Wednesday, January 02, 2013

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia







1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.



Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35)   


Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) 


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37) 


(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 


2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Tuesday, January 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013





Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar kurniaan Ilahi.. apa khabar anda semua?? readers and stalkers? hope xdelah stalkers yer.. :) 
oklah.. sempena dengan Tahun Baru ni, mesti korang sumea tengah semangat kan?? ada yg dah pasang azam tahun baru?? xde?? hehe.. azam taun lama plak mcm mana?? 
dh tercapai ke belum?? kalau belum xpelah.. usaha lagi yer!!
aku plak, azam tahun baru adalah utk meneruskan mencapai azam tahun2 lepas yg x kesampaian.. tapi, apa yg aku boleh share.. azam aku tahun 2012 hampir 80% berjaya dan tercapai.. Alhamdulillah.. 
tapi, masih ada sikit2 je yg belum tercapai, atas sebab2 yg x dpt dielakkan.. xpelah, yg penting aku dah berusaha sehabis baik utk capai semuanya.. oklah.. nanti aku sambung lagi yer.. tahun baru, tgh semangat nak kerja ni.. tunggu yer update seterusnya.. :) 
semoga Allah selalu merahmati dan memberkati kamu semua..


nota kepala : saja pilih warna ni utk bagi semangat ceria sikit kat blog aku ni.. huhu..

Friday, December 28, 2012

Sebulan Sudah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. 

Apa khabar yer semua?? (macam ada org jer yg nak baca) hehe.. Salam Jumaat.. Em.. Lama rasanya aku x update blog aku ni.. dah berhabuk agaknya.. huhu.. apapun, aku dah janji yang aku akan update selepas selesai semua perkara..

mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku bz sgt smpai xleh nak update blog ni.. huhu.. sebenarnya, aku xdelah bz sangat.. cuma MALAS je..lalala.. sebab tu x berupdate.. saja bg alasan bz tu bia korang tau bukan senang nak mendirikan masjid tau.. lalala...

sebelum pape, aku nak bgtau korang semua yg aku sebenarnya dah sah menjadi isteri kepada suamiku iaitu AZMI BIN ABDUL MANAN.. Yes!! I'm officially MARRIED!!! (saja bg warna hijau sebab dah HALAL kan.. haha, gataii!!) FYI, majlis pernikahan kami pada hari Jumaat, 30.11.2012 bersamaan dengan 16 Muharram 1434H, majlis persandingan plak 01.12.2012 bersamaan dengan 17 Muharram 2012.. Alhamdulillah.. semuanya dah selamat dan berjalan lancar walaupun berbagai rintangan (nanti aku stori mori naik lori ea.. ea..)

Nanti aku buat review yer.. dari dulu janji nak review.. tapi x review2 gak.. hehe.. tapi, kali ni aku janji, start tahun 2013 aku nk komited pada blog aku mcm mana aku komited pada kerja aku.. huhu.. cayalah!! jom layan gambar jap..


gambar aku amek dari FB OP aku Tazbay Studio, cute tak i?

chumells x weollss.. hahahaktui.. aku saja je letak satu gambar dulu.. sebab nanti lau letak semua korang dah xnak tgok blog aku lagi.. (bajet ko ada peminat laaa..) oklah, ok, aku nak sambung keja jap.. nanti aku update lagi yer.. tqvm pada yg sudi baca.. hehe.. yang sekadar nak stalk pun boleh, xpe, aku x kesah.. huhu.. 
Assalamualaikum.. (sape x jawab dosa, aiyoo tatau.. :) )


Nota kepala : ada org tanya, takde cite isu tunang, alih2 dah kawen.. xpelah, biarlah xde org tau lg bagus, dr yg stakat nak stalk jer! apapun, thanks for ur concern.. Allah knows the BEST & GREATEST for ur life and future.. :)