Wednesday, February 22, 2012

Winning Entry - Cuti-Cuti Malaysia & HER WORLD/ HEATHCOTE & IVORY Promotion


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. rasanya dah lama x update blog ni sejak2 g kursus ni.. hehe.. apapun, arini entri pendek je.. entri pasal kemenangan me dalam 2 contest. Satu tu, contest Cuti-Cuti 1 Malaysia Facebook Fan Page, yg lagi satu HER WORLD/HEATHCOTE & IVORY PROMOTION - JAN 2012.

Yang contest CC1M tu me dapat email semalam. katanya me akan dapat CC1M doll and bag.. goodies lah rasanya.. actually, me sgt suprised! sebab me tak tau contest yg mana me masuk.. bila bkak FB dia, cm xde je post pasal contest.. xpelah, me reply je email tu, sbb diorg kata nti diorg pos kat me.. so, me tunggu jelah.. hehe..

yang contest majalah tu, actually me pun x pike sgt yg me akan menang.. sbb me dah lama sgt x menang hadiah contest dr majalah ni.. bila encik tunang kata ada surat (me guna alamat umah en.tunang), me cm excited nk tau.. rupanya me menang hands cream yg worth RM198.. XPELAH, syukur Alhamdulillah.. ada gak rezeki me dalam contest ni..kira-kira, total me menang tuk bulan feb ni ada banyak gak.. lebih dr rm5oo lebih.. hehe.. alhamdulillah..

nanti me dah amek hadiah me buat entri lain k? hehe..
ok, me nak g mamam jap..
Assalamualaikum...


p/s : kemenangan ke 2 & 3 dalam feb 2012
total kemenangan :




nota kepala : tadi me tgok blog sifu comper - Mama Zhafran ada cite pasal pro comper. so, me rasa x sabar nak beli MMW tuk tgok pro comper yg hebat tu.. nak jadikan semangat tuk terus berusaha!

Saturday, February 11, 2012

BAJET BARANG HANTARAN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum.. harini CH nak share sikit pasal bajet tuk majlis pertunangan, so, sesiapa yang rasa belum buat bajet, terutama yg ada bajet sederhana je boleh cuba baca eh.. hehe



BAJET SEDERHANA
Kalau ikut adat orang Melayu dulu-dulu, barang hantaran ketika majlis pernikahan kena bg ikut nombor ganjil. Biasanya brg daripada perempuan lebih sikit drpd lelaki. Contohnya, 5-7, 7-9 dan 9-11.  Tetapi untuk majlis pertunangan, kebiasaannya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Untuk majlis pertunangan, kita tidak digalakkan beli barang-barang yg mahal. Cukup sekadar membeli barang-barang yg boleh diguna pakai ketika majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki, mungkin RM1000 dah cukup dijadikan ‘modal’ pertunangan. Namun, sebelum membeli, kita perlu mengambil kira persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga, lelaki dan perempuan supaya tidak timbul sebarang masalah. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum membeli barang-barang hantaran.
Senarai Barang Hantaran Bagi Pihak Perempuan :
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (kalau boleh pilih yang dijual satu set – siap dengan kotak)
  4. Kain songket / kain pelekat
  5. Sejadah
  6. Tuala
  7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. Coklat atau manisan lain
  9. Kek
  10. Potpourri
  11. Buah-buahan
Senarai Barang Hantaran Bagi Pihak Lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan, batu permata pun boleh)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding,  dan sebagainya

Senarai di atas boleh juga diguna pakai oleh sesiapa yang nak terus adakan majlis pernikahan, cuma perlu ditambah sedikit saja lagi.. sesiapa yang ada bajet lebih, bolehlah buat majlis pertunangan mereka seperti yang diimpikan.. Kalau perlu, boleh tambah pelamin di ruang tamu, supaya semua orang boleh nampak empunya badan yang bertunang tu, huhu.. boleh juga jemput sahabat handai, jiran tetangga, atau media.. :) 

tapi, sebagai umat Islam, kita digalakkan supaya besederhana dalam segala hal.. bertunang tidak perlu dihebahkan, kerana sekiranya berlaku perpisahan, orang sekeliling akan mengata, tetapi, sekiranya ingin bernikah, hebahkan lah seberapa ramai yang boleh, supaya tidak menjadi bahan fitnah manusia.. Nauzubillah..




terima kasih sebab sudi baca.. kalau suka, sila komen.. hehe..


nota kepala : teringat masa tunang dulu, x jemput ramai kawan, smpai ada yg kecik hati.. em.. :(