Tuesday, March 31, 2020

2019 vs 2020


PKP Day 14

1. Lepas sarapan terus tengok Memories di FB. ❤️ all the friend post, shared all the good posting.

2. Buka IG personal. Confirm semua yang nak Follow asalkan bukan Fake Account dan “lelaki kacak” 😜

3. Belek gambar lama dan mula rasa seperti selalu “Kau Kena KURUS, Fana” 😌

4. Eh! Jumpa post kenangan sewaktu sedang hangat bercinta dengan Ex-Boyfriend. 

5. Save gambar tahun lepas dan buat photogrid.

6. Toksah kata edit. Tu semua bantuan cahaya ilahi dan bedak Mermatte je tu. Nak beli boleh beli dengan Nazma Razali atau leader Rohaida Padir. 

7. Sejujurnya perempuan memang cantik kalau berduit. Lagi-lagi kalau duit tu laki yang bagi. 

8. Alhamdulillah, semalam laki dah bagi nafkah. Lepaslah buat beli krim jerawat dan jeragat. Syukur. Bukan untuk siapa pun, untuk dia gak. 😂

9. Yang add aku pastu dah approve PM tepi cakap suruh guna produk kurus dia jual tu, pastikan anda pernah capai berat 120kg dan kurus sebab produk tu ya. Kalau tak, aku tak layan. 💁🏻‍♀️

10. Dah, sila komen terbaik  lepas baca. Kbai!

Monday, March 30, 2020

Kebaikan dibalas Kebaikan



Pengajaran Hadis:

1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti bantuan,  pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas dengan kebaikan yang setimpal.

2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai salah satu dari cara kita bersyukur.

3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazaakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958, Status; Hadis Hassan)

4.  Semoga Allah SWT akan  memperbaiki akhlak kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang sentiasa bersyukur. Jazakallahu khairan kepada yang sudi membaca.
#StayAtHome

Wednesday, March 18, 2020



Pengajaran Hadis:

1.  Di antara ajaran Nabi ﷺ apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit seperti Covid 19 adalah melalui pencegahan. 

2.  Menjadi tanggungjawab setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Bagi yang mengidap sakit yang berjangkit seperti positif Covid 19, perlu  mengelakkan diri dari berada ditempat-tempat awam, seperti masjid, pasar dan lain-lain agar orang yang sihat tidak dijangkiti. 

3.  Nabi ﷺ juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak. Sabda Rasulullah ﷺ:

 إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

 “Apabila kamu mendengar (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (HR Muslim no: 2219)

4.  Al-Quran mengingatkan agar setiap kita tidak mendedahkan diri dengan sesuatu yang boleh membawa kepada musibah dan kebinasaan. Hal ini termasuk dalam perkara maqasid syariah iaitu memelihara nyawa. Firman Allah:

لَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” Surah Al-Baqarah (195)

Setiap perkara yang membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat ini.  (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 1/367). Kebinasaan disini termasuk memelihara nyawa daripada wabak COVID-19. 

5.  Bagi mengelakkan penularan wabak virus Covid 19, beberapa langkah perlu sentiasa diambil oleh setiap orang antaranya:
-   Patuh arahan Kerajaan sepenuhnya berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2029.
–  tangguh pergerakan/ perjalanan  dalam dan luar negara.
–  Elakkan berada di tempat tumpuan ramai
–  Tutup mulut ketika batuk @ bersin
–  Kerap cuci tangan
–  Jaga kebersihan diri
–  Ikut arahan KKM dan pihak berkuasa

Sunday, March 15, 2020

Bagaimana melegakan batuk dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak?

Selain ubat dan rawatan alternatif, mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih cara yang paling serasi dan sesuai untuk anak-anak anda. Boleh cuba petua menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak seperti di bawah ini.

1. Rehatkan anak dengan secukupnya

Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.

2. Sentiasa bersama anak

Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.

3. Bersihkan rumah, perkakas juga pakaian

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.

4. Aliran dan peredaran udara yang baik

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

5. Tepuk percussion

Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapiketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.

7. Ibu makan makanan yang berkhasiat

Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.
Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.

8. Kunyit

Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

9. Bunga belimbing dan air beras

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

10. Daun basil, daun oregano dan daun sirih

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

11. Lemon, halia dan madu

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

12. Garlic socks

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

13. Mandian lemon

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

14. Minyak masak

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

15. Daun kaduk

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

16. Spray hidung

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!

17. Minyak bawang putih

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

18. Urutan bayi

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.

Saturday, March 07, 2020

Alhamdulillah, restock lagi.




Alhamdulillah, anak team restock dalam tempoh 2 minggu je. 

Barang mampu milik. In sha Allah tak rugi kalau cuba.

Jom daftar sebagai mini agent serendah RM70 je awak.

Saya bagi awak jalan untuk beli tiket penerbangan, tapi saya akan tunggu awak untuk kita sama-sama terbang tinggi ❤️

Let’s fly higher together 💪🏼

Fana Hana
Leader #TeamFanaTheWarrior

Memyambung Silaturrahim







Pengajaran Hadis:

1. Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan. Hubungan silaturrahim yang baik dan bersifat al-Wasil akan mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam. Al-Wasil (penyambung silaturrahim) itu bukanlah orang yang mengharapkan balasan daripada saudaranya (jika saudaranya bersilaturrahim maka diapun akan membalas dengan bersilaturahim) tetapi al-Wasil ialah orang yang segera menyambung silaturrahim jika silaturahim dengan saudaranya terputus.

2. Antara silaturrahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan, memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan sebagainya. Kesemua itu dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT jua bukan bertujuan untuk mendapatkan pujian serta habuan dunia.

3. Seseorang Muslim hendaklah terus menghubungkan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat dan saudaranya yang lain meskipun mereka tidak menerima tindakannya itu dengan kebaikan. Islam mengajar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan penyebab terputus silaturrahim dan kebaikan.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Tuesday, March 03, 2020



Pengajaran Hadis:

1.  Allah mencintai orang yang memiliki sifat:

a.  Lemah lembut (santun)
b.  Berhati-hati (sabar)

2.  Menurut Said bin Ali Al-Qattani: Al-Hilm (lemah lembut) adalah sebagai penahan diri dari gejolak marah, iaitu suatu keadaan pertengahan antara 2 sifat negatif (marah dan hina). 

3.  Al-Hilm (lemah lembut) itu ialah menahan diri dari sifat amarah. Seorang yang memiliki sifat hilm adalah orang yang boleh menguasai dirinya dan mengendalikan emosinya serta menjaga ketenangan jiwanya (tidak bertindak terburu-buru).

4.  Seorang yang memiliki sifat al-Hilm adalah orang yang berlapang dada dan hatinya sentiasa terbuka. Ia sangat mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, malah ia akan cepat merasa dan mengakui kesilapan jika tersilap.

5.  Al-Anah - Sifat Berhati-hati (sabar) adalah sifat yang tidak tergesa-gesa atau terburu-buru. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu dengan tidak terus membuat tindakan atau menghukum tanpa memikirkan kesan baik dan buruk.

Marilah kita miliki sifat al-hilm iaitu mampu menguasai diri dengan tidak terburu-buru bertindak balas. Berusaha memiliki sifat al-Anah iaitu sentiasa berhati-hati menghadapi sebarang perkara dengan tidak bertindak dengan tergesa-gesa.