Saturday, November 12, 2016

BERSYUKUR

Sejak Awal Muharram lalu , KakNa sering diuji Allah . Sakit tekak on off, sakit kepala on off . Ujian anak , ujian kerja dan macam-macam lagi .


Mula-mula KakNa menangis , tapi sekarang dah tak ada air mata yang ingin dititiskan . Sehinggalah KakNa sujud dan mengadu pada Yang Esa . 


Orang lain mungkin rasa apa yang KakNa lalui tak seberat apa yang mereka hadapi . Iya , betul . Allah tu tak zalim . Setiap ujian , dugaan yang kita terima adalah setimpal dengan kemampuan kita .


Tapi , kenapa kita masih berasa kecewa setiap kali diduga ? Mengapa ? 


Sebab kita semua hanyalah hamba Allah yang tak sempurna . Allah jadikan atau wujudkan perasaan kecewa , sedih atau hampa dalam diri kita adalah semata - mata untuk kita sedar , bahawa tiada yang kekal melainkan Allah .


Allah juga mahu kita ruku' dan sujud kepadaNYA . Bercinta denganNYA dengan sebenar - benar cinta . Merindukan DIA , dengan sebenar - benar rindu . 


Syukur .


Ya KakNa bersyukur , diberi peluang menjadi seorang anak , diberi rasa untuk menyelami hati suami , diberi masa untuk bermain dengan anak - anak , diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan . 


Tapi , KakNa juga manusia biasa . Ada masa KakNa boleh tersenyum , ada masa KakNa juga akan menangis . Menangis bukan untuk tunjuk kelemahan , tapi menangis kerana terlalu letih , terlalu penat . Penat menjaga hati manusia .


Namun , Alhamdulillah . Awal Muharram lalu , KakNa sedar jika ada sebarang ujian yang KakNa terima , KakNa kena muhasabah diri semula . 


KakNa cuba amalkan konsep , "FORGIVE AND FORGET" . Walaupun kadang nak melupakan itu satu perkara yang amat sukar , KakNa cuba juga , mungkin tak boleh 100% lupa , tapi sekurang - kurangnya KakNa cuba .


Apapun , doakan KakNa terus istiqamah dalam menjaga hati sendiri . Begitu juga dalam menjaga hubungan dengan Allah . Hubungan dengan manusia ? Tak apalah , biar Allah yang jaga hati mereka . KakNa usaha mana yang mampu . In shaa Allah .  😊


Terima kasih pada yang baca sampai habis . Jemput datang baca lagi .


Assalamualaikum . ✌🏻️

Friday, November 11, 2016

Perihal Anak

 

 

KakNa tak pernah takot ada anak ramai. Biarlah orang nak cakap apa. Tapi, Allah lebih mengetahui. KakNa kan ceaser. Jadi sesiapa yang boleh bersalin normal tu jangan sekat2, sebab kita tak tahu bila kita tua kita larat ke nak tanggung risiko ketika hamil dan sebagainya.

Teringat KakNa bila ada orang tanya kenapa KakNa merisikokan diri untuk mengandung lagi sedangkan dah bersalin ceaser. KakNa jawab satu je.

"Kalau nak meninggal, duduk tengok tv pun boleh 😊"

Terus KakNa dikecam takbur. Tak apalah, biar Allah tahu apa yg ada dlm hati KakNa.✌🏻️

Thursday, November 10, 2016

Harta Dunia dan Akhirat

Harta Dunia Akhirat.

 

Nilah yang aku ada.
Yang peluk aku bila aku menangis.
Yang sapu air mata aku bila aku menangis.
Yang mahu aku pangku.
Yang mahu aku tatang.
Ini je yang aku ada.
Aku tak ada emas permata.
Tapi ini tiada galang gantinya.

Walau dimarah, mereka tetap mahu tidur dipangku oleh ku.
Tetap mahu dipelukku.
Tetap mahu dikucupku.

Inilah tempat aku bermanja.
Tempat aku meluah rasa.
Tempat aku mengadu duka lara, keluh kesah dunia.
Sedangkan mereka tak tahu apa.

Aku takot aku tak mampu jadi yang terbaik.
Aku takot aku tak mampu beri yang terbaik.
Aku takot siangku tanpa mereka.
Aku lebih takot siang mereka tanpa aku.

Aku insan lemah.
Aku mungkin kurang diajar, sebab aku tak sempat belajar.
Ajarilah aku seperti mahumu.
Jika kau rasa itu yang perlu.

Berhenti.
Berhenti menghukumku.
Sakit jiwaku.
Seksa batinku.
Kerana aku tahu, sakitku adalah sakit buat anak-anakku.

#InspirasiKakNa