Monday, April 06, 2015

#Throwback : Pertama kali

Assalamualaikum ..

Emmm .. Ntah kenapa sejak - sejak nak bersalin anak kedua ni , banyak benda yang aku nak sangat " pandang belakang " .. terutama hal aku dengan si bujang aku si Arsyad tu .. ni antaranya lah .. masa ni pertama kali aku dengan Arsayd balik kampung berdua selepas habis pantang .. * macam jauh naa kampung tu , padahal Pontian je * masa ni , muka aku nampak suci lagi , sebab belum stress sangat nak bangon pagi .. bhahhaha .. anak pun belum pandai meragam sangat , yang dia tahu , masuk kereta je dia tidur , asal dia tidur je kereta jalan .. cuba sekarang ko tengok muka aku , kalau orang x kata macam Hantu Kak Limah tu x sah ooii ... dengan eye bag lagi * psfffttt *

selfie ciked !

besar betul mulut si bujang aku ni .. :)


Kalau korang nak tahu , masa tu memang kenangan lah , bayangkan , 
tengah aku syok - syok layan lagu sambil bawak kereta , si bujang tu bangon dari tidur dan menangis nak susu , aku  cuba tenangkan dia dengan bagi susu yang dalam botol tapi dia x nak , so apa yang aku buat ?? terpaksalah aku berhenti tepi jalan bagi signal kecemasan dan susukan dia ( masa tu belum campur susu ) .. aku terpaksa bagi dia susu sampai dia puas dan tidur balik , dalam keadaan hujan renyai , ku gagahi jua dengan doa tiada siapa yang akan berhenti untuk " menolong " yelah , sekarang kan banyak sangat orang yang " baik hati " Mr. A call pun aku x dapat nak angkat sebab x sampai .. lepas Arsyad dah tidur , aku teruskan perjalanan , dalam keadaan sebelah tangan sahaja yang pegang stereng dan sebelah lagi mengampu si bujang ni .. 

AllahuAkbar ! 
masa tu memang aku berserah semuanya pada Allah lah .. aku berdoa tak putus - putus agar aku sampai rumah dalam keadaan yang selamat .. Alhamdulillah , i did it ! dalam keadaan yang gementar dan ragu - ragu aku akhirnya berjaya juga untuk sampai ke rumah .. lepas sampai tu , aku nampak Mr. A dah ada depan pintu dan aku terus peluk dia beritahu aku takot dan nangis dalam pelukan dia ... hurmm .. 

demi abah yang merindukan cucu dan anak masa tu , aku balik juga sebab Mr . A outstation , kesian kan abah .. itu memang pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila - bila .. Alhamdulillah , sampai hari ini , kalau aku balik berdua dengan Arsyad tanpa Mr. A , aku dah tak risau lagi , sebab aku tahu ALLAH SENTIASA ADA !

Sunday, April 05, 2015

Bisnesku : Tamar Cocoa dan G-Oat Cereal

Assalamualaikum.. 

korang pernah dengan tak produk keluaran AL HADDAD MARKETING SDN. BHD. ?? Kalau tak pernah dengar , meh aku nak cerita .. 

klik untuk tumbesaran

Antara produk yang sangat hot dan TERLAJAK LARIS adalah Tamar Cocoa dan G-OAT Cereal .. Bukan aku nak cakap yang lain tu tak bagus atau tak laku , tapi dua produk ni selalu je out of stock kerana permintaan yang sangat tinggi tau ! Rasa dia , fuh !! Sedap babe !! rugi kalau korang tak cuba tau !


TC 900gm dan Papan

Tamar Cocoa ni ada 3 jenis pembungkusan iaitu serbuk 900 gram , sachet ( 20 sachet ) dan papan ( 20 sachet ) Harga untuk 3 jenis bungkusan ni sama je , cuma dia bagi pilihan lah korang nak pilih cara bungkusan yang macam mana .. 

 Untuk G-OAT Cereal pula , setakat ini cuma ada satu je cara bungkusan iaitu dalam bentuk sachet .. Dalam satu bungkus ada 15 sachet .. So , kalau korang beli Tamar Cocoa dan G-Oat ni boleh lah tahan untuk sebulan , itupun kalau orang minum sehari satu sachet kan .. hehe.. kalau tak , memang kena beli berbungkus -bungkus lah jawabnya .. huhuhu .. Tapi tak apa lah, sebab Al Haddad ni dia ada sistem komisen .. setiap kali korang beli , korang akan dapat komisen yang mana korang boelh dapat dalam bentuk tunai pada setiap awal bulan berikutnya , dengan syarat korang dah daftar ahli dan buat belian mengikut syarat yang ditetapkan .. nak jadi ahli pun x mahal kawan - kawan .. RM 22.00 je .. 

So , pada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut , boleh lah email atau whatsapp aku ea .. Nanti aku leh explain lebih lanjut dengan korang .. Modal pun x mahal korang , selain korang dapat komisen , korang juga secara tak langsung menyokong produk keluaran Muslim dan Bumiputera .. Siapa lagi yang nak sokong produk Muslim kalau bukan kita sendiri ?? Betul tak ??

Apa tunggu lagi ??

Farhana
SMS / Whatsapp : 
016 - 7253014

#Throwback : 2 B ( Bulat dan Botak )

Budak 2 B ( Bulat dan Botak ) ni sekarang dah jadi  2 K ( Kurus dan Kuat Makan )



Kenangan kali pertama tinggalkan Arsyad dekat rumah Mak Tok dan Tok Bah dia kat TUTA .. Dia sangat behave dan pandai bawak diri .. Sekarang kalau nak anta sana dia macam tahu je yang kami akan tinggalkan dia .. hehe .. Anak yang bijak !