Friday, July 03, 2015

67 Hari

 Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah .. 67 Hari sudah .. Aku pun dah nak naik kerja .. Sepatutnya masa dalam pantang aku dah update , tapi keadaan tak mengizinkan .. Namun , aku tetap nak beritahu , bahawa pengalaman pantang kali memang jauh berbeza dengan pengalaman lepas .. Tengoklah kalau aku sempat aku update dalam blog ni yer .. In shaa ALLAH ..
 
Aku telah selamat bersalin pada hari Isnin bertarikh 27/04/2015 di Hospital Sultan Ismail , Johor Bahru pada pukul 12.20 pagi secara ceaserian juga . Baby boy seberat 3.87Kg ni aku dan suami namakan sebagai Amyrul Akhmal bin Azmi ..
 
ni masa anak aku baru seminggu
 
ni gambar terbaru 
apapun , syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini .. Aku rasa semuanya dah lengkap dan aku tak perlu apa - apa lagi .. doakan kebahagiaan kami yer semua .. Amminn ..

Monday, June 01, 2015

#Throwback : Kesayangan ~ Arjuna Beta

Assalamualaikum semua .. Buat apa tu ??? hehe ..


Tengah-tengah mood nak puasa Ramadhan ni , sambil fikir - fikir nak buat apa / beli apa untuk Mr. A punya besday nanti ( 30 Jun ) , aku belek-belek lah gambar lama .. Rindunya !! Cepat sungguh masa berlalu .. Sedar tak sedar aku dah jadi seorang Ummi kepada dua cahaya mata .. Alhamdulillah .. Allah bagi pinjaman pada aku harta dunia akhirat ni .. Syukur , aku dapat rasai dan nikmati sedangkan ramai lagi orang yang menginginkannya .. Apapun , kita kena belajar bersyukur dan redha .. In Shaa Allah , Allah akan bantu kita ..


  
masa ni suka sangat dia tengok kamera .. x sempat - sempat .. hehe ..


  
ewaahh .. Mr . A ni kontrol ensem .. dia ingat aku amek gambar anak je .. hehe ..


okay ! muncungkan mulut dulu !


masa ni semua cakap muka ummi , skng semua cakap muka babah .. 


nota kaki : sekejap sangat Amyrul Arsyad ni membesar .. x puas nak gomol - gomol , sekarang mana nak gomol - gomol dah .. yelah .. dah jadi abang kan ?? hehe ..

Friday, May 15, 2015

Khasiat Kurma

Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...
Jadi...
Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
😃😃😃