Wednesday, January 31, 2024

Wordless Wednesday 5/1000 : Body Shaming

 Body Shaming


Kita kena jaga mulut dan percakapan kita.

Kita kena ingat, hidup kita ini tidak selalunya di atas.

Janganlah mudah menghina orang lain yang lebih gemuk, hodoh dan idak cantik di mata kita dengan kata-kata yang mengguris hati mereka.

Mereka ada hati, ada jiwa, ada rasa.

Jika mereka rasa dianiayai, doa mereka boleh membelah langit kerana rasa benci.

Wednesday, January 24, 2024

Wordless Wednesday 4/1000 : Dah Makbul ke?

 Apa doa yang anda minta, Allah dah makbulkan?

Ada tak?

Antara tanda Allah nak makbulkan doa kita adalah, Allah beri taufiq (kekuatan) pada kita untuk kita doa. perkara yang sama (perkara yang Allah nak kabulkan) berulang kali, dan banyak kali.

Friday, January 19, 2024

Happy Birthday Abah | 18 Januari 2024

 Selamat Hari Lahir Abah.



Sebelum balik kampung, aku tunggu anak sulung aku habis Peperiksaan Akhir Sekolah Agama dahulu. Hari Khamis di Johor kan Penjawat Awam dapat balik awal, maka terpaksalah tunggu si abang ni, hehe.

Sebenarnya, aku belum gaji, tapi aku memang sudah berjanji dengan diri sendiri yang aku akan tetap balik di Hari Lahir abah, hatta aku cuma tinggal RM10.00 sahaja. Memandangkan aku bukan anak keayangan abah, aku tanpa gagal akan buat apa sahaja supaya abah tahu kewujudan aku.

Aku mahu selalu di sisi abah, walaupun aku tahu abah mungkin tak perlukan aku di sisi dia ^__^.

Bila aku tanya abah nak makan di mana, abah kata ikut je naik Hilux dia. Sampai je kedai makan, rupanya abah bawa kami ke kedai makan bersebelah dengan
Pasaraya Maslee, Jalan Parit Mesjid, Pontian, Johor.

 

Abah pesan Kuetiau Kungfu, aku pesan Nasi Ayam dan Crispy Chicken Chop. Macam biasalah anak-anak aku bila makanan dah sampai tak sempat nak tunggu untuk aku ambil gambar.


Aku tinggalkan anak aku nombor dua dan suami aku sebab suami aku nak bawa mak mentua aku pergi ke pasar Hari Jumaat tu. Lihatlah wajah tua abah. Ego lelaki masih bersisa di wajah.


Balik je rumah, abah paksa aku minum Madu Tualang sebab tekak aku masih gatal, dan batuk aku teruk sangat. Aku ni kalau demam memang batuk tu lama dan teruk. Alhamdulillah, rupanya abah sayang aku ni, hehe. Anak kandung kan? Okaylah, ini sajalah cerita sambutan Hari Lahir Abah, InsyaaAllah, tahun 2025 akan lebih baik lagi, Aamiin. Jumpa lagi post akan datang.

Wednesday, January 17, 2024

Wordless Wednesday 3/1000 : Lebih Bahagia

 


Pulanglah ke pangkuan Orang Tua (Ibu Bapa / Penjaga) kita.

Mereka lebih bhagia bila kita ada di depan mata. Maafkan kesalahan mereka yang pernah mengabaikan kita. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang tidak lari dri melakukan kesilapann. Mereka rindukan kita, mereka mahu memeluk kita, bertentang mata dan menyatakan mereka sayang kita, tetapi mereka orang tua kita. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat membuat mereka lebih bahagia. Nauzubillahiminzalik.

Monday, January 15, 2024

Lirik Lagu Asal Kau Bahagia - Armada




Yang, kemarin ku melihatmuKau bertemu dengannyaKu rasa sekarang kau masihMemikirkan tentang diaApa kurangnya aku di dalam hidupmuHingga kau curangi aku
Katakanlah sekarangBahwa kau tak bahagiaAku punya ragamuTapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohongKau masih menginginkannyaKu rela kau dengannyaAsalkan kau bahagia
Yang ku rasa sekarang kau masihMemikirkan tentang diaApa kurangnya aku di dalam hidupmuHingga kau curangi aku
Katakanlah sekarangBahwa kau tak bahagiaAku punya ragamuTapi tidak hatimuKau tak perlu berbohongKau masih menginginkannyaKu rela kau dengannyaAsalkan kau bahagia
Katakanlah sekarangBahwa kau tak bahagiaAku punya ragamuTapi tidak hatimuKau tak perlu berbohongKau masih menginginkannyaKu rela kau dengannyaAsalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia


Wednesday, January 03, 2024

Wordless Wednesday 1/1000 : Rasa

Minggu ni perasaan bercampur baur. Tapi, apapun, kena sentiasa bersyukur. Ada hikmah di setiap perkara, ada pelangi 🌈 setelah redanya hujan ⛈️.

Monday, January 01, 2024

Selamat Datang 2024

 2023.

Banyak emosi dan perasaan yang aku telah korbankan demi sebuah kehidupan.

Ya, aku bukan manusia maksum, bukan juga malaikat yang boleh sentiasa "bersangka baik", boleh berdamai dengan takdir.

Ya, aku bukan manusia berpuas hati, sentiasa ada rasa syukur dalam diri.

Ya, aku bukan manusia reda, sentiasa berlapang dada.

Cukuplah, cukup lah tahun 2023 ni, terlalu banyak luka, suka dan duka yang aku lalui.  Tahun 2024 ini, aku harap aku mampu "tersenyum" bahagia sekali lagi. 3 tahun aku cuba rawat hati aku, aku harap tahun ini air mata aku hanyalah untuk perkara yang manis-manis sahaja, Aamiin Allahumma Aamiin.

Selamat datang 2024, semoga tahun ini, aku terus dipermudahkan urusan.


Nota Kaki :

2024 ini aku cabar untuk mulakan 1000 Wordless Wednesday. Kita tengok sehingga bila mampu dapat 1000 WW, okay?