Thursday, October 30, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Hi.
aku tau lama dah aku x update blog sangat. Sebab opis aku dah block lah blogspot, so, aku x dapat lah nak update cerita-cerita aku kat sini buat masa ni. simpan jelah kat draft tu ha.. hahaha..

ok. back to the story. korang pun tau kan yg jeruk mangga asam boi ni dah jadi viral kat fb. aku ni hari2 dok tengok newsfeed orang penuh gan gambo-gambo jeruk tu. fuh! tak menahan ko tau tak? kena plak kalau gambo tu kuar time2 aku nak tifo malam plak tu.. memang menagis lah aku nahan air liur.. errk? 

plan nak buat sendiri tapi keadaan sekarang tak mengizinkan aku, so, aku simpan dan pendam lah dalam hati je. dengan niat dan harapan menggunung, bahawa satu ari nanti ada orang yg sudi bagi aku jeruk tu untuk aku makan. hahaha.. fefeeling retis kejap.

Alhamdulillah.

Setiap kali aku nak makan sesuatu, aku akan niat macam tu. terutama benda yg mahal atau yg susah nak dapat. dan aku hari-hari doa, dan berharap aku akan dapat juga. so, apa hasilnya kau buat macam tu?? ko ingat ada ke benda nak datang bergolek depan kita kalau kita tak usaha. itulah namanya REZEKI. tapi rezeki pun datangnya dari usaha kita berdoa dan sebagainya.. yang penting usaha.. 

taaaraaa!!!


Alhamdulillah.. Errkk!! Kenyang aku.. Aku niat nak makan sikit je dan bagi Mr.A nanti masa balik. tapi memandangkan Mr.A lambat sangat dan aku kena stayback kat opis sampai Maghrib, so aku abiskan jelah.. hahaha.. sorry sayang.. :)

eh, mesti korang pelik kan mcm mana aku boleh dapat jeruk ni. aku pun mula-mula kompius gak. aku ingat orang salah letak ke apa kat meja aku. rupanya memang SUPRISE!! Opismate aku yg bagi masa aku tengah makan kat pantry. hehe.. so sweet adik.. oh, aah.. yg bg tu adik uolls.. bukan secret admirer ke apa ke eh.. jangan korang tuduh aku menyundal plak tau.. budak tu baik, selalu tolong aku.. hehe..

apapun, aku rasa bersyukur sebab aku dan Baby A *eh, sape ek? smile :)* dapat merasa gak. lau x memang telan liur jelah aku uols. korang nak tau review aku pasal mangga asam boi ni? hurmm.. pada aku NOT BAD. tapi mungkin seller yg jual pada adik tu x guna mangga yg betul2 muda. so, rasa dia macam kurang sikit lah. tapi apapun, sebab aku dan Baby A suka, tu yg habis sebekas tu. hehe.. benda free kan.. so, sedap lah yer dak??

lagipun, lain orang lain citarasanya.. sebab mangga asam boi ni pada aku biasa je, tapi sebab dah jadi viral kat FB, maka benda ni dah jadi macam rare plak di kala bukan musim mangga.. yelah, kalau bukanmusim mangga macam mana nak dapat mangga muda kan? apapun, kebaikkan dari viral ni, ramai orang yang dah dapat jana pendapatan. ada yg mula bisnes kecik-kecik dgn jual jeruk mangga ni, dan owner kebun mangga semakin tersenyum lebar sebab semua buah mangga mereka laku walaupun masih muda.. oleh itu, kita semua harus bersyukur.. Alhamdulillah.. sesungguhnya, tidaklah Allah itu menjadikan sesuatu yang baik untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. 
Wallahualam.

Terima kasih sudi baca. Adios. :)


Anak : My Lil A dah 9 bulan

Alhamdulillah.. 

Hari ni, My Lil A officially 9 bulan kalau ikut kalendar Islam. 
30 Oktober 2014 bersamaan dengan 06 Muharram 1435H.
Sungguh pantas masa berlalu. 
Terlalu pantas aku kira.
Hinggakan aku rasa macam baru semalam aku lahirkan dia.
Macam semalam aku melihat dia terbaring dalam balutan kain bedungnya.
Syukur. Diberi peluang menjaga dia. 
Walaupun Lil A lambat merangkak, lambat berdiri dan lambat dalam serba serbi, tapi aku syukur..
Oh, anak! Pinjaman Allah.
Akan aku usaha semampu dan sehabis daya untuk menjaga dan mendidiknya.. 
Semampu ku.
Sekuatku.
Setabahku.
Bantulah aku, Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah.


p/s : aku masih belum bersedia nak kongsi kisah aku melahirkan Lil A. mungkin esok, mungkin lusa. :)

Monday, October 27, 2014

My Lil A Kuat Menagis

Hi.

Lately ni aku rasa stress dan x cukup tido. Penat. Bukan penat kat tempat kerja. Tapi penat melayan kerenah anak aku si Lil A tu. Akhir2 ni dia punya meragam kan, Allah je yg tahu. Aku memang dah hilang sabar. Nasib Mr.A ada. Kalau dia xde memang aku bertambah stress. Tapi, dia gan Mr.A pun bukan nak sangat. Kalau Mr.A pegang dia pun nanti dia nagis. Hurrmm..

Xtahu lah kenapa. Aku rasa dia cemburu. Eh, nape plak kan dia nk cemburu. Ofkos lah uolls orang nak jadi abang.. Eh? Hahaha..

Aku tahu dia tu meragam selalunya nak tukar bulan je. Tapi bila aku diskas gan along aku dia cakap pasal jeles aku terus rasa mcm ... Blurrggghh.. Hurmm.. Maybe kot..

Tak kisahlah dia meragam pasal apa sekalipun, yg penting aku rasa sedikit terjejas dengan situasi ni. Aku rasa kesannya aku jd ngantok kat opis n terlalu emosi. Yelaaa. Bila ko x cukup tido kan semua benda x kena. Stress lah, nk makan orang lah apa lah. Bos ko cakap pun ko rasa mcm nk sekel je kepala bos tu. Hurmn. Damn!

Aku harap ragam si Lil A ni x berpanjangan sebab aku takot darah aku naik xpasal2 aku kena darah tinggi plak. Nauzubillah. Ni lah situasi ko kena hadapi bila ko dah ada anak. Ko xpayah kawen pun ko boleh ada anak. Dulu aku kalau bosan gan anak2 sedara aku, aku blah masuk bilik. So, skng ni aku tension gan anak aku xkan aku nak tinggal dia depan umah orang kan? So, redah eh redha jelah!

So, untuk korang yg belum ada anak. Korang tambah2 lah iman korang. Kalah iman korang senipis bawang macam aku ni, korang patut syukur sebab Allah beljm bg anak kat ko. Aku bukan x syukur tau, aku share pengalaman aku je. Sbb ada anak memang best. Yg x best tu time dia nagis. So, xkann la anak ko nagis 24jam kan. Apapun, korang enjoy evey second best moments korang dgn org yg korang syg. Sbb setiap saat TAK AKAN ADA ULANGAN.

Oklah, sebelum aku melalut baik aku stop. Terima kasih sebab sudi baca.

Adios.