Monday, August 04, 2014

Cinta, Nyawa, Kasih = TIADA PENGGANTI

Beberapa hari sebelum raya (ari Jumaat) aku dan Mr.Arrogant a.k.a MR.A aku sepah kemas umah kiteorang yang dah berbulan tak kemas. walhal kami memang jenis kemas umah setahun sekali.. huhuhu.. senang cakap lau x raya x kemas lah rumah kami ni uollss.. iyerlah kan kami laki bini ni sibuk memanjang.. hehehehe.. so, tengah kemas2 aku terjumpa lah SESUATU yang aku buat aku TERDUDUK, TERMENUNG & MENANGIS sekejap.. Allahu.. Rindunya aku.. 
korang nak tahu aku jumpa apa???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taaaraaa


hurrrmm.. inilah dua insan yang boleh buat dunia aku BERHENTI SEKETIKA kalau 
mereka tiada.. iyer.. arwah mak memang dah takde dalam dunia ni, tapi SENTIASA ADA dalam hati dan ingatan aku.. TAK AKAN HILANG dan TAK AKAN ADA PENGGANTI! teringat aku masa arwah mak meninggal dulu, aku rasa macam aku bermimpi. perasaan aku macam arwah mak cuma pergi kerja tapi tak balik-balik. Hakikatnya.. Allah je yang tahu.. Allah Maha Besar, Maha Berkuasa, setiap yg berlaku ada hikmahnya.. dan DIA xkan uji hambaNYA yang lemah. Allah x zalim.. :) 

Abah pulak.. hurm.. kadang aku rasa makin jauh dengan abah sejak abah dah ada "pengganti" ni. tapi sebagai anak, aku doakan agar abah bahagia dan gembira dengan pilihan abah. dan semoga apa yang abah buat akan jadi contoh dan tauladan yang baik buat kami semua adik-beradik. apapun, aku sayang arwah emak dan aku sayang sangat pada abah. abahlah CINTA, NYAWA dan KASIH aku yang TIADA PENGGANTI. 
Sampai Mati. sampai KIAMAT. 

apapun, aku selalu harapkan yg terbaik buat mereka. semoga Allah melapangkan kubur arwah dan terangi kuburnya dengan cahaya syurga. buat abah, walaupun uda anak yg degil keras kepala, selalu tak dengar cakap abah, jarang balik kampung, tapi uda nak abah tau yg uda syg abah sangat2 tau.. abah kean paham uda dah ada suami.. uda pun kena jaga hati suami uda.. uda tetap ingat abah.. sebab abahlah HERO NO. 1 di hati uda, bukan MR.A bukan Arsyad. okay!

aku memang emosi kalau melibatkan abah dan adik-beradik aku. walaupun kami x rapat macam org lain, tapi aku ingat pesan arwah mak aku "adik, jaga keluarga ni yer syg bila mak xde.. adik org yg kuat.." apalah sangat yg dimengerti dengan pesanan itu oleh budak yg berumur 11 tahun.. tapi kini.. aku mengerti dan aku akan laksanakannya.. semoga Allah membantu aku dan permudahkan urusanku dalam menjaga amanah keluarga dan adik-beradikku.. aamiinn..

emosi sikit untuk post kali ini. harap korang tak bosan ekk?? nti datang dan baca lagi ehh?? jom kita g menternak lemak.. lunchh time ni.. hehuhuhu..

p/s : aku suka membebel lau korang nak tahu.. huhu

Sunday, August 03, 2014

Kembali Bekerja :)

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal 1435H.

Cehcehceh.. Tajuk macam ko tu cuti panjang je tau.. padahal ari rabu lepas kan dah naik keja, tapi x terfikir nak update plak.. arini ari ahad pertama bulan Ogos, dan minggu pertama kerja lepas raya.. so aku expect jalan jem lah pagi tadi, rupanya tak..




ko tengok.. lapang jer kan?? hehehehe.. aku dari umah BS aku tadi dalam kul 8.10pagi, boleh sampai opis aku kul 8.26pagi! giler cepattt!! mana taknya... Mr.Arrogant a.k.a suami aku bawak keta macam nak g racing!!! yerlah.. dia tak nak isteri tercinta dia ni lambat kan.. *padahal aku mmg selalu lambat punn* tapi memang bestlah keadaan jalan mcm ni.. kalau lah ari2 jalan Skudai-JB ni lengang mcm ni kan bagus.. boleh aku g keja kul 8.. dapatlah sikit aku masa untuk main2 gan Arsyad lama sikit.. tapi, apa nak buat.. ni lah jalan yg sentiasa jem dan xpernah plak x jem, lagi2 lau hujan atau eksiden! huhhh!! lagi parah tau..


apapun, arini macam SUNDAY BLUESS lah.. sebab aku rasa mcm xde mood sangat.. yelah.. Mr.Arrogant aku arini macam bad mood dari semalam, so aku x ceria lah sangat pagi ni.. xpelah.. petang ni aku nak ceriakan dia lah.. tapi nak buat apa ekk?? masak yg sedap2 okey kot! oklah kengkawan, jom kita sambung kerja, semoga Allah merahmati kita semua..

Jangan lupa doakan sedara mara kita di Gaza ye kawan-kawan!

p/s : pagi-pagi masuk bilik bos sbb nak salam bos, tetiba bos cakap aku dah kurus sikit.. wahhh!!! berbunga-bunga tau hati.. hehehe..

Wednesday, July 30, 2014

Wordless Wednesday #3


Alahai.. baru 3 hari Raya aku dah lupa banyak benda.. hahahaha.. nak tau aku lupa apa?? Aku boleh lupa nak bawak pam susu aku dan milk storage aku. *sigh* So, inilah hasilnya. TERPAKSA marmet je dan aku berusaha juga demi HAK anak aku si Amyrul Arsyad tu.. Alhamdulillah, x banyak tapi cukup untuk anak aku minum nanti. Semoga Allah terus memberi aku rezeki ini selagi anak aku perlukannya.. Ya Mattin.. Ya Mattin.. Ya Mattin.. Kau Murahkan rezeki susu untuk aku Ya Allah.. Ameenn..


nasib aku ada bekas air banyak kat opis tau!
p/s : balik umah cepat2 aku pindahkan dalam bekas susu yang sepatutnya.. Alhamdulillah, dapat 1 botol setengah.