Wednesday, May 31, 2017

Sunday, May 28, 2017

7 Days Croissant With Cream Chocolate Cream Filling by Munchy

7 Days Croissant With Cream Chocolate Cream Filling by Munchy

Hai korang , tengah buat apa tu ? Puasa tak ?
Tak kan dah ponteng puasa , baru hari kedua kot ! Hahahaha .

  

Nampak sedap kan ? Memang sedap pun korang !

Roti ni FIL yang belikan untuk anak - anak , FIL beli dekat 7eleven area rumah dia . KakNa belum beli lagi , sebab masalahnya pasaran belum meluas lagi , so susah nak cari . Almaklumlah , produk baru kan ?
Harga ? 
RM 1.30 kalau KakNa tak silap . 

Serius sedap . 

Lepas ni nak carik lagi , nak buat stok untuk anak - anak dan bekal ke rumah pengasuh . Haiishh , puasa - puasa ni , makanan semua nampak sedap kan ? 

So , kalau korang dah jumpa tu , cepat - cepatlah beli dan cuba yer ! Rugi tau siapa yang belum cuba . Hehehe . Tapi kalau tak sedapkan jangan salahkan KakNa , pergi salahkan kilang Munchy tu . Huhu .

Okaylah , nak sambung buat kerja .

Assalamualaikum !

Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan 1438H

 

Alhamdulillah .

Akhirnya bertemu kembali dengan bulan yang ditunggu - tunggu . Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk sampai ke bulan yang penuh keberkatan ini . Semoga kita semua kuat dalam menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini . 

KakNa mohon ampun dan maaf andainya ada yang terasa dalam coretan KakNa di dalam blog picisan KakNa ni . Teruskan menyokong KakNa , In shaa ALLAH , KakNa akan perbaiki dari semasa ke semasa . 

Jom kita perbanyakkan ibadat dan bersedekah , semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini menjadi jambatan pahala untuk kita ke syurga .

Selamat datang wahai Ramadhan !

Salam Ikhlas ,
KakNa .

Friday, May 26, 2017

Jumaat Terakhir Syaaban 1438H

 

Assalamualaikum.

Jumaat terakhir.

Syukur.

Masih diberi peluang untuk hirup udara milik Allah.

Jom, kita sedekahkan Al-fatihah buat diri sendiri dan orang yang tersayang.

Esok dah puasa , so hari ni siapa ynag nak beramal ke nak bersedeka ke dah boleh sangat dah . Tak kan nak tunggu puasa baru nak bersedekah kan ? Hehe . Apapun , happy holidays to you all !

Keep in touch ya ! Thanks sebab baca blog KakNa ni .

#KakNaGojes
#KakNaJourney

Wednesday, May 24, 2017

Wordless Wednesday #15 : 2 hari lagi

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang .

Lagi 2 hari je nak puasa Ramadhan . 

Dah standby barang - barang nak buat sahur dan juadah berbuka ? 

KakNa belum lagi . 

Apapun , selamat menjalani ibadah puasa yer semua . 

In shaa Allah , jika diberi kesempatan KakNa akan update menu masakan atau resipi sepanjang Ramadhan nanti . 

Itupun kalau masak lah yer . Hehe .

Okaylah , KakNa nak shopping barang - barang dapur lah . 

Jumpa lagi .

Monday, May 22, 2017

Parboiled Basmathi Rice

Assalamualaikum .

Lama dah nak share pasal benda ni . Alaaaa , dalam circle FB KakNa kan ramai orang yang nak kurus dan coach kurus , so ramai lah cerita pasal benda ni . KakNa ni jenis malas nak carik kalau benda yang memang jarang beli , adalah dekat dua tiga bulan jugak cari beras ni , tapi akhirnya jumpa kat Kipmart Tampoi, Johor Bahru . Bukan nak cakap tempat lain tak ada , tapi macam KakNa cakap lah , malas nak carik , haha ..

Sebenarnya , masa checkup baby 24 weeks  aritu , nurse ada cakap yang HB dan berat badan KakNa okay , cuma kena control , especially gula dalam darah . Setakat ni nurse tak ada suruh repeat minum air gula , tapi lepas 28 weeks kalau HB dan berat tak okay kenalah jugak nanti repeat minum air gula . yaaarrkkss ! tak sedap weeii . siapa yang dah minum dia tahu lah rasanya macam mana . 

So , nak share pasal beras parboiled @ rebus ni bukan pasal bagus untuk orang mengadnung je , orang yang tak mengandung pun bagus. sebab kandungan GI dia rendah , KakNa dapat info serba sedikit daripada blog SI KELEDEK ni . 

Meh , KakNa copy paste sikit .


Makanan yang rendah GI ini boleh :-
  • Membantu mengurangkan dan mengawal berat badan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menambahbaik tahap kolesterol darah
  • Mengurangkan rasa lapar dan mengeyangkan dalam jangka masa yang panjang

APA ITU BERAS PARBOILED

Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan beras perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi beras putih.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus/parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnyanya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.
Proses pengestiman beras tersebut tidaklah menjadikan beras tersebut masak oleh itu ianya akan mengambil masa yang sama sahaja untuk dimasak seperti beras yang tidak direbus terlebih dahulu.
Oleh kerana menjalani proses yang istimewa, beras yang direbus/parboiled rice mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang tidak direbus/non-parboiled rice.

KELEBIHAN BERAS PARBOILED

  • Sangat bersih
  • Tidak patah-patah semasa diproses
  • Sangat elegan dan cantik bentuknya
  • Tidak patah-patah semasa dimasak
  • Semakin memanjang apabila dimasak
  • Khasiatnya 80% bersamaan dengan beras perang (brown rice)

APAKAH NASI YANG SESUAI DIMASAK MENGGUNAKAN BERAS BASMATI PARBOILED?

Beras ini sesuai digunakan untuk semua jenis masakan nasi termasuk nasi arab, nasi minyak, nasi briyani, nasi dagang, nasi lemak dan lain-lain nasi termasuk di makan seperti nasi putih biasa.
ha , so korang rasa macam mana ? bagus ke tak bagus beras rebus ni ? sebenarnya ada macam - macam jenama , tapi yang KakNa jumpa cuma jenama ni je setakat ni , kebetulan harganya boleh dengar lagi , almaklumlah baru nak cuba kan ? tapi sebenarnya ada banyak jenis kat pasaran tu , kena rajin lah carik yer .
                                                                    sumber : google
malas rasanya nak ambil gambar beras yang kat rumah tu , hahaha .. sorry yer korang . ni yang KakNa makan lah , sedap dan yang paling penting tahan kenyang agak lama tau ! Anak - anak pun suka , lagi - lagi si abang tu yang susah makan nasi , si adik tak payah cakap , berpinggan - pinggan bertambah nasi . 
KakNa harap semoga beras ni akan KakNa amalkan sampai bila - bila . Almaklumlah , umur dah masuk tiga posen ni , kena jaga - jaga bab kesihatan . Hehe .
Jom kawan - kawan , kita berubah ke arah kebaikan . 
Selamat mencuba !

Sunday, May 21, 2017

183 days, 24 weeks

 

Anak,
26 minggu lepas awak tak buat Ummi mabuk sangat macam hari ini. Hari ni, lepas makan, awak bergerak / bergolek sampai Ummi rasa nak pitam. 
Ummi tido sampai 2 jam sayang. Kejap tadi Ummi muntah segala makanan yang Ummi makan untuk awak.
Allahu.
Baru Ummi tahu macam mana orang yang mabuk hari-hari tu.
Ummi kena kuat untuk awak.
Nanti awak keluar, awak picit kepala Ummi macam abang-abang awak eh?
Ummi sayang awak.
#KakNaPreciousMoments 

Selamat Hari Lahir Mak :'(


 

21.05.1957 - 21.05.2017
Kalau mak ada lagi, mesti arini mak dapat hadiah banyak sebab hari last berkerja.

Tapi jangan risau, mak tetap dapat banyak hadiah Al-fatihah daripada anak-anak mak.

Mak, cucu mak dah ramai tau. Kalau mak ada mesti uda paling gembira sebab mak dah "bebas" dan boleh bantu uda berpantang. 
Tapi, Allah lagi sayang mak. Allah taknak uda susahkan mak. 
Mak rehat lah ea. uda sayang mak. In shaa Allah, nanti uda datang tengok mak yer.

Al-fatihah.

#MakKakNa #TiadaGalangGanti #RinduKariIkanTongkolMak #RinduMakSikatRambutSambilBebel #RinduSemuanya #AllahKauLapangkanlahKuburDia

Friday, May 19, 2017

It's Better To Cry

 

Betul. 

Itu yang aku cuba buat sejak 2017 ni. 

Rasanya dah tak ada marah orang luar kecuali anak-anak. 

Lepas marah nangis sendiri. 

Anak-anak kena marah sebab ummi tension. 

Tapi lepas menangis , mesti lega.

Mintak maaf dengan anak-anak semula. 

MARAH MEMANG MEROSAKKAN JIWA. 

Sama ada jiwa yang dimarah atau yang sedang marah.

S.A.B.A.R

Thursday, May 18, 2017

Terkesan di hati ... :(

 

Perkara Buruk .

Kadang - kadang kita macam tak bersyukur dengan apa yang terjadi dalam hidup kita , sedangkan bukan kita nak pun rasa macam tu . Apapun , kembalilah pada Allah . Redha . Walaupun agak pahit , tapi in shaa Allah , setiap apa yang Allah beri itu ada hikmahnya .

Aamiinn .

Wednesday, May 17, 2017

Wordless Wednesday #14 : Dah sedia ke?


Dah sedia ke ?

Lebih kurang 10 hari lagi nak puasa . 
KakNa pun tak tahulah kali ni dapat penuh ke tak . 
Harapnya dapatlah yer , sayang puasa Ramadhan kan , setahun sekali je . 

Nanti kita kongsi kisah Ramadhan kita ya. 

Assalamualaikum .

Wednesday, May 03, 2017

SIBUK YANG TERAMAT

Assalamualaikum .

KakNa ni sibuk sangat akhir - akhir ni sampai tak sempat update , yang dah schedule tu oklah . yang simpan dalam draft tak sempat lagi nak bagi final touch . Maaf eh korang , apapun , terima kasih bagi yang masih sudi baca dan komen di blog KakNa ni yer ! 

Sayang korang !