Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum..

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.. Semakin hari hati semakin sayu dan syahdu.. adakah kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yg akan datang?? adakah kita akan dapat merasai lagi nikmatnya Ramadhan?? peperangan di Gaza pula semakin hari semakin meruncing, semakin hari semakin menakutkan jiwa dan minda semua penduduk dunia. yang benar TIDAK disokong, yang salah DIMENANGKAN. AllahuRabbi.. bantulah mereka ya Allah.. semoga aku lebih kuat dan lebih tabah daripada mereka kerana kekuatan mereka adalah inspirasi buat aku. sesungguhnya KAU MAHA MENGERTI, MAHA BESAR DAN MAHA MENGASIHI. Bantulah mereka ya Allah.




P/S : Sungguh! Ramadhan ini Ramadhan yg paling sedih buat aku.. begitu banyak dugaan yg aku kena lalui. begitu banyak juga air mata ini mengalir. semoga aku terus tabah dan cekal.

Wednesday, July 16, 2014

Wordless Wednesday #1



Assalamualaikum.. 
Salam 18 Ramadhan 1435H. Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa yer.. Alhamdulillah.. Arini ada masa dan mood nak update entry utk blog ni.. niat di hati, arini nak mulakan lah Wordless Wednesday memandangkan arini adalah ari ke 6 tahun 5 bulan aku dah en.hubby bercinta (sila rujuk ticker kat bawah ea) so, harapnya takdelah aku malas2 lagi ek.. hehe.. aku pun dah delete dan kemaskini blog aku ni dr apa yg x penting dan mungkin "mengaibkan" aku aku dh delete. yg aku pasan jelah, yg x pasan nti aku semak balik. aku tak nak laki aku tanggung dosa aku nti kat akhirat.. sian en.hubby.. 
apapun, sampai arini mood raya tak ada lagi.. uolls dah ada mood raya?? oklah.. nti aku sambung lagi..nak tido jap.. huhu..

p/s : raya tahun ni aku paling tak eksited. aku tak tahu kenapa.

Monday, July 14, 2014

Seorang Isteri, Seorang Suami dan Seorang Anak

Seorang isteri, anak adalah kekuatan mereka.
Sanggup hilang suami, tapi x sanggup hilang anak.
Kesakitan mengandung dan melahirkan xkn pernah mereka lupakan.
Hinggakan, mereka akan boleh mengingati walaupun sudah berpuluh tahun..

Seorang suami, hanya sekadar mahukan perhatian, dimanjakan seperti seorang anak. 
Mana mampu seorang isteri melakukan sesempurna yg diinginkan..
Namun, setiap hari, seorang isteri akan cuba sedaya upaya utk menceriakan suaminya.. Walaupun kadang ia ibarat lilin yg membakar diri.

Seorang anak, tidak tahu apa2, hanya mahukan pelukan, perhatian, pujukan n pujian dr seorang ibu dan ayah.
Tapi ia juga tidak akan dapat seperti apa yg ia mahukan..
Walaupun dia hanya anak tunggal..
Pasti ada cacatnya.. Pasti ada celanya.. 

Namun, sang ibu, masih cuba meraih perhatian anak agar dia tidak tersesat. 
Sang ayah??
Menuding jari kepada sang ibu kerana tidak boleh memberikan yg terbaik.
Adakah salah sang ibu?
Atau mgkin salah sang anak kerana dilahirkan?
Atau salah sang bape yg punyai benih x cemerlang..
AllahuAkbar.

Tiada siapa yg harus dipersalahkan.
Cermin diri. Muhasabah diri. Motivasi diri.
Kerana kita adalah cerminan utk anak2 kita..

#16Ramadhan1435H
#14Julai2014
#3pagi
#takbolehtidosambiltengokanak
#nakbacayanglainsilatengokblog