Monday, October 19, 2015

20 bulan sudah

Amyrul Arsyad kini sudah berusia 20 bulan (1 tahun 8bulan) kalau dikira pada bulan Islam 6 Muharam 1437H (06.02.2014)



Alhamdulillah, semakin "matang" dan boleh memahami apa yang BOLEH dan apa yang TIDAK. Syukur ALLAH beri pinjaman anak ini kepada aku, sekurang-kurangnya menyedarkan aku, bahawa aku perlu lebih bersyukur dengan rezeki ini.

Muka Arsyad sebulan sekali akan tumbuh "jerawat". Doktor pun tak tahu puncanya. Jadi, kami biarkan sahaja. Lama-kelamaan ia hilang sendiri. Mungkin sebab cuaca agak panas sekarang ni. Tak mengapalah, janji ia tidak memudaratkan dan tidak tinggal bekas. Kasihan Arsyad.

Friday, October 16, 2015

THOUGHT OF THE DAY (1)


Don't make excuses, make improvements. 
- Tyra Banks


Nota : Banyak alasan, maka banyak kegagalan.

Thursday, October 15, 2015

Rindu vs Perpisahan

Bila kadang kita kena "berpisah" dengan orang yang kita sayang, baru kita sedar betapa pemtingnya orang itu. Dan ketika itu kita hanya mampu memandang foto-foto wajah mereka dengan penuh harapan kerinduan itu akan terungkai. Begitulah yang selalunya terjadi. Apa yang kita boleh buat, berdoa agar perpisahan ini tidak lama.