Friday, February 28, 2020

12 KELEBIHAN SEDEKAH YANG KITA TIDAK KETAHUI

Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.


Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. 


Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”


Hadis Riwayat Bukhari


Sebenarnya, banyak balasan yang Allah berikan bagi golongan yang gemar bersedekah. Antaranya;


#1 – Menghapuskan Dosa

Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu. Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat nasuha untuk tidak mengulanginya lagi.


Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”


Hadis Riwayat at-Tirmidzi


#2 – Memisahkan Diri Dari Neraka

Nabi s.a.w bersabda:

“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”


Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat mengelakkan diri dari api neraka. 


Sabda Baginda lagi;

“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”


#3 – Dilipat Gandakan Pahala

Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah.


Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”


Surah al-Baqarah:261


#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat

Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.


#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”


Hadis Riwayat at-Thabrani


#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.


Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.


“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”


Hadis Riwayat Bukhari


#7 – Dimasukkan Ke Syurga Tanpa Hisab Dan Siksa

Allah akan membukakan pintu syurga bagi golongan yang gemar bersedekah kerana-Nya. Asalkan niat sedekah adalah ikhlas dan tidak bertujuan buruk atau menunjuk-nunjuk.


#8 – Menambah Rezeki dan Kekayaan

Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita.


Sabda Baginda;

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”


#9 – Amalan Yang Tidak Putus Sampai Mati

Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. 


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”


#10 – Memanjangkan Umur

Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.


“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”


Hadis Riwayat Thabrani


#11 – Mengubati Penyakit

Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t.


Baginda bersabda;

“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”


#12 – Menghindarkan Dari Segala Bala Dan Bahaya

Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.


Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan.


Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki.

Thursday, February 27, 2020

Melancong Ke Perth

Korang ada yang dah simpan niat nak melancong ke Australia tak? Tapi tak tahu nak pergi mana? Banyak sebenarnya bandar-bandar yang korang boleh pergi kat Australia ni. Antaranya Brisbane, Sydney, Queensland, Perth, South Wales dan banyak lagi la. Setiap tempat ni ada la ciri-cirinya yang unik yang buat kan pelancong selalu pilih Australia sebagai negara untuk bercuti.
Disebabkan Australia dah menawarkan pelbagai destinasi percutian yang lawa-lawa dan menarik, banyak la jugak syarikat penerbangan yang menjadikan Australia ni sebagai satu destinasi bagi penerbangan mereka. Dengan pelbagai pilihan harga dari mahal sampai ke murah, semua lapisan masyarakat boleh melancong sekarang. Antara airline yang korang boleh cuba ialah Jestar Flights. Macam jarang dengar kan? Tapi percaya la Jetstar ni mampu bagi tawaran harga penerbangan yang buatkan korang rasa nak pergi Australia ni bulan depan. 
So untuk dapatkan Jetstar tickets ni, korang boleh cuba survey hargnya kat Traveloka which is the most popular web and apps untuk travel sekarang. Sebab kat situ korang bukan dapat harga promosi flight je. Promotions and deals untuk hotel penginapan pun korang boleh jumpa. Termasuk lah harga-harga entrance tiket untuk tempat-tempat menarik. Tak percaya, korang boleh cuba tengok kat situ. So lepas korang dah banding-bandingkan harga, dapat yang ngam dengan poket, boleh la terus tempah. In case korang nak cari tiket penerbangan ke Eropah, korang boleh jugak book affordable Qatar Airways flights kat Traveloka tu. 
So, kembali kepada Australia, aku boleh suggest untuk korang pergi ke Perth untuk melancong. Perth merupakan salah satu destinasi terlaris bagi pelancong-pelancong dari luar negara. Ia merupakan bandar keempat terbesar di Australia dan mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menarik perhatian setiap pelancong yang datang. Antaranya ialah senibina bangunan modern yang unik, pemandangan alam semulajadi yang lain daripada kat Malaysia ni. Orang kata nak kenal dunia, pergi la melancong. So kalau kat Perth ni nampak la gaya hidup orang kat sini berlainan sikit dari kita. Gituu
Disebabkan itu, aku akan share beberapa tempat menarik yang jadi tumpuan manusia yang bercuti kat Perth ni. Jom kita mulakan, enjoy!

Elizabeth Quay

Okay, kalau korang nak tahu, Elizabeth Quay ni siap dibina pada tahun 2016. Ia merupakan satu lokasi daya tarikan pelancong yang baru dimana tempat ni mempunyai pelbagai aktiviti yang korang boleh buat. Contohnya, terdapat taman permainan, gondola, berbasikal, camel ride pun ada wooo. Fuh, seonoknya! Korang boleh juga lepak makan-makan kat sini. Tapi tu semua, of course la kena bayar. Kalau nak yang free of charge, korang boleh jalan-jalan atas jeti yang disediakan dan bergambar. Lawa gila tempantnya. Kalau korang datang sebelah malam lagi meriah dengan lampu-lampu. Memang berbaloi lah weeii.

Kings Park

Okay, next!
Korang nak tak terjah alam semulajadi kat Perth? Ha, kalau nak, ini salah satu tempatnya. Kings Park ni merupakan sebuah taman terbesar yang terletak di kawasan bandar. Kalau kat KL, kita ada Bukit Nenas. Tapi kat Perth, inilah dia, Kings Park. Dalam taman ni korang akan dapat melihat lebih dari 50 jenis burung yang menjadikan taman ni habitat dia. Korang pun boleh berjalan kat taman ni dengan menggunakan canopy walk yang telah disediakan. Jalan-jalan di tengah bandar Perth, sambil menikmati udara segar kat taman ni. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau. Yelah, mesti korang nak upload dekat Facebook, Instagram dan Twitter kan? Jangan lupa bawa power bank sekali tau, kalau tak memang korang frust lah nanti hehehe.



Perth Zoo

Okay, ni satu lagi sebab korang kena pergi Australia. Hehehehe.
Bila sebut Australia ni korang terbayang apa? Kangaroo? Koala? Haa. Masuk sini, korang akan dapat tengok yang real and rare punya. Tak adanya bayang-bayang dah. Dengan keluasan sebesar 41 ekar, zoo ni menempatkan lebih dari 150 spesis haiwan yang korang boleh tengok. Memang puas hati gila sebab dalam zoo ni dipecahkan lagi kepada 3 bahagian, iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest. Kalau korang masuk sini, tolonglah bawak air banyak-banyak sebab aku takut korang akan haus. Korang akan banyak berjalan di dalam zoo ni. Okay, last but not least, Zoo ni sangat sesuai kalau korang nak bawa anak-anak sekali, sebab secara tak langsung diorang boleh kenal pelbagai binatang. Tak adalah asyik tengok National Geographic kat TV je! Hahahaha.

Insan’s Café

Lepas korang dah jalan-jalan, mesti korang lapar kan? Untuk yang beragama islam dah menjadi kewajipan untuk kita mendapatkan makanan halal tak kira la di mana jua kita berada kecuali darurat. Insan's Cafe ni adalah pilihan terbaik untuk kita semua dan salah satu kedai halal yang korang boleh datang. Lebih-lebih lagi bagi korang yang lidah tekak perut made in Malaysia tu. Hahahahah. Tak boleh lepas makan makanan dan masakan Malaysia. Antara menu yang korang boleh dapatkan di kafe ni ialah mee kari, mee goreng, rendang, kari daging dan banyak lagi hidangan ala Malaysia. Perut kenyang, hati pun senang. Hoho. Korang kena makan banyak-banyak tau sebab ada lagi banyak tempat korang kena pergi.

Araluen Botanic Park

Lastly, Korang suka bunga tak? Kalau suka, inilah lokasi wajib yang korang kena datang. Araluen Botanic Park ni merupakan taman bunga yang paling cantik yang ada kat Perth. Kalau korang nak ke sini, korang kena pergi musim bunga. So, lebih banyak bunga yang tengah mekar dengan pelbagai warna yang mampu meruntun hati korang. Selalu orang akan habis masa dekat sini dalam 2-3 jam untuk mengambil gambar dan duduk lepak-lepak di kafe yang disediakan. Kalau dapat photoshoot wedding kat sini, bahagia woo. Gambar confirm lawa yakmat. So, korang yang ada bajet lebih lebih tu, bolehlah masukkan lokasi ni sebagai tempat untuk pre wedding atau post wedding korang. Kompem meletoppp weeiii! Tapi, kena standby lah hadap kecaman netizen, oopppssss... Hahaha..

Okay, so dah selesai la aku punya sharing untuk beberapa lokasi yang korang wajib pergi kalau dapat melancong ke Perth ni. Banyak lagi yang lain sebenarnya. Tapi aku cuba cover ke lokasi yang lawa dan sesuai untuk korang pergi sama ada dengan anak-anak atau pasangan korang. Nanti ada masa, aku share lagi beberapa lokasi yang lain okay.
Jumpa lagi gais.
Bye~

Tuesday, February 25, 2020

From Zero To Hero



Tahniah buat awak sebab awak sanggup cabar diri awak. Bukan duit yang saya mahukan, tapi keyakinan awak untuk ubah nasib diri awak dan keluarga awak. Awak sahaja tahu di mana tahap kemampuan awak. You go sis! 💪🏼💪🏼💪🏼


Saja nak rakam kenangan di sini buat akak opis aku yang sudi upgrade diri dia untuk naik jadi Dropship. Dari customer to agent Sobella. Tahniah sekali lagi.

Sobella Larkin
016-725 3014

Monday, February 24, 2020

Bawang di mana-mana


Mulut bawang dimana-mana.

Tak sangka. 

Pagi-pagi dah dapat fitnah mengatakan sengaja makan ubat kurus untuk cirit birit. Eemmm..

Ternyata netizen itu masih belum mengenali aku.

Apapun, semalam jumlah kerugian berat adalah 1.3kg. Fuh!

Tapi tak sanggup nak kena lagi. Biarlah buat IF je janji tak kena cirit lagi.

Selamat pagi kawan-kawan 🌺

Fana Hana
#BelumKurusOrangDahBawang😜

Sunday, February 23, 2020

KEBAIKAN BUAH BADAM (ALMONDS)

*KEBAIKAN BUAH BADAM (ALMONDS)* 
.
Buah badam (almonds) adalah kekacang yang terkenal dengan khasiatnya. Bagi mereka yang ingin mendapatkan stok susu selain susu haiwan seperti susu lembu dan susu kambing, susu badam adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana susu badam adallah susu yang yang sangat bernutrisi, kaya dengan lemak sihat, vitamin dan mineral.
.
Antara kelebihan susu badam ini adalah :
.
1. Kaya Dengan Pelbagai Nutrisi
.
Biji badam adalah benih yang boleh dimakan dari pokok Prunus dulcis, atau lebih dikenali sebagai pokok badam. Kebanyakannya hidup di negara Timur Tengah dan sekarang Amerika Syarikat adalah pengeluar terbesar  biji badam. Selalunya dijual di pasaraya sebagai biji badam yang telah dibuang kulit, sama ada telah dipanggang atau dijual mentah. Biji badan juga dijual dalam bentuk susu, minyak, mentega dan tepung.
.
Setiap 1 ounce (28-gram) biji badam mengandungi :
.
Tenaga : 160 kCal
Fiber : 3.5 gram
Protein : 6 gram
Lemak : 14 grams (9 g adalah lemak monounsaturated)
Vitamin E : 37% dari keperluan seharian
Manganese : 32% dari keperluan seharian
Magnesium : 20% dri keperluan seharian

Ia juga mengandungi kandungan mineral seperti copper, vitamin B2 (riboflavin) dan fosforus yang mencukupi.
.
2. Kaya dengan Antioksida
.
Antioksida berfungsi membantu tubuh dari mengalami keadaan yang dinamakan pengoksidaan (oxidative stress), yang merosakkan sel-sel tubuh dan menyebabkan penyakt kronik, penuaan yang awal dan keradangan. Kebanyakan sumber antioksida terletak pada lapisan kulit yang berwarna perang pada biji almond. Terutama bagi perokok, pengambilan segenggam biji badam selama sebulan dapat menurunkan proses pengoksidaan ini sebanyak 25-35%.
.
3. Mengandungi Vitamin E Tocopherol
.
Vitamin E adalah vitamin yang larut dalam minyak dan merupakan antioksida yang terbaik. Cuma biji badam mengandungi vitamin E dari kumpulan tocopherol, berbanding dengan minyak sawit yang mengandungi vitamin E tocotrienol. Satu ounce biji badam mengandungi 37% vitamin E yang diperlukan setiap hari. Bekalan vitamin E juga sangat penting untuk pesakit jantung, kanser dan penyakit Alzheimer's.
.
4. Mengawal Gula dengan Baik
.
Biji badam mengandungi nilai karbohidrat yang rendah tetapi mempunyai nilai lemak sihat yang tinggi. Ini menyebabkan ia sangat baik untuk pesakit diabetes yang ingin mengambilnya sebagai kudapan. Ia juga mengandungi mineral magnesium yang tinggi. Magnesium adalah mineral yang terlibat dalam lebih 300 proses metabolisme dalam tubuh termasuk metabolisme glukosa.

Kita memerlukan antara 310–420 mg sehari dan 2 ounce biji badam menghasilkan 150mg. Dikatakan juga hampir 25% pesakit diabetis mengalami kekurangan mineral ini. Jadi pengambilan mineral ini dari makanan atau suplemen membantu pesakit diabetes mengawal gula dengan lebih baik.
.
5. Mengawal Tekanan Darah Dengan Lebih Baik
.
Mineral magnesium dalam biji badam juga mempu mengurangkan tekanan darah bagi mengelakkanpenyakit jantung, strokes dan kegagalan fungsi ginjal. Dalam beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan magnesium dalam tubuh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
.
6. Mengurangkan Tahap Kolestrol
.
Tahap lipoprotein LDL (juga dikenali sebagai kolestrol jahat) yang tinggi adalah punca bagi masalah penyakit jantung. Dalam beberapa kajian, pengambilan biji badam selama 16 minggu (empat bulan) yang membekalkan 20% dari keperluan tenaga seharian dapat menurunkan tahap LDL. Ia juga mengelakkan proses pengoksidaan berlaku pada LDL yang menjadi punca sebenar penyakit jantung. Ini kerana selaput perang pada kulit biji badam kaya dengan antioksida polifenol. Bila digabungkan dengan vitamin E ia dapat mengelakkan poses ini dengan lebih baik. Pengambilan segenggam biji badam sebagai kudapan selama sebulan dapat menghalang pengoksidaan LDL sebanyak 15%.
.
7. Mengurangkan Rasa Lapar, dan Pengambilan Kalori Yang Berlebihan
.
Biji badam mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah tetapi kandungan protein dan fiber yang tinggi. Kedua-dua protein dan fiber meningkatkan rasa menyebabkan rasa kenyang. Ini membantu untuk mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi dalam makanan. Dalam satu kajian ringkas, pengambilan yang melibatkan 137 orang menunjukkan pengambilan 1.5-ounce (43-gram) biji badam selama sebulan, membantu mengurangkan rasa lapar.
.
8. Mengurangkan Berat Badan
.
Biji badam tidak menghadamkan 10-15% nilai karbohidrat di dalamnya. Jadi walaupun kita mengambil lebih banyak biji makanan, kita tidak menggunakan keseluruhan nilai kalori dalam biji badam. Selain itu badam mempunyai nutrisi yang membantu proses metabolisme dan secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan.
.
Kesimpulan, biji badam (almond) mempunyai banyak makronutrien seperti lemak sihat, danprotein, selain dari fiber, magnesium dan vitamin E. Kebaikan biji badam termasuk membantu mengawal tahap gula dalam darah, tekanan darah dan merendahkan tahap kolestrol. Ia mengurangkan rasa cepat lapar dan mengekalkan rasa kenyang, yang mana penting dalam usaha menurunkan berat badan.
.
Semoga bermanfaat.
.
#HealthDrZubaidi

Friday, February 14, 2020

Happy Birthday To Me :)

Tahun ni, wish birthday pakai whatsapp je. Sorang dekat Sabah, sorang dekat Johor.






Bukan PJJ ya, cuma pergi menunaikan amanah sebagai pekerja je di sana. Huhu.

Cuma nak tanyalah.

Sampai hari ni masih tak faham kenapa eh kena panggil abang lepas kahwin? 🤔😅

Lepas tu kawan-kawan asyik cakap “abang” dia romantik lah apalah. Mati-mati ingat dia cakap pasal abang kandung, rupanya tengah cakap pasal suami. 😂

Yang tambah pelik sekarang, nape si suami tak ada panggil isteri dia “adik” eh? Yelah, kan isteri dah panggil awak abang, jadi awak kanalah panggil isteri adik kan? 

Tak gitu? 🙃

Tanya je.
Fana Hana
#Takadaabangkandung

Wednesday, February 12, 2020

Wordless Wednesday 7/2020 : #KitaBaikRamaiSayang





Masa tahu Almarhum buat hashtag #KitaBaikRamaiSayang tu aku dah tahu dia ni memang hati baik.

Aku jarang ikut cerita dia sebab dia banyak kat Astro je, tapi selalu tengok video dia dekat IG.

Sebab dia lah aku berani juga fikir “Gemuk Is Awesome”. Emm, tiba-tiba teringat orang cakap yang gemuk ni tak boleh lari dari penyakit. Tapi percayalah, semua penyakit in shaa Allah, boleh cuba cari ubat atau rawat. 

Tapi kalau kita ada penyakit hati, hasad dengki dan sewaktu dengannya, maka sampai bila-bila kita tak akan berjaya. Kalau berjaya pun kita berjaya dalam kelompok kita.

Ubah diri dahulu sebelum sibuk mengubah orang lain.

Be Yourself.

Fana Hana

Wednesday, February 05, 2020

Wordless Wednesday 6/2020 : 90 hari

Alhamdulillah.

90 hari telah berlalu.

Kenangan 9 tahun belum boleh dipadamkan begitu sahaja. 

Tak akan mudah luput di ingatan. 

Kisah sedih, gembira, pahit, manis, dikeji, dihina, dikecam, disayangi dan dicintai. Semua bercampur menjadi satu. Satu-satu telah mula hilang dari ingatan apabila aku mula belajar melepaskan dan memaafkan. 

Tetapi, untuk melupakan, tidak sama sekali. 

Melupakan orang yang pernah, memarahi, menyayangi dan lain-lain adalah satu perkara yang amat berat buat aku. Lagi berat jika ada sahaja perkara di sekelilingku yang berkait rapat dengan semua itu.

Perlahan. Perlahan aku cuba ya.

Apapun, semuanya aku jadikan sebagai panduan agar aku lebih matang ke depan.

Selamat tinggal.

Tuesday, February 04, 2020

Matlamat seorang Jutawan - Irfan Khairi

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.
Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.
Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”
Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi! Ilmu dan pengalaman tidak hilang!
Credit to Irfan Khairi