Last Day .
Bunyi macam nak tinggalkan satu tempat atau seseorang .
Iya .
Hati dah kecil dan kering . Terasa macam apa yang KakNa buat selama ni tak dihargai . Sungguh . Kecewa yang amat .
Bulan Februari , bulan cinta dan kelahiran KakNa , sepatutnya yang gembira - gembira sahaja jadi , tapi apakan daya . Ada juga yang buruk berlaku :(
Apapun , KakNa harap ini adalah LAST DAY untuk bersedih .
I HAVE TO MOVE ON .
Selepas ini , dengan siapa pun KakNa berurusan , KakNa akan pastikan KakNa tak akan tersilap langkah lagi . KakNa akan lebih berhati - hati . Tapi , apapun , Allah jua penentu segala perancangan hidup KakNa .
Esok , KakNa harap , semuanya akan kembali seperti sediakala . KakNa harap sangat Allah bantu KakNa . KakNa tak mahu bersedih terlalu lama , walaupun KakNa tahu , ada hikmah di sebalik semua ini .
Bagi yang tahu cerita , KakNa harap , korang semua KEEP SILENT , yang tak tahu , jangan memandai buat andaian .
Apapun , bulan Februari ini adalah bulan yang best sehingga ke hari ini .
Wednesday, February 28, 2018
Wednesday, February 21, 2018
Wordless Wednesday #8/2018 : Coklat
Tags
Wordless Wednesday
Benda makan ni , memang makan terus habis , tapi lepas makan ,
kita akan tetap teringat - ingat orang yang bagi kita makan tu .
Awak , awak memang orang yang garang sepanjang saya kenal awak ,
tapi saya tahu awak marah saya sebab nak saya pandai dan saya boleh berdikari .
Terima kasih awak .
Saya akan rindu awak .
#gambarpada14022018
Tuesday, February 20, 2018
My BFF
My BFF .
Best Friend Forever .
Best Funniest Friend .
Jumpa tak selalu, tapi dia yang paling memahami.
see , suka tau cacatkan gambar KakNa
KakNa ni tak ramai kawan , tapi kawan yang berkualiti in shaa Allah ada . BFF KakNa ni dari 13/02/2018 dah whatsapp nak ajak makan luar , KakNa okay je tapi kena tanya husband dulu , then bila Big Boss dah kata YES , maka melompat lah KakNa . Huhuhu .
haiishh sabo jelah
Plan punya plan , last sekali makan kat Pizza Hut sebab nak lokasi yang dekat dengan rumah KakNa , huhu . Tak kisahlah janji perut kenyang dan orang belanja .. Oppss . Apapun , KakNa happy sangat sebab Azlina nak belanja kan ? Hahaha . She is my only friend yang selalu ada waktu KakNa susah dan senang . Of course lah senang i will tell her first . Dia yang tahu jatuh bangun KakNa , dan rasanya KakNa belum ada yang terlepas apa - apa nak beritahu dia . I guess so . Mungkin sebab perkenalan dan persahabatan kiteorang sejak Tingkatan 1 , buat kiteorang boleh get along sampai hari ini . KakNa harap sangat persahabatan ini boleh berkekalan sehingga ke akhir hayat . Aaminn .
Sebab dah lama sangat tak jumpa kiteorang berbual sampai tak sedar dah pukul 10 , ahhaha . Pizza Hut pun dah nak tutup dah . Pekerja diorang siap tengok - tengok kiteorang kalau - kalau kiteorang dah siap berbual dan nak balik . Sori awak !
baik selfie dengan Amsyar je kan sayang ?
tq sayang !
Best Friend Forever .
Best Funniest Friend .
Jumpa tak selalu, tapi dia yang paling memahami.
see , suka tau cacatkan gambar KakNa
KakNa ni tak ramai kawan , tapi kawan yang berkualiti in shaa Allah ada . BFF KakNa ni dari 13/02/2018 dah whatsapp nak ajak makan luar , KakNa okay je tapi kena tanya husband dulu , then bila Big Boss dah kata YES , maka melompat lah KakNa . Huhuhu .
haiishh sabo jelah
Sebab dah lama sangat tak jumpa kiteorang berbual sampai tak sedar dah pukul 10 , ahhaha . Pizza Hut pun dah nak tutup dah . Pekerja diorang siap tengok - tengok kiteorang kalau - kalau kiteorang dah siap berbual dan nak balik . Sori awak !
baik selfie dengan Amsyar je kan sayang ?
tak banyak gambar selfie sebab memasing dah lapar dan fokus nak berbual je pun . so , inilah je kenangan yang ada sempena birthday celebration KakNa hari tu . Apapun , terima kasih babe sebab belanja . Semoga bertambah luas dan melimpah ruah rezeki ko sampai bila - bila . Aku doakan semoga cepat jodoh ko , hahaha . Lambat pun tak pe , sebab leh lepak lagi dengan aku hahahaha .
tq sayang !
tengah post ni , lapar plak tengok makanan ni , haishh .. Nafsu nafsu ! lepas tu tak kurus dok salahkan makanan , padahal sendiri yang melantak tak benti - benti ! huhuhu .
ok lah korang , KakNa nak balik rumah dah ni , apa - apa pun terima kasih sudi baca . lain kali singgah dan baca lagi . :)
Monday, February 19, 2018
Makan lagi ..
Tags
Makanan
Assalamualaikum semua .
Hari - hari terakhir KakNa raikan bersama pegawai di office yang akan bertukar balik ke Negeri ialah dengan cara MAKAN !
Yes ! Kami suka makan , dan inilah hasilnya kalau suka sangat makan , tiap hari mesti nak beli Roti daripada kedai Seasons atau SDS . Lepas tu menyesal , sebab jarum penimabng tak turun - turun . Hahaha . Apapun , jom kita layan dulu roti sedap daripada Season ni !
Pilihan KakNa
Tart Telur
Selepas ni , setiap kali makan tart telur , KakNa akan ingat pada awak ya , Puan Akma !
I will miss you dear !
Friday, February 16, 2018
16.02.2008-16.02.2018 - #FarAmy dah 10 tahun
Tags
Faramy Family
Perghhh .
10 tahun tu .
Alhamdulillah .
Eh , hai . Assalamualaikum , lupa nak bagi salam pulak . Hehe . Almaklumlah , excited nak cerita dengan korang semua .
Sebenarnya tak ada apa pun yang menarik nak cerita , cuma nak kongsi , kisah percintaan kami dah menjangkau usia 10 tahun (eleh , itu pun nak kecoh !) biralha makcik pakcik bawang nak kecam ke apa , tapi KakNa bersyukur , apa yang KakNa ada selama 10 tahun ni , atas usaha kami berdua dengan izin Allah SWT juga .
Kalau Allah tak izinkan , maka tak akan jadi juga .
KakNa ni , jenis asal boleh compare dengan suami yang agak teratur hidupnya . Tapi sejak kahwin dengan KakNa , kesian lah dia dapat isteri haru biru . Hahaha , maafkan saya .
Macam - macam dugaan kiteorang dah hadap , tapi atas dasar kepercayaan dan rasa tanggungjawab , kiteorang cuba juga perbaiki .
Yes . Semua perkahwinan mana ada yang tenang je . Gaduh , merajuk tu semua mesti ada . Sama ada kita pandai atau tak nak "tackle" masalah tu dan selesaikan . Yang paling penting , jangan sesekali mudah percaya pada cakap - cakap orang ketiga . Sebab selalunya , orang ketiga ni mereka hanya cuma mahu melihat kita merana . So , beware !

susah nak selfie berdua
My clingy boy Amyrul Arsyad
Peneman umi Amyrul Akhmal
Si manja umi Amyrul Amsyar
Alhamdulillah , 10 tahun perkenalan , usia perkahwinan hampir 6 tahun kami dikurniakan 3 orang anak lelaki .
Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat . Aaminn.
Terima kasih sudi baca !
Wednesday, February 14, 2018
Wordless Wednesday #7/2018 : 31?
Tags
Wordless Wednesday
31 ?
Yes !
I am 31 years old today .
Apa yang KakNa tahu , KakNa memang WAJIB bersyukur dengan apa yang KakNa ada !
So , Happy Birthday To Me !
Semoga tahun 2018 membawa lebih banyak kejayaan , kemanisan dan kebahagiaan kepada KakNa sekeluarga .
Aaminn .
Hadiah ?
Kita tunggu Mr. Husband nak bagi apa ya .
p/s : gambar amek kat IG story budak praktikal hahaha
p/s : gambar amek kat IG story budak praktikal hahaha
Wednesday, February 07, 2018
Wordless Wednesday #6/2018 : Raya 2015
Tags
Wordless Wednesday
Sambutan Hari Raya AidilFitri Cawangan Kewangan dan Perolehan 2015
Sambutan paling meriah , ramai yang dah pindah dan bersara .
Kenangan .
Tapi aku pakai saiz XL masa ni , so rasanya raya 2018 pakai saiz apa ya ?
Tunggu ....
Tuesday, February 06, 2018
Amyrul Arsyad Turns 4 Years
Tags
2018,
AmyrulArsyad,
Birthday
Alhamdulillah .
4 tahun lepas , pada 06.02.2014, tepat jam 2.21 pagi , saat yang orang lain semua tak mahu , begitu juga aku , namun aku perlu redha , antara ego dan kasih . Aku korbankan perut ku untuk dilapah demi dia .
Sekarang khalifah ini semakin membesar di hadapan mata ku . Syukur , rezeki yang Allah kirim melalui dia . Aku bersyukur .
Hari ini , atas permintaan aku cuba untuk tunaikan . Namun , kek yang kami janjikan tak sempat ditempah . Aku hanya mampu memberikannya kek coklat Season . Setiap tahun , kek yang sama juga menjadi pilihan hatinya . Alahai anak , betapa naifnya kamu .
Dikesempatan ini , umi nak mendoakan kesejahteraan kamu . Semoga malaikat - malaikat Allah akan terus menjaga kamu dan melindungi kamu daripada sebarang bahaya dan malapetaka . Umi sayang kamu sehingga ke akhir hayat umi sayang .
Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada umi dan babah , adik beradik dan orang lain ya sayang !
muka tak sabar nak potong kek hehe
okay , abang dah excited nak tiup ni :)
si adik sedih dan jeles abang dapat tiup lilin
Gambar ni Penyelia Taska yang hantar melalui whatsapp . Suka abang Arsyad dapat apa yang dia nak . Semoga kamu gembira sayang , umi love you :) Muah !
Amyrul Arsyad
4 years old
06.02.2014 - 06.02.2018
Thursday, February 01, 2018
#Day1February2018
Tags
AmyrulAmsyar,
FarAmyBaby
#latepost✌
Sebenarnya nak buat 1 hari 1 gambar start Jan 2018. Mula-mula berjaya tapi selepas sekeluarga diuji demam, mood nak pegang hp tu ke laut. So, bila rasa nak post post kalau tak just scroll pastu letAk tepi je 😪
So. In shaa Allah, masih cuba. Bukan nk menunjuk tapi sekadar berkongsi rasa. Tak suka?
UNFOLLOW je eh 😌
#KakNaKids #KakNaPreciousMoments #AmyrulAmsyar17
Subscribe to:
Posts (Atom)