Tuesday, May 29, 2018

ME TIME

Lepas Subuh time cuti nilah ME TIME aku.


Kadang duduk, kadang baring. 


Berfikir dan muhasabah diri atas apa yang aku lakukan semalam.


Iya.


Aku bukan sempurna.


Semoga jika aku tiada nanti, masih ramai yang ingin mendoakan aku.


😢

Monday, May 28, 2018

2013, 2014 & 2018


Hai korang .

Saja nak share . Hehe , haritu FB buat major throwback so dapatlah save balik mana yang ada . Yang tak ada tahun 2015 - 2017 je . 

Huhu . Sebab dulu jarang selfie kat FB . Kalau ada pun banyak dah edit Photogrid , so tak banyak gambar solo . 

Gambar dari mula kahwin sampai dah anak tiga ni . Berat daripad 87 kg sehingga 97 kg hahahaha . 6 tahun kahwin berat dok tang tu je . Tapi angka 8 tu memang dah lama tak muncul lah . Huhu .

Apa komen korang ?

#komenmurnimurniya

Sunday, May 27, 2018

Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum semua.


Dah selesai berbuka? Alhamdulillah.


Ingat. Jangan makan terlalu banyak ya, nanti susah pula nak beribadat.


Hari ni, KakNa nak share sikit tentang TANGGUNGJAWAB.


“TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA”


Kenapa ibu bapa? Ibu bapa adalah orang yang melahir dan membesarkan kita, oleh itu mereka perlu dilebihkan berbanding orang lain di dalam kehidupan. 


Banyak hadis Nabi SAW yang menyentuh kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Salah satunya berbunyi “ Redha Allah terletak pada redha ibu bapa “. 


Redha ibu bapa juga membawa keberkatan dalam kehidupan. Walaupun nampak kecil, kesalahan kepada ibu bapa adalah besar di sisi Allah. 


Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada dosa kepada ibu bapa.


Alhamdulillah. Itu lah sikit KakNa nak share pasal tanggungjawab ni. In shaa Allah lain kali KakNa share pasal tanggungjawab lain pula ya.


Bulan Ramadhan ni, bulan paling mudah nak gembirakan ibu bapa kita. Jadi, ambil peluang ini ya kawan-kawan.


KakNa semalam dah masakkan makanan berbuka untuk abah KakNa. Alhamdulillah. Simple tapi tengok abah berselera makan.


In shaa Allah, lain kali boleh masak lain.


Korang dah buat sesuatu untuk ibu bapa korang? ☺️


#ILoveMyFamily