Tuesday, January 31, 2023

Anak Sulung #AmyrulArsyad14 VS Projek Cuti Sekolah

 Abang ada projek cuti sekolah untuk cuti sepanjang Tahun 2021 dan 2022.


Abang kata sejak ada adik tak dapat naik ni. Sebab mahal.


Memandangkan berula PKP dan selepas PKP tak banyak berjalan, aktiviti cuti abang hanyalah di pusat membeli belah sahaja. Maafkan umi abang. Selalu abang kena mengalah untuk tinggal di rumah nenek bila umi kena pergi kerja atau babah kena kerja luar. Tak apalah, walaupun abang tak faham, Allah sahaja yang tahu niat umi sayang.



Masa abang tengah jadi peminat Thor.


Aku memang banyak habiskan masa berdua dengan anak sulungku ni. Itu je cara aku nak ambil hati anak aku ni.



Lepas tu abang dah minat balik Spiderman.


Kita tengok Filem Spiderman pula. Anak- anak aku jarang jadi orang terakhir bila ada filem kanak-kanak. Sebab mereka ni dah biasa pergi dari zaman Taska, jadi sekarang, aku yang janji untuk pergi dengan kami sekeluarga.

Apapun, jwa anak sulung ni, lembut. Nampak je garang, tapi mereka sangat perlukan sokongan dan dorongan kita. Ada juga masa mereka rasa kita tak sayang mereka, tanpa mereka sedar, seorang ibu tak akan menjadi ibu tanpa anak sulung. Ah, sedih pula.


Semoga Allah selalu merahmati anak sulungku dari sebarang bencana dan malapetaka, dikurniakan rezeki yang halal dan selalu menghormati aku sebagai ibunya. Aamiin.

Wednesday, January 18, 2023

Wordless Wednesday 3/2023 : Effortless

Jika sukar memahami seseorang, lebih baik teruskan lagi mencuba sehingga dapat atau mencuba cara lain untuk perbaiki


hubungan itu untuk kita, bukan untuk orang lain. so do and be the best for both of you


don't be too effortless.

Wednesday, January 11, 2023

Wednesday, January 04, 2023

Wordless Wednesday 1/2023 : Syukur

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Allahuakhbar! Banyak sungguh nikmat Allah. Terima kasih Allah selalu beri apa yang aku perlu.

Sunday, January 01, 2023

Chapter 1 Of 12 (January)

 


Pejam celik, dah masuk 1 Januari 2023. Begitu cepat masa berlalu, dan aku, masih lagi bersama dengan orang yang aku kenali di usia 21 tahun ku. Alhamdulillah.

Aku harap tahun ni, tak banyak yang mengecewakan aku seperti 2 tahun lepas. Siapa tahu, Allah beri aku rezeki anak kembar perempuan kan? Itu pun dah menggembirakan aku dah. Semog aanda semua pun terus bahagia dan diberkati Allah. Aamiin Allahuma Aamiin.