Sunday, November 25, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Arsyad

25.11.2018

Alhamdulillah . 

Rasa macam baru semalam aku melahirkan si abang ni, rupanya dah nak masuk Pra Sekolah dah . Syukur Alhamdulillah .

Semua berjalan lancar, cuma pagi tu adik tak sihat, yelah baru balik Hospital kan, so aku kuarantinkan daripada Taska. Makanya En.Suami kena hantar ke rumah ibu mertua aku di Skudai.

Pagi tu, Guru Besar membuat ucapan dan aku dapat rasakan pilihan aku terhadap sekolah ini tidak salah dan in shaa Allah yang terbaik. Guru Besar pula Ketua Pengakap Johor dan aku memang sejak dari kecil dulu cemburukan akan budak Pengakap. Almaklumlah, masa aku sekolah dulu, almarhum mak aku suruh masuk Puteri Islam, hehe.

Cikgu dan Pembantu Taska pun peramah. Mereka menerangkan mengenai yuran dan baju yang perlu dibeli. Alhamdulillah, semuanya masih mampu lagi aku dan suami usahakan. Syukur.

Situasa Pra tu, pada aku, aku tak boleh bandingkan dengan Tadika swasta yang serba serbi mahal, tapi pada aku, cukuplah anak aku nak pergi sekolah dan belajar serta tak menangis itu pun dah gembira. Aku tak boleh mengharapkan lebih kepada budak umur 5 tahun. Sebab nanti aku akan kecewa.

Doakan Arsyad semangat sehingga akhir tahun 2019 ya !

:) 

Sunday, November 18, 2018

Hidup dihiasi dengan zikir tahmid dan tasbih, bukan zikirz umpat keji manusia lain ✌🏼


Paghii ❤️


18.11.18

Ahad

Saturday, November 10, 2018

Kek Resipi Rahsia

Semalam lalu kedai Resipi Rahsia, cakap dalam hati :

“Alhamdulillah, esok ada orang belanja satu slice kek. Sedapnya 😊”

Jalan penuh keyakinan pada Allah.

Hari ni, my BFF datang and suprise kan Fana dengan bawak kek Resipi Rahsia tu!

Alhamdulillah.

Syukur sangat! 

Besday dia esok, tapi dia beli sebab nak bahagiakn Fana.

Moga sales dia bulan ni kepuk-kepuk.

Aaminn Ya Mujib. 🀲🏼

#BirthdayGirlBelanja

Thursday, November 08, 2018

Pasangan mesti memaki syaitan bukan memaki satu sama lain apabila terjadi konflik kerana pencetusnya adalah syaitan! Jangan putus asa menunggu pasangan kita berubah kerana dia manusia biasa yang perlukan proses dan pelajaran hidup untuk berubah.


Fana❤️

Tuesday, November 06, 2018

Di saat orang lain tengah struggle cari rezeki, kit jangan perlekehkan cara dia. Bagi semangat walaupun tak nak beli. 

Nak block? 

Silakan.

1 pergi, 10 ke mari.

Apa yang penting, jangan putus asa. 

πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼
Seorang yang sembahyang 5 waktu, dhuha dan sebagainya sepatutnya tidak takut akan rezekinya.

Sepatutnya mereka juga tidak perlu menakut-nakutkan rezeki orang lain.

Beri semangat andai ada rakan mahu Cuti Tanpa Gaji atau berhenti kerja.

Percayalah. 

Tiada kebetulan dalam hidup ini.

Semu Allah dah susun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 😊

Mungkin mereka perlu baca FTR. In shaa Allah, Fana nak hadiahkan mereka sebuah buku nanti. Supaya mereka yakin, rezeki itu semuanya dari Allah. 

Bukan usaha kita semata.

Fana
Perjuangan masih belum selesai.

Syurga Dunia

Saat kita membahagiakan syurga dunia kita, in shaa Allah, kita akan mendapat syurga yang abadi.


Syurga dunia saya, abah, suami, mama dah abah mertua, anak-anak dan adik beradik.


Jarang jumpa bukan maksud tak sayang. 


Doa kesejahteraan dan kesihatan itu adalah lebih baik. Jika jumpa mungkin ada kata yang tak sedap didengar, ada hati yang terluka, ada jiwa yang tak sudi.


Tapi, bila kita berdoa.


In shaa Allah, esok lusa atau mungkin hari ini, Allah nak kurnia, dia kurnia nikmat tak terperi.


Sebab Allah tu Maha Pemberi.


Berapa ramai orang yang sentiasa rapat dan dekat dengan kita yang sudi untuk mendoakan kita?


Dan, berapa ramai orang yang telah kita doakan?


Salah satu sebab kita berjaya dan bahagia adalah daripada doa-doa orang yang menyayangi kita. Sebab kebahagiaan, ilmu dan hidayah perlu dicari. 


Percayalah, semua yang berlaku telah Allah susun cantik untuk kita. 


TIADA KEBETULAN.


Senyum. Pandang syurga dunia dan ucaplah Alhamdulillah. 😊


Farhanah.

Cium anak demi bau syurga.


#FTR

#RahsiaAsasRezeki

Sunday, November 04, 2018

"Jangan engkau berniat tangguh untuk berbuat baik pada keesokannya, Boleh jadi keesokan harinya engkau di dalam liang lahad."  - Al Imam Syeikh Abu Bakar bin Salim, 

MAKANAN FROZEN

Kelmarin beli makanan frozen, pagi tadi lepas dapat terus niat nak makan masa cuti Deepavali dan bagi mertua rasa sikit.

Petang tadi, sebelum balik ambil letak atas meja. Niat hati nak jugak goreng malam ni. 

Sedapnya! 

Tiba-tiba.
Suami mesej terus meluru turun bawah, almaklumlah eksaited nak jumpa syurga dunia kan? πŸ˜…

Sampai rumah, bukak whatsapp seller makanan frozen ajar cara goreng.

Ya Allah!

Makanan tertinggal atas meja! 

Cepat-cepat call salah seorang pegawai yang ada kat office lagi.

Alhamdulillah. 

Sempat.

Minta dia tolong masukkan semula dalam peti sejuk office. Syukur!

Baiknya Allah. 

Allah gerakkan hati pegawai tu untuk angkat call saya. Alhamdulillah. Kalau tak mau jugak busuk makanan tu kat atas meja. 

So, malam ni, tak dapat makan makanan tu sebab dah niat awal kan nak makan masa cuti. Huhu.

Esok, kena buat reminder. Kalau tak mau tunggu weekend lah plak.

Cerpen

Sampai hari ni , aku tak dapat lagi masa untuk menulis cerpen . Cerpen sebuah kehidupan . Bila agaknya masa itu ya . Allah . Allah tak izinkan lagi , semoga cerpen itu akan dapat juga aku segerakan, Aaminn .

15 Rahsia Asas Rezeki (RAR)



Assalamualaikum w.b.t.

Kalau korang dah penat berusaha dalam mencari rezeki , korang kena lah BACK TO BASIC . So , KakNa nak kongsi tips untuk korang yang nak rezeki tu tak putus dan mencurah-curah bagai air hujan . Korang boleh klik link ni , dapatkan buku Rahsia Asas Rezeki (RAR) daripada Cikgu Nora Yusof . Seronok tau , #BacaBacaSentap

Buku Mini Rahsia Asas Rezeki :

http://bit.ly/BMRARFana