Friday, February 01, 2013

WeLcOmE FeBrUaRy!! :)

Assalamualaikum..

hype all.. 
cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam sambut new year, tuptup dah tiba bulan February!!
yup, its FEBRUARY dear!!! 
sangat cepat masa berlalu 

okey!! cepatttt sangat rasanya... :(

so, perasaan untuk bersenang lenang terpaksa dikurangkan.. 
YUP!! sbb dah nak masuk usia baru, jadi, semuanya harus difikirkan secara serius dan matang.. apapun kemungkinan boleh berlaku, yang penting kita kena matang dan bersedia.. :)

dan untuk first day of February, aku lambat.. punch card aku pagi tadi pukul 8.44am, HUH!! "lambat lagi" bisik hati aku.. yup, seperti ari2 sebelum ini, kehidupan sebagai seorang isteri, suami adalah keutamaan, walau apa skalipun keadaanya, kita x boleh mengatasi suami, seorang yg telah dipilih ALLAH utk membimbing kita.. "takpela, bialah, aku lambat asalkan aku dapat turun dan pergi bersama-sama dengan suamiku" pujuk hati kecilku.. sob sob sob

ok, straight to the point.. sebenarnya yg aku nak share arini adalah tentang bulan FEBRUARY ni.. ramai yg kata bulan cinta, x kurang hebatnya kata bulan kasih sayang.. yeke?? abis bulan JUN, JULAI, MEI OKT bla bla bla tu sume nak buat apa ekk?? x leh lah ko nak berkasih sayang gan org yg ko sayang?? gitew.. tu yg kadang2 aku x paham gan mentaliti orang kita ni.. benda yg kecik akan jadi RACUN dalam hidup korang sbb kn otak sempit tu..
 
apakata kita jadikan setiap bulan adalah bulan kasih sayang, bukan setiap bulan, malah setiap hari dear!! aku ulangi, SETIAP HARI adalah HARI KASIH SAYANG!!! 
mcm aku gan Amy lorrrhh!!! *pitam*

yelah, dalam setaun, xkn ko nak sambut bulan FEB je kan?? dah kenapa?? byk lg bulan lain, maknanya ko boleh la sambut tiap2 bulan.. sape suh korang setkan kat otak minda korang yg korang mmg nak sambut hari kasih sayang tu utk satu bulan je?! yer dak?? atau korang xnk kekalkan kasih sayang tu.. mesti nak kan?? kan?? kan??
tapi, tu utk aku lah, utk org lain aku tak taulah, just pendapat aku.. 

cuma kalau aku asal je tiba bulan FEB ni aku super duper teruja aka eksited giler vavi sbb aku akan lihat setiap inci perubahan dalam hidup aku.. yeaahh!!!
bukan sahaja dari segi rupa paras yg semakin hari semakin berubah dan badan yg makin chubby, tapi sebab aku dah masuk fasa DEWASA.. *bunyi cengkerik*
bukan aku kata aku x dewasa lah dik non.. cuma aku dilahirkan dlm bulan feb, bulan yg korang kata bulan kasih sayang tuh.. now umur aku dah nak masuk 16 26 tahun.. lagi 13HARI jer lagi.. x ke dah masuk fasa org DEWASA tuh!! tu pun xtau ker?? haha..
namun, syukur Alhamdulillah, sbb ALLAH masih bg aku ruang dan peluang utk menkmati bulan ksih sayang ni selama hampir 26 tahun ini.. dan selama itu aku dapat merasai perlbagai nikmat yg diberikan..
nak tau nikmat apa??  

nikmat CINTA, 
nikmat RINDU,
nikmat BERKASIH SAYANG..

SUNGGUH NIKMAT!!!!

apapun, aku suka bile tengok korang yg dah couple tu celebrate bulan kasih sayang ni dengan cara yang betul.. apa kata kalau korang (lelaki) gunakan duit korang yg korang berangan nak bg bear besar dan bunga kat kekasih gelap hati korang tu, dengan cara menggantikannya dengan cincin belah rotan! CINCIN EMAS okey!!! x main lah silver2.. korang p umah mak bapak gugurl tu and cakap yg korang nk pinang diorang! abes cite.. xpayah bazir2 sangat.. nanti dah kawen, banyak lagi nak pakai duit ooiiittt!!!

bukan ker kalau macam tu CINTA korang akan lebih INDAH?? tu je cara nk elakkan drpd perkara2 yg x elok.. lagi2 jenis yg dah couple lama tuh! *terasa mak!!* lagipun, kompem awek2 korang akan lebih sayang kat korang tau!!! mak bapak diorang kompem suspect RESPECT kat korang sbb korang GENTLEMAN!! *pitam* so, apa tunggu lagi?? dah gaji kan?? g lah kedai emas, ah wat ke, ah beng ke, janji beli EMAS!! Jangan plak ko g beli NOMBOR EKOR atau utang ALONG!!! kena hempuk gan aku kang!! haha.

apapun, aku harap korang pandai2lah buat keputusan yer.. pada aku, bukan salah St. Valentine tu buat hari kekasih, atau omputih bg2 hadiah kat aweks n balaks diorg, tapi sebab mentaliti kita yg suka n cepat sangat ikut budaya diorang.. padahal, bukan salah bulan FEB atau sesapa yg lahir pada 14 FEBRUARY sbb dapat hadiah.. *jangan jeles* tapi, kita, yer.. KITA!!! Oleh itu, apa kata kite semua amek pendekatan yg mudah, tanamkan dalam diri kita bahawa, bulan FEB adalah sekadar bulan, dan kasih sayang itu harus disemai, bukan sahaja utk keluarga, suami, isteri dan rakan, tetapi utk haiwan dan orang yg ada disekeliling kita.. hormati mereka, jaga perasaan mereka itu sudah meyakinkan mereka bahawa kamu sayang akan mereka :)


ibarat kata pepatah, "jangan dibakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk" atau 
"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" 
so, anda semua yg baca ni boleh faham kan??
kalau x paham buat2 paham okey!!
haha..

see u all for the next entry! :)

nota kepala : xtau pe motip sebenarnya nk buat entry ni.. :)

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalaualaikum...
Salam Maulidur Rasul 1434H..
Harini 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434H.. Hari kelahiran junjungan kite Nabi Muhammad S.A.W.. Hari yg penuh dengan barakah ini marilah kite sama2 hayatu kisah Baginda dan Para Sahabat dlm memperjuangkan agama Islam.. semoga semua kisah2 itu akan memberi kesedaran dan keinsafan buat kite dan membantu kite supaya lebih kuat dan cekal dlm menjalani kehidupan yg penuh dengan cabaran ini.. In Sha Allah..

Setiap tahun kerajaan akan melancarkan satu tema untuk sambutan Maulidurrasul peringkat Kebangsaan dan tahun inii tema yang telah dicipta ialah

" WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "

tema ini memberi maksud kesederhanaan adalah tonggak dalam kejayaan satu-satu perkara.. Wallahualam..

Mari kita bersama hayati asal usul sambutan maulidurrasul.. supaya ianya bileh beri iktibar buat kite dan disebarkan kepada org lain.. :)

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu. kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. mereka.
Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar. mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.
Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya. dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam. dalam sejarah Islam.
Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu. kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi. bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.
Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya. semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.
Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda. itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. Rasulullah.
Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati. bagi orang yang hidup dengan mati.
Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup. dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.
Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup. iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.
Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Sumber : http://www.lamankongsi.com/2012/03/asal-usul-sambutan-maulidur-rasul.html

Saturday, January 19, 2013

Rasa Itu





kekadang aku rasa aku terlalu menjaga dia..
kekadang aku rasa aku terlalu mengabaikan dia..
kekadang aku rasa aku terlalu memikirkannya..
kekadang aku rasa aku terlalu mengetepikannya..

tapi..

walau sebanyak mana sekalipun rasa itu..
rasa yang menghancurkan.. 
rasa yang menggembirakan..
rasa yang mengecewakan..
rasa yang menyakitkan..
rasa yang meyakinkan..

atau

rasa yang menghampakan..

aku..

sayang dia seikhlas hati..

dia..

sayang aku seikhlas hati..

kami..

mempunyai satu hati..
untuk merasai tentang tentang hati  dan budi..
untuk saling memahami dan mengerti..

kata.. 

kata-kata kekadang menjadi duri..
duri kekadang menyakitkan hati..
bila tersentuh tanpa direstui..
bila dibiar semakin x disenangi..

hanya..

kita yang mampu untuk mengawalnya..
agar tidak menjadi duri..
duri dalam daging..
yang terlalu sakit untuk dicabut..
terlalu bisa untuk dikekalkan..

^_^