Thursday, September 12, 2013

SANTAN BUKAN PENYEBAB KOLESTROL TINGGI!!



Selama ni kita selalu ditakut-takutkan tentang penggunaan santan kelapa dalam masakan. 

Nanti sakit jantung..!! Nanti kene strok..!! Nanti jadi gemok..!! Nanti..! Nanti..!! 

Hakikatnya, penyakit jantung, strok dan obesiti yang dihadapi kebanyakan orang adalah berpunca daripada unsur lain dalam makanan seperti marjerin, mentega, burger, kerepek dan makanan terproses yang lain. Juga daripada santan segera yang diubahsuai dengan minyak terhidrogen. Santan asli sebenarnya jauh lebih baik daripada susu cair yang kita gunakan dalam masakan. Perlu kita ingat bahawa, Allah mencipta sesuatu itu tidak sia-sia, semuanya untuk manfaat manusia.

Asid lemak di dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Selain itu, lemak di dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA). Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekal sistem imun tubuh.

Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Maksudnya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu.

ANTARA KEBAIKAN SANTAN KELAPA ASLI:
*Merupakan sumber nutrisi untuk memberi tenaga segera kepada tubuh.
*Menyokong penyembuhan dan pembaikan tisu.
*Baik untuk kesihatan gigi dan mulut.
*Membantu menghindarkan penyakit hati.
*Membantu menghindarkan obesiti dan masalah berat badan.
*Baik untuk kesihatan kulit dan rambut.
*Memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin, mineral dan asid amino.

Wednesday, August 21, 2013

Mungkin Aku.. Tapi Aku..

Mungkin aku x secantik dia..
Tapi aku tahu, kecantikan x kekal selamanya..
Mungkin aku x sekurus dia..
Tapi aku gemuk sbb kau minta aku temankan kau makan..
Mungkin kulitku x sehalusnya..
Tapi kulit aku kasar sbb simpan duit untuk hadiah kau..
Mungkin aku x sebaik dia..
Tapi aku x jahat nk runtuhkan rumahtangga orang..
Mungkin aku x mengghairahkan kau lagi..
Tapi aku mengandungkan anak kau..
Mungkin dia teman masa sepi..
Tapi aku setia sampai mati..
Mungkin kau seronok dengan dunia it ni..
Tapi aku sunyi sbb dh x dipeduli.. 
Mungkin kau bosan jaga aku yang sakit..
Tapi aku berjaga bila kau demam..
Mungkin kau selalu rasa sakit hati..
Tapi sekali aku sakit hati, x hilang sampai mati..
Mungkin ini yang kau mahu..
Tapi aku.. X mampu nk begitu saja berlalu..
Mungkin kau serik dengan aku..
Tapi aku.. Doa yang terbaik untuk kamu..

Andai... :(


Aku pasrah andai ini takdirnya.. 
Aku redha andai ini mahunya..
Aku sumpah hati aku benar2 terluka..
Aku gagah pertahankan semuanya..
Aku penat untuk menghadapinya..
Aku kalah andai dia memilihnya.. 
Aku berserah pada yang Maha Esa..
Kerana aku tahu dia PERANCANG yang terbaik untuk semua hambaNya.. — feeling down.