Monday, July 14, 2014

Seorang Isteri, Seorang Suami dan Seorang Anak

Seorang isteri, anak adalah kekuatan mereka.
Sanggup hilang suami, tapi x sanggup hilang anak.
Kesakitan mengandung dan melahirkan xkn pernah mereka lupakan.
Hinggakan, mereka akan boleh mengingati walaupun sudah berpuluh tahun..

Seorang suami, hanya sekadar mahukan perhatian, dimanjakan seperti seorang anak. 
Mana mampu seorang isteri melakukan sesempurna yg diinginkan..
Namun, setiap hari, seorang isteri akan cuba sedaya upaya utk menceriakan suaminya.. Walaupun kadang ia ibarat lilin yg membakar diri.

Seorang anak, tidak tahu apa2, hanya mahukan pelukan, perhatian, pujukan n pujian dr seorang ibu dan ayah.
Tapi ia juga tidak akan dapat seperti apa yg ia mahukan..
Walaupun dia hanya anak tunggal..
Pasti ada cacatnya.. Pasti ada celanya.. 

Namun, sang ibu, masih cuba meraih perhatian anak agar dia tidak tersesat. 
Sang ayah??
Menuding jari kepada sang ibu kerana tidak boleh memberikan yg terbaik.
Adakah salah sang ibu?
Atau mgkin salah sang anak kerana dilahirkan?
Atau salah sang bape yg punyai benih x cemerlang..
AllahuAkbar.

Tiada siapa yg harus dipersalahkan.
Cermin diri. Muhasabah diri. Motivasi diri.
Kerana kita adalah cerminan utk anak2 kita..

#16Ramadhan1435H
#14Julai2014
#3pagi
#takbolehtidosambiltengokanak
#nakbacayanglainsilatengokblog

Monday, July 07, 2014

Salam 9 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk mencatat coretan di sini. Maaf sekian lama menyepi. Mula-mula kau ingat nak update tanpa henti kat blog baru, sudahnya aku sendiri x terupdate kerana mengandung dan bersalin.. hahaha..
macam x percaya kan? alih2 je dah bersalin.. banyak sangat yg nak dikongsikan bersama semua. nak kongsi saat suka dan duka.. harap diberi kesempatan olehNYA.. so, pada sesiapa yg masih sudi follow, boleh lah terus support saya dan baca kisah saya. selepas ini bukan kisah saya seorang, tetapi kisah saya, suami, dan Arsyad. hehe.. siapa Arsyad?? kena tunggu lah... 
apapun, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. semoga Ramadhan kalai ini adalah yg terbaik drpd sebelum ini. InShaaAllah.

Jom pergi bazaar!! :)


Nota kepala : rindunya nak menaip segala macam benda kat sini. walaupun masa agak terbatas akan ku cuba jua nanti. 

Thursday, October 17, 2013

mencari

mencari sesuatu yang x pasti.
mencari.
terus mencari.


terjumpa.
maka aku selamatkan ia.
dari terus hilang semula.

misi mencari ditamatkan.

sekian.