Thursday, October 30, 2014

Anak : My Lil A dah 9 bulan

Alhamdulillah.. 

Hari ni, My Lil A officially 9 bulan kalau ikut kalendar Islam. 
30 Oktober 2014 bersamaan dengan 06 Muharram 1435H.
Sungguh pantas masa berlalu. 
Terlalu pantas aku kira.
Hinggakan aku rasa macam baru semalam aku lahirkan dia.
Macam semalam aku melihat dia terbaring dalam balutan kain bedungnya.
Syukur. Diberi peluang menjaga dia. 
Walaupun Lil A lambat merangkak, lambat berdiri dan lambat dalam serba serbi, tapi aku syukur..
Oh, anak! Pinjaman Allah.
Akan aku usaha semampu dan sehabis daya untuk menjaga dan mendidiknya.. 
Semampu ku.
Sekuatku.
Setabahku.
Bantulah aku, Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah.


p/s : aku masih belum bersedia nak kongsi kisah aku melahirkan Lil A. mungkin esok, mungkin lusa. :)

Monday, October 27, 2014

My Lil A Kuat Menagis

Hi.

Lately ni aku rasa stress dan x cukup tido. Penat. Bukan penat kat tempat kerja. Tapi penat melayan kerenah anak aku si Lil A tu. Akhir2 ni dia punya meragam kan, Allah je yg tahu. Aku memang dah hilang sabar. Nasib Mr.A ada. Kalau dia xde memang aku bertambah stress. Tapi, dia gan Mr.A pun bukan nak sangat. Kalau Mr.A pegang dia pun nanti dia nagis. Hurrmm..

Xtahu lah kenapa. Aku rasa dia cemburu. Eh, nape plak kan dia nk cemburu. Ofkos lah uolls orang nak jadi abang.. Eh? Hahaha..

Aku tahu dia tu meragam selalunya nak tukar bulan je. Tapi bila aku diskas gan along aku dia cakap pasal jeles aku terus rasa mcm ... Blurrggghh.. Hurmm.. Maybe kot..

Tak kisahlah dia meragam pasal apa sekalipun, yg penting aku rasa sedikit terjejas dengan situasi ni. Aku rasa kesannya aku jd ngantok kat opis n terlalu emosi. Yelaaa. Bila ko x cukup tido kan semua benda x kena. Stress lah, nk makan orang lah apa lah. Bos ko cakap pun ko rasa mcm nk sekel je kepala bos tu. Hurmn. Damn!

Aku harap ragam si Lil A ni x berpanjangan sebab aku takot darah aku naik xpasal2 aku kena darah tinggi plak. Nauzubillah. Ni lah situasi ko kena hadapi bila ko dah ada anak. Ko xpayah kawen pun ko boleh ada anak. Dulu aku kalau bosan gan anak2 sedara aku, aku blah masuk bilik. So, skng ni aku tension gan anak aku xkan aku nak tinggal dia depan umah orang kan? So, redah eh redha jelah!

So, untuk korang yg belum ada anak. Korang tambah2 lah iman korang. Kalah iman korang senipis bawang macam aku ni, korang patut syukur sebab Allah beljm bg anak kat ko. Aku bukan x syukur tau, aku share pengalaman aku je. Sbb ada anak memang best. Yg x best tu time dia nagis. So, xkann la anak ko nagis 24jam kan. Apapun, korang enjoy evey second best moments korang dgn org yg korang syg. Sbb setiap saat TAK AKAN ADA ULANGAN.

Oklah, sebelum aku melalut baik aku stop. Terima kasih sebab sudi baca.

Adios.

Saturday, October 25, 2014

Salam Muharram - Maal Hijrah 1436H

Salam Awal Muharram 1436H.

Kepada semua kawan2 sama ada yang kenal saya secara langsung atau tak. Saya mohon ampun dan maaf atas kesilapan yg sengaja dan x disengajakan. Saya manusia biasa, begitu juga anda. 

Buat stalker, atau mana2 perempuan yg pernah mengecewakan hati saya sepanjang setahun yg lalu. Saya maafkan anda. Semoga anda mendapat hidayah drpd apa yg berlaku. Sy tak rugi apa2. Saya x mahu kerana marahkan seseorang langkah saya di tahan ketika mahu masuk ke syurga. (Walaupun saya tahu saya banyak dosa)

Apapun, kita semua bersangka baiklah pd Allah. Sbb setiap ujian yg kita terima itu adalah semampunya kita utk menanggungnya. Alhamdulillah, sy yakin saya kuat n tabah. Tp sy takot kerana terlalu yakin akhirnya sy kalah jua. 

Semoga tahun baru ini lebih memberi banyak manfaat kepada kita semua.. In Shaa Allah. 

Saya doakan kita semua bahagia dgn kehidupan kita hingga ke akhir hayat. Aaminn..


P/s : maaf lama x update sebab opis dah block blogspot. Jadi kalau nk online pakai hp mmg lambat sikit lah..