Wednesday, February 12, 2020

Wordless Wednesday 7/2020 : #KitaBaikRamaiSayang





Masa tahu Almarhum buat hashtag #KitaBaikRamaiSayang tu aku dah tahu dia ni memang hati baik.

Aku jarang ikut cerita dia sebab dia banyak kat Astro je, tapi selalu tengok video dia dekat IG.

Sebab dia lah aku berani juga fikir “Gemuk Is Awesome”. Emm, tiba-tiba teringat orang cakap yang gemuk ni tak boleh lari dari penyakit. Tapi percayalah, semua penyakit in shaa Allah, boleh cuba cari ubat atau rawat. 

Tapi kalau kita ada penyakit hati, hasad dengki dan sewaktu dengannya, maka sampai bila-bila kita tak akan berjaya. Kalau berjaya pun kita berjaya dalam kelompok kita.

Ubah diri dahulu sebelum sibuk mengubah orang lain.

Be Yourself.

Fana Hana

Wednesday, February 05, 2020

Wordless Wednesday 6/2020 : 90 hari

Alhamdulillah.

90 hari telah berlalu.

Kenangan 9 tahun belum boleh dipadamkan begitu sahaja. 

Tak akan mudah luput di ingatan. 

Kisah sedih, gembira, pahit, manis, dikeji, dihina, dikecam, disayangi dan dicintai. Semua bercampur menjadi satu. Satu-satu telah mula hilang dari ingatan apabila aku mula belajar melepaskan dan memaafkan. 

Tetapi, untuk melupakan, tidak sama sekali. 

Melupakan orang yang pernah, memarahi, menyayangi dan lain-lain adalah satu perkara yang amat berat buat aku. Lagi berat jika ada sahaja perkara di sekelilingku yang berkait rapat dengan semua itu.

Perlahan. Perlahan aku cuba ya.

Apapun, semuanya aku jadikan sebagai panduan agar aku lebih matang ke depan.

Selamat tinggal.

Tuesday, February 04, 2020

Matlamat seorang Jutawan - Irfan Khairi

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.
Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.
Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”
Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi! Ilmu dan pengalaman tidak hilang!
Credit to Irfan Khairi