Thursday, August 28, 2014

Luahan Hati Aku

Nak Komen Sikit.

ada orang kata keja gomen ni KAYA, SENANG, UNTUNG.
aku kata ALHAMDULILLAH.

KOMEN AKU :
korang yg keja tu yg masih harap keja gomen tolonglah bersyukur dgn keja yg korang ada skng.(Kalau keja lah kan).
kalau korang x keja, apsal x reti2 nk carik keja? nak makan tido makan tido je mak bapak tanggung?
apa guna ijazah bagai tu? (aku dulu mohon x lepas2, sbb xpandai xlayak tu x dpat)

ada orang kata keja gomen CERAH MASA DEPAN
aku kata ALHAMDULILLAH

KOMEN AKU :
laaa.. rabun ke korang sampai gelap perjalanan hidup korang tu?
ke korang xnk usaha?
punyalah macam2 kemudahan sekarang ada. berniaga lah. percayalah aku jamin masa depan korang lagi cerah.
ni tak, suruh jual nasi lemak depan rumah malu, jual burger malu. semua malu. dahtu mana tak gelap masa depan ko? masadepan pun malu2 nk cerahkan hidup ko.

KESIMPULAN :
ko keja gomen ke keja sendiri ke yg penting ko keja dan usaha utk ko dan keluarga ko (yg dah kawen lah)
xpyh nak ckp ala... x best keja ni nak keja gomen. nti dh keja gomen suruh buat itu ini xnk. kata aku ada ijazah lah master lah mana layak buat keja kerani. so?? motip ko nk keja gomen psl apa? nk pencen? nak bonus sebulan? alahai!!!

* baca je nak komen, komen atas risiko anda sendiri
** kalau yg terasa aku mintak maaf awal2 xde kena mengena gan korang
*** aku tension scroll news feed baca status org sedih x dpt keja gomen, pdhal bila ajak biz kata x pandai. haisshhh.. dasar
**** kalau ada mood aku sambung lain.. haahhaha..

Wednesday, August 27, 2014

Kembalilah Pada ALLAH


korang pernah rasa mcm ni tak?? 
rasa mcm kadang-kadang bila korang ditimpa ujian korang selalu 'kecewa' dengan ALLAH, seolah-olah Allah tidak pernah membantu korang malah korang rasa korang yg paling teraniaya.. Nauzubillahiminzalik.. cuba kita buang jauh2 perasaan tu.. x elok tau.. 


cuba korang relax, tarik nafas panjang-panjang dan beristighfar lah bebanyak yer uollss.. kemudian kita senyum.. kita akan rasa tenang semula dan In Shaa Allah, kita akan dapat penyelesaian kepada permasalahan kita.. INGAT!! selagi kita bergantung pada ALLAH, selagi itu ALLAH akan bantu kita.. 

Salam 1 Zulkaedah 1435H

Sunday, August 24, 2014

JANGAN DITANYA LAGI JIKA TIADA AIR MATA LAGI UNTUK MU.

siapa pun kita di masa lampau BUKAN penghalang untuk kita jadi siapa kita di masa hadapan.
mungkin kita isteri yang curang, suami yang dayus,
isteri yang derhaka, suami yg pengkhianat.
kita semua berpeluang menerima dan memberi peluang kedua.
TETAPI
berapa ramai antara kita yang BEGITU MUDAH melupakan semua kesakitan, kelukaan dan kekecewaan yang kita pernah lalui?
adakah kita PERLU terus menerus menyalahkan takdir Ilahi?
atau kita terus menerus berdendam?

untuk apa?
sebab apa?
sampai bila?
cuma kita yg tahu jawapannya.

mengecewakan mungkin mudah
membahagiakan tak semestinya indah
memaafkan itu tak mudah.
melupakan mungkin payah.

biar tercalit luka, bagai dihiris.
bagai ditoreh, bagai dicarik.
namun, bila kemaafan wujud di hati, 
luka mula lebam, lama kelamaan menjadi kering.
kering seperti asam keping. 
atau kering, sekering hati yg TAK BISA menangis lagi.

JANGAN DITANYA LAGI JIKA TIADA AIR MATA LAGI UNTUK MU.
Kerna mata ini sudah kering,
seperti hati yang kering,
lalu menjadi gering,
dengan sikap manusia yang TAK PENTING 

24 OGOS 2014
28 Syawal 1435H
AHAD 2.00 PETANG