Wednesday, April 19, 2023

Wordless Wednesday 14/2023 : Berkat

 

Good morning!

Assalamualaikum.

Mari kita mulakan hari kita dengan Bismillah. Semoga semuanya diberkati.

‎“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”


Wednesday, April 12, 2023

Wordless Wednesday 13/2023 : Bersendirian

 

Kadang bila bersendirian, kita akan tahu apa yang kita mahu, kadang tak juga. Sebenarnya apa yang perlu kita buat adalah muhasabah diri kita sendiri, supaya kita selalu bersyukur dan tidak meninggi diri.

Wednesday, April 05, 2023

Wordless Wednesday 12/2023 : Tinggalkan Dunia

 

Perlahan-lahan kurangkan harta dunia. Allah dah panggil untuk fokus akhirat. Jadi kena terus fokus. Allah sentiasa ada. Kena berlapang dada lepaskan semuanya☺️

Saturday, April 01, 2023

12 Tahun

 Masih lagi segar dalam ingatan aku.


01.04.2011, Jumaat

Adik-adik praktikal di Pejabat lama aku yang mengajar untuk buat blog. Tempat untuk aku meluah rasa, membahagi masa dan menenangkan jiwa.

Ya.

Aku masih aktif di sini, walaupun tidak seperti dahulu.

Aku masih mahu berkongsi cerita, menggamit kenangan dan membelai jiwa di sini. Tempat untuk aku, variasikan karya hati. Walaupun, kadang-kadang hanya coretan sepi, hanya kata semangat diri, blog inilah di antara destinasi untuk aku menghibur hati.

Ya.

Aku tidak seperti dulu, banyak idea, banyak tenaga untuk menulis pelbagai cerita. Tapi, aku juga masih belum terlambat untuk kembali rancak dalam dunia penulisan blog. Doakan aku, supaya aku terus "bertenaga" untuk menulis kembali.

#CikPuanFarhanah