Minggu ni perasaan bercampur baur. Tapi, apapun, kena sentiasa bersyukur. Ada hikmah di setiap perkara, ada pelangi setelah redanya hujan .
Wednesday, January 03, 2024
Monday, January 01, 2024
Selamat Datang 2024
2023.
Banyak emosi dan perasaan yang aku telah korbankan demi sebuah kehidupan.
Ya, aku bukan manusia maksum, bukan juga malaikat yang boleh sentiasa "bersangka baik", boleh berdamai dengan takdir.
Ya, aku bukan manusia berpuas hati, sentiasa ada rasa syukur dalam diri.
Ya, aku bukan manusia reda, sentiasa berlapang dada.
Cukuplah, cukup lah tahun 2023 ni, terlalu banyak luka, suka dan duka yang aku lalui. Tahun 2024 ini, aku harap aku mampu "tersenyum" bahagia sekali lagi. 3 tahun aku cuba rawat hati aku, aku harap tahun ini air mata aku hanyalah untuk perkara yang manis-manis sahaja, Aamiin Allahumma Aamiin.
Selamat datang 2024, semoga tahun ini, aku terus dipermudahkan urusan.
Nota Kaki :
2024 ini aku cabar untuk mulakan 1000 Wordless Wednesday. Kita tengok sehingga bila mampu dapat 1000 WW, okay?
Friday, December 15, 2023
Dengarlah Bintang Hatiku - Demeises
Lirik Demeises - Dengarlah Bintang Hatiku


