Sunday, February 08, 2015

Gurindam Jiwa : Sayangnya Ibu, Kasihnya Ayah

Bila sesuatu terjadi kepada seorang anak, seorang ibu akan dipersalahkan. Seolah seorang anak lahir tanpa ayah. Ini bukan anak Maryam , bukan anak wali atau anak Tuhan. Ini anak manusia.

Bila kejayaan diperolehi, seorang ayah akan berasa gembira, seolah-olah hilang kesakitan semasa melahirkan. Hakikatnya, sedikit kesakitan pun tidak ditanggung sang ayah. Si ibu hanya berdoa agar si anak terus berjaya sekalipun si anak sudah melupakan si ibu.

Si ayah mungkin tidak akan merotan, mungkin juga suka memukul. Bukan kerana x sayang, bukan kerana x kasih. Tapi kerana mahu diberi hormat dan sedikit rasa "takut" buat si anak. Niat si ayah utk mendidik, agar si anak terdidik.

Si ibu, rotan di tangan jd amalan, jeritan tarzan jd siulan. Jelingan maut jd kebiasaan. Namun, anak menangis disusukan, anak lapar disuapkan. Anak sakit diubatkan, anak bergaduh dileraikan. Sungguh kasih ibu. Sungguh sayang ibu. Sungguh mulia ibu.

Bukan si ayah x ambil pusing, tp si ayah penuh dengan tanggungjawab. Si ibu mula runsing, orang keliling sibuk bertanya tapi si ibu xtahu nak jawab.

Hidup ini hanya pinjaman, sekejap di atas sekejap terjunam. Kenapa orang keliling yang kita sibuk nak hadap, sedangkan beras di bendang pun bukan mereka yang tanam.

Hati ibu kecewa, tidak si ayah mahupun si anak tahu. Hati ayah terpalit, si ibu dan si anak pula yang sakit. Hati anak terluka, sekejap saja mereka menjauh.

Duhai ibu, kau juga punya ibu.
Duhai ayah, kau juga punya ayah.
Duhai anak, kau juga akan jadi ayah dan ibu.
Jika kau mahu anakmu sepertimu, kau layanlah ibu dan ayahmu seperti mereka melayanmu.
Jika kau mahu bahagia, bahagiakanlah ibu ayah mu.

Ibu, sayangmu membawa ke syurga.
Ayah, kasihmu berpisah tiada.

Luahan Hati,
#UmmiFarhana
#KhasUntukAmyrulArsyad
08.02.2014
Ahad
12.30Tghari
Seorang diri kat Kedai Makan

Friday, February 06, 2015

Setahun sudah! 06.02.2014 - 06.02.2015

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan ‪#‎AmyrulArsyad‬
Allah selamatkan kamu..

Walaupun kau lambat mengiring, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan, namun Ummi bangga dengan pencapaianmu duhai anak..

Perkembanganmu seiring dengan usiamu, itu yang pasti..
Syukur ke hadrat Ilahi,
Kehadiranmu sebagai penyeri,
Kehadiranmu sebagai rezeki,
Rezeki buat kami..

Biarlah apa yang dikata,
Biarlah mereka yang mengata,
Biarlah semuanya..
Biarlah Allah buat kerja Dia..

Pergilah ke mana yang kau suka,
Belajarlah apa jua yang kau minat,
Ambil lah seberapa banyak masa,
Luangkanlah seberapa banyak keringat,
Agar kau tidak akan pernah menyalahkan kami bila kau dewasa.

Manusia memang suka menilai,
Manusia memang suka membenci,
Manusia memang suka menjadi Dewa Dewi,
Manusia memang TAK SEMPURNA

Tapi,
kau punya IMAN,
kau punya AKAL,
kau punya JIWA,
kau punya HATI.
kau jua punya RASA.

Bersabarlah sayang..
Bertabahlah sayang..
Bertawakal lah sayang..
MASA mu akan datang..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAKKU #AMYRULARSYAD, SEMOGA KAMU AKAN LEBIH GEMBIRA DAN BAHAGIA SERTA MENJADI ANAK YANG SOLEH..
06.02.2014-06.02.2015

Coretan Kasih Sayang
‪#‎UmmiFarhana‬
Jumaat
06.02.2015
5.30ptg

Nota Kepala : abaikan muka Ku yg comot. asal boleh je gambar. maklumla mak yong... huhu

Thursday, February 05, 2015

Kerja Kuat

Semua kena kerja kuat , sebab kita yang akan tolong diri kita baru Allah akan bantu ..