg

Day 1 : 94.7 kg


Ukuran : 
- Lengan : 14 inci
- Dada : 43 inci
- Pinggang : 47 inci
- Punggung : 50.5 inci 

Breakfast :
- Lontong 5 ketul dan sayur goreng . 

Lunch :
- Nasi putih segenggam + sayur sawi goreng + ikan selar goreng petai , 3 ekor kecil

Snack :
- 1 roti chicken floss Lavender

Dinner : 
- Nasi goreng Kampung + Telur Mata

Air :
- 1.5 liter

02.11.2016
Rabu

Breakfast : 
- Bihun sup tanpa kuah

Lunch :
- Nasi segenggam
- Ayam kepak masak kari , kuah 1 sudu
- Sayur campur goreng ( kobis & sawi)
- Daging masak rendang

Dinner :
- Chicken chop (breast) with small portion fries

Air :
- 2.5 liter

03.11.2016
Khamis

Breakfast :
- Lontong basah , kuih (4 keria , karipap , ketayap)

Lunch : 
- Soto Nasi 4ketul + 2 biji bergedil

Dinner :
- Nasi putih dan sup ayam.

Air :
- 2 liter

Updated on 03/11/2016

Wednesday, November 02, 2016

Wordless Wednesday #35 : BFF







Emm , entah bila nak keluar sama - sama lagi . Ini gambar awal tahun 2016 KakNa dengan Best Friend Forever KakNa ni . Gambar yang latest nanti KakNa kongsi yer . Gambar ni masa KakNa dan KakLina pergi membeli - belah di AEON Tebrau , Johor . Kira macam gambar baling belakang juga lah .

Doakan hubungan persahabatan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami . In shaa Allah . 

I Love You , Babe KakLina ^_^

Tuesday, November 01, 2016

01.11.2016

Hai November !

Korang , KakNa nak beritahu . Mulai 01.11.2016 ni url blog KakNa dah bertukar tau. Dulu url KakNa ialah amysyghana.blogspot.my . Sekarang dah tukar tau , jadi kaknajourney.blogspot.my. KakNa tengah buat penjenamaan semula . Ceh ! Hehe !

In shaa Allah lepasni semua bertukar , fb , ig, fb page (coming soon) untuk naikkang rangking blog KakNa ni . Diharap semua kawan - kawan sudi lah support like and share posting - posting KakNa yer .

Bukan apa , kalau orang lain boleh buat duit dengan dunia blog , KakNa pun nak cuba . Tak salahkan ? Apapun , apa yang KakNa buat ni adalah lebih ke arah kematangan fikiran sejajar dengan umur KakNa yang nk masuk 30 tahun . Semoga penambahbaikan ini dapat diterima oleh semua pihak . In shaa Allah , KakNa akan cuba seberapa kerap untuk blogwalking dan update blog yer.

So , stay tune !