Lirik Demeises - Dengarlah Bintang Hatiku
Friday, December 15, 2023
Dengarlah Bintang Hatiku - Demeises
Wednesday, December 13, 2023
Wordless Wednesday 46 : Hukum Menghadiri Kenduri Kahwin
Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah
fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu
diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia
menghadirinya."
Wednesday, December 06, 2023
Wordless Wednesday 45 : Pencen Awal - Part 1
Pencen Awal - Bahagian 1
Kenapa mereka risau aku nak pencen awal?
Mesti mereka fikir hidup aku akan mati tanpa bekerja di sektor Awam.
Mesti mereka fikir suami aku tidak akan bertanggungjawab terhadap kami.
.
"Perempuan kena kerja, biar ada duit sendiri, suami buat hal kita boleh cabut lari."
.
Anda pasti?
Anda pasti anda akan cabut lari demi kepentingan diri? Anda pasti anda begitu "kuat"? Anda pasti anda tidak akan bersedih, dan terus bangkit berdiri demi kelangsungan hidup dan yang paling penting ; Adakah anda pasti anda tidak digantung tanpa tali?"
"Oh, aku ada ALLAH. ALLAH akan bantu aku."
Lah!
habis, aku nak berhenti kerja tu aku tak mengharapkan ALLAH ke? Aku terus lupakan ALLAH ke? Aku boleh hidup sendiri tanpa ALLAH ke? Cuba kau beritahu aku?