Monday, September 15, 2014

SEMUA DAH KENA "BLOCK" . okey, fine.

Assalamualaikum.. 

Lama x update bukan maksud dah lupa blog picisan aku ni. tapi aku busy sikit akhir2 ni. emm.. xpelah, janji aku ada masa je aku akan update kat sini. sebenarnya memang banyak benda aku nak share. tapi kengkadang aku kena fikirkan buruk baiknya dulu baru publish. kalau ikut hati je MATI.

okay. back to the topic.

emm.. sekarang semua media sosial kat opis kau ni dah kena block. xtahulah menda yg sakit hati sangat gan pegawai Teknologi Maklumat (TM) tu. masalahnya benda yg boleh menjana duit macam 8share tu pun kena block.. walaweiii.. yang aku pelik tu kan.. keajp boleh kejap tak boleh.. aku jadi bengang lah.. pasalnya aku punya line DIGI ni dah lah x kuat tarik kat tingkat 11 ni. internet plak mcm siput.. psssfftt!! tension! bila mood nk update je mulalah diorg tu nak block la apa lah.. yg aku geram tu ramai je yg memang dari pagi tak buat kerja tau! huh!~

aku tau lah sejak pekeliling keluar pasal xleh buat bisnes online pakai pc opis tu semua benda diorg nk block. hello! kalau korang rasa kiteorg ni x buat kerja langsung tu lain lah. haaiishhh.. pening lah! aku terpaksa cari telco lain supaya aku boleh online biz aku kat HP aku nih.. memacam nk pike tau. 

apapun, kalau diorg rasa tu tindakan yg baik, baguslah. jangan diorg block sesetengah tempat je. sbb aku dapat tahu ada sesetengah tempat x kena block tau.. x adil lah mcm tu kan? lau nk block block lah semua. baru adil. hurrmm.. xpelah, pasni aku pakai hp aku jer nak buat running bisnes aku tu. senang sikit.

so, korang kena stay tuned jelah tunggu update seterusnya daripada aku.. hahaha.. apapun, yg baik tu mesti ada sebabnya walaupun bukan utk kita. tapi yg buruk tu x semestinya x baik atau tak bagus utk kita tau. cuma kita kena perlu pandai menilai je. okey kengkawan? be happy always!

terima kasih sebab sudi baca!

Sunday, September 14, 2014

TIDAK MENGAMBIL YANG BUKAN HAK KITA

aku.
memang pernah terluka. rasa dia, sakit sangat.
satu hari, aku duduk di hujung katil, memandang anak.
yer.. sekarang ku punya anak.
anak yang datang dari suka duka hati ku.
anak yg dianugerahkan Allah kepadaku.
sebagai pinjaman..
sebagai peringatan..
sebagai kekuatan..
pinjaman buat aku, agar aku bersyukur
peringatan buat aku, supaya tidak leka.
tidak alpa. tidak mudah kecewa.
kekuatan buat aku supaya semakin tabah. semakin kuat. semakin cekal.

walau dompet berbekal rm50 untuk sebulan, 
aku rasa aku cukup tabah.
namun, kadang2 aku rebah.
rebah kerana tidak berdaya mengikut arah.

aku cuba untuk bangkit kembali. duduk.
merangkak dan seterusnya berdiri
tapi aku belum mampu berlari.
ku teruskan langkah. perlahan-lahan. 
memandang dia, memandang anak.
dua insan yang selalu mewarnai hariku.

hari2ku dipenuhi warna
kadangkala ceria
kadangkala kusam
kadangkala hitam legam
namun, aku bahagia kerana aku masih mampu melihat warna2 itu

kau.
melihat kegembiraan
melihat kebahagiaan
melihat kebesaranNYA
tapi kau.
tidak melihat kesusahan
tidak melihat kepayahan
tidak melihat kesengsaraan

kau.
aku pasti kau cemburukan aku.
kerna kau tidak punyai warna2 sepertiku
namun, aku x mampu membantumu
untuk memiliki warna2 itu
kau perlu mencari. usaha. yakin. tawakal.
begitu juga aku.

ini.
apa yg aku dapat setelah pelbagai dugaan yg aku tempuhi.
apa yg aku layak dengan jumlah tangisan yg kucurahkan
apa yg aku doa bertahun-tahun
tapi belum semua ditunaikan.
tapi aku bersyukur,
tapi aku berpuashati.
sekurang2nya Aku berusaha.
TIDAK MENGAMBIL YANG BUKAN HAK KITA

~ Si Penglipur Lara ~
14 Sept 2014
Ahad
DEKAT MEJA OFFICE

Thursday, August 28, 2014

Luahan Hati Aku

Nak Komen Sikit.

ada orang kata keja gomen ni KAYA, SENANG, UNTUNG.
aku kata ALHAMDULILLAH.

KOMEN AKU :
korang yg keja tu yg masih harap keja gomen tolonglah bersyukur dgn keja yg korang ada skng.(Kalau keja lah kan).
kalau korang x keja, apsal x reti2 nk carik keja? nak makan tido makan tido je mak bapak tanggung?
apa guna ijazah bagai tu? (aku dulu mohon x lepas2, sbb xpandai xlayak tu x dpat)

ada orang kata keja gomen CERAH MASA DEPAN
aku kata ALHAMDULILLAH

KOMEN AKU :
laaa.. rabun ke korang sampai gelap perjalanan hidup korang tu?
ke korang xnk usaha?
punyalah macam2 kemudahan sekarang ada. berniaga lah. percayalah aku jamin masa depan korang lagi cerah.
ni tak, suruh jual nasi lemak depan rumah malu, jual burger malu. semua malu. dahtu mana tak gelap masa depan ko? masadepan pun malu2 nk cerahkan hidup ko.

KESIMPULAN :
ko keja gomen ke keja sendiri ke yg penting ko keja dan usaha utk ko dan keluarga ko (yg dah kawen lah)
xpyh nak ckp ala... x best keja ni nak keja gomen. nti dh keja gomen suruh buat itu ini xnk. kata aku ada ijazah lah master lah mana layak buat keja kerani. so?? motip ko nk keja gomen psl apa? nk pencen? nak bonus sebulan? alahai!!!

* baca je nak komen, komen atas risiko anda sendiri
** kalau yg terasa aku mintak maaf awal2 xde kena mengena gan korang
*** aku tension scroll news feed baca status org sedih x dpt keja gomen, pdhal bila ajak biz kata x pandai. haisshhh.. dasar
**** kalau ada mood aku sambung lain.. haahhaha..