Friday, October 03, 2014

Getaran ....

Aku sudah dapat merasai getaran jantungnya..
Alhamdulillah Ya Allah..
Di saat tiada siapa yang gembira dengan kehadiranmu , aku tetap setia menunggumu sayang ..
Jaga diri , kelak kamu akan bertemu kami .. Ummi dan abang kamu ..

Melawan Arus

Bila kita nk melawan arus, ombak datang menerpa kita dengan pelbagai cara, lalu kita rebah. Akhirnya kita tersadai di tepian pantai. Duduk termangu sambil memikirkan bagaimana aku mahu merentasi arus yang maha dahsyat ini.

"ALLAH"

Aku tersentak. Betapa aku lupa bahasa Allah lah pemudah segalanya, lalu aku bangkit dan tersenyum gembira. Aku perlahan berdiri bimbang akan jatuh lagi, tai kali ini, aku bangun bukan untuk melawan arus, tapi bersedia dengan fizikal dan mental untuk menerima arus yang mendatang dengan hati yang tenang dengan izin Allah.


Faham ke faham?


Jumaat

1.48pagi

Sebelah #AmyrulArsyad

Thursday, October 02, 2014

'TING!' FOR HIM!

Assalamualaikum..
Semalam aku dan Mr. A pergi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk buka akaun for our Lil A . Lama dah simpan duit untuk our Lil A ni tau . Baru semalam berkesempatan nak buat . Aku saja simpan kat sini sebab dividen dia tinggi , dapatlah saving sikit untuk Lil A . Alhamdulillah . Korang yang belum buat tu, boleh lah pergi buat cepat . Sebab ini pun bukan untuk orang lain , untuk anak-anak kita jugak . 

Buku TING! Lil A

Nak buat buku ni korang x payah lah ada duit sampai beriban pon .. Cukuplah korang ada RM 10 pun dah boleh buat tau ! x percaya ? percayalah .. aku pun buat x banyak untuk starting ni .. hehe .. Janji aku ada usaha nak simpan untuk anak aku , betul tak ?
so , xkan lah setakat RM 10 untuk anak kita pun kita x mampu.. 
kalau yang kerja gomen plak korang boleh buat potongan gaji terus dalam slip gaji korang , tak payah lah sibuk2 korang nak g pejabat pos ke , bank ke , ASB ke semata-mata nak masukkan duit tambahan dalam akaun anak-anak korang .
yang swasta plak , bergantung pada majikan korang lah yer . sebab ada sesetengah syarikat diorang support kalau staff diorang nak buat potongan gaji untuk saving ni .. cer korang tanya bahagian admin atau kewangan korang .. mesti diorang tahu punya .. huhuhu..

bila nak menabung ni korang mestilah letak target untuk apa tabungan tu , biar tak tersasar nanti . macam aku ada banyak sebab kenapa aku buat simpanan untuk Lil A seawal ni . antaranya, aku sebenarnya plan nak anta Lil A kat Little Caliph atau Brainy Bunch . Yang mana yuran pendaftarannya agak mahal pada aku . So, bermula dengan simpan sikit2 aku harap dapatlah aku anta anak aku ke sana nanti . Amiinn ..
Apapaun , aku harap lepas ni dapatlah aku dan Mr . A simpan dengan konsisten . 
In Shaa Allah . 
Mula-mula aku simpan dengan akaun TING , esok lusa ada duit lagi aku plan nak buatkan akaun Tabung Haji plak untuk Lil A . 
Semoga niat murni aku ni dipermudahkan Allah.
Aminn ..

ok , jom kita menabung !