Friday, April 21, 2017

Jujur

 
JUJUR

Jujur tu, ibarat kaca. Kau khianati kejujuran tu, ibarat kau sedang cuba jatuhkan kaca ke lantai.

Kaca ni kalau jatuh pecah berderai. 

Kau nak gam balik? Sila lah usaha gigih sampai berjaya.

Kau tak jujur dengan orang, kau yang rugi. Pahala kau orang yang kau tipu tu akan ambil.

Soalannya? 

Kau tipu kau dapat apa? 

SERONOK?

#KakNaBebel

Thursday, April 20, 2017

8.07 am

8.07am
Dah abis berlari sampai ada yang cakap jalan x jejak tanah.
Nak kejar punch card punya pasal. Insaf! Nak solat pun tak terkejar2 macam ni. 😪 Teruknya aku rasa.
Allah, kadang tak tahu nak adjust masa macam mana lagi. Bangon awal pukul 5 pun tetap lambat sebab hero-hero punya penangan.
Allah, bukan x bersyukur. Tapi nak bagi kefahaman. Tak apalah, next month Ummi tukar balik pukul 8.30am.
Demi anak-anak.
Suami tak tolong ke? Sabar dulu, jangan buat tuduhan melulu. Tak tahu jangan main buat cerita. Kita tak berada di kasut yang sama.
Apapun, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Jom mulakan kerja !
Senyum . 😘
#FamilyIsMyPriority

Wednesday, April 19, 2017

Wordless Wednesday #11 : #KakNaReview - Wonda Kopi Premium - Mocha


Hai korang . 

KakNa nak share rahsia ni . Hehehe .

Korang nak tahu tak ?

Satu - satunya jenama kopi yang KakNa tak akan tolak kalau ada orang bagi atau ajak minum . Serius , sedap giler ! 

KakNa boleh ketagih . 

Ala , sama macam orang ketagih Nescafe tu lah . 
Kopi Wonda ni memang mengancma bau dia , tekstur dia halus sedap , 
lagi - lagi kalau minum sejuk - sejuk . 

Kebetulan , kat opis KakNa ada jual dalam mesin air tu , apalagi , 
memang hari - hari lah beli . ^_^

oopps , tapi sekarang kena kurangkan , 
kang tak pasal - pasal kena bebel plak dengan nurse masa check - up nanti .

Okaylah , korang yang tak pernah cuba boleh cari dan rasai kenikmatannya yer . 

Lepas tu kongsi lah cerita yang sama dengan kawan - kawan . 

Ada yang nak belanja KakNa ? 

#WondaKopiPremiumMocha