Thursday, February 15, 2024

Terus berjuang diriku.

 Alhamdulillah.

Terima kasih sekali lagi buat diriku. Sejauh ini kau bertahan, pasti kau boleh bertahan lebih lagi. Moga kau terus tabah ya!


Duhai hati, Kau telah banyak menangis. Berjanjilah, yang kau tak akan menangis kerana mereka lagi 🤞🏻.
Duhai badan, Good Job! Fokus pada target kita ya! Berkebaya di pagi lebaran 🥰.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Nurfarhanah binti Suardi.

Happy Birthday, Dearself.
Stay garang.
Stay cute and humble.

Love myself, Cik Puan Farhana.

Rabu | 14022024 #FanaTurns37

Wednesday, February 14, 2024

Wordless Wednesday 7/1000 : Selamat Hari Lahir Diriku

 بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله 

Artinya: "Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya."


Selamat Hari Lahir Diriku!


Thursday, February 08, 2024

Salam Israk dan Mikraj

 


Hari Israk Mikraj disambut bagi memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab dan sejarah Islam iaitu Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa ini disambut pada 27 Rejab setiap tahun dan bersamaan dengan 8 Februari 2024 bagi memperingati peristiwa  luar biasa yang telah dilalui Rasulullah SAW pada tahun ke-12 kerasulan Baginda. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1   (Al-Quran:17:1) dan Surah An-Najm (Al Quran:53:13-18).

Peristiwa besar   yang dialami oleh Nabi SAW  dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.

Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.

Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.

 Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SAW

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Sempena memperingati peristiwa agung Israk Mikraj pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, marilah kita bermuhasabah diri dengan menjaga, memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kita dengan Allah SWT.

Salam Israk Mikraj |8 Februari 2024 | 27 Rejab 1445.