Monday, January 05, 2015

BisnesKu, RezekiKu : Farhana Mom's Shoppe

Bisnes Ku , Rezeki Ku

Ini lah yang aku buat sejak belum kenal dengan Mr. A aku , belajar meniaga . Dari offline ke online seller .. Dari jual baju , tudung dan memacam lagi lah .. Dari kena tipu dan pelbagai lagi cabaran lain .. Tak apalah , ini dugaan da rezeki dari Allah .. Aku terima dengan hati yang terbuka , In Shaa Allah , Allah akan balas .. So , arini aku nak share apa yang aku buat sejak tahun 2008 lagi ..

1. Jual Tudung dan Baju
- Masa ni (2008-2009) aku x tahu apa kebaikan blog ni , yang aku tahu aku ada blog , tapi aku xtahu guna .. hahaha .. Sengal kan ?? Laku juga masa tu , kena plak zaman tudung awning baru nak naik .. Patu aku stop sejak aku aku rugi semua nak bayar ansur , last-last x bayar langsung ! Hampeh!

2. Dropshipper
- Masa ni (2009-2010) aku jual macam-macam . Senang kata apa orang jual aku jual gak .. Untung tu oklah .. Tapi aku x fokus pun , banyak memain je .. Aku dah ada blog , tapi aku masih x gunakan blog aku sebaiknya .. #shthjlks 

3. Online Seller
- Masa ni (Akhir 2010-2012) aku fokus pada blog dan VCO Treenea .. Tapi ntah kenapa aku jadi x semangat nak jual VCO tu sebab stok susah sangat nak dapat masa tu , sebab cepat SOLD OUT . Aku plak modal x banyak . Tapi , aku dah nampak hasil aku fokus dan bersungguh-sungguh . Alhamdulillah .. Lepas dari tu aku rehat sebab nak fokus kahwin .. Lalalala ...

4. Fulltime Online Seller
- 2013 - sekarang aku dah boleh dikategorikan sebagai FULLTIME ONLINE SELLER .. Sebabnya aku kalau boleh nak elakkan untuk jumpa customer .. Yelah , aku ni jenis x sabar dan banyak cakap .. Kang kalau tunggu lama aku tension pastu kalau dah jumpa lama pulak boraknya , marah plak Mr. A aku nanti .. Tapi , aku masih jugak cuba kalau ada customer nak Cash On Delivery (C.O.D) In Shaa Allah .. Yelah , Customer Is Always Right katanya .. Huhu ..

So , sekarang ada banyak juga barang yang aku jual , tapi aku lebih fokus pada barang yang aku ada kat tangan jelah .. Kalau yang aku kena order biasanya aku akan bagitahu pelanggan aku awal-awal .. Terpulang lah kalau diorang nak tunggu atau tak .. Kalau diorang nak tunggu , Alhamdulillah .. Rezeki anak-anak aku lah .. Kalau x tu , rezeki juga sebab atleast ada orang tanyalah kan .. Hehehe ..

Antara barangan/produk yang aku jual :

1. Catalyst

2. Alhaddad Marketing Products



3. Jamu Susuk Dara

4. Qaseh Gold

5. OneXox

6. Shaklee


So , kalau korang berminat nak beli atau nak jadi agen atau nak jadi ahli boleh je contact aku kat sini yer :

SMS/WHATSAPP : 016-7253014


p/s : sebenarnya , banyak lagi produk/barangan yang aku jual. Cumanya aku tak ingat lah buat masa ini ... Hehehe.. Nanti aku update lagi ea di lain masa .. 






Sunday, January 04, 2015

Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

PERINGATAN !! 

Walau apapun , kita kena perbanyakkan berdoa kepada Allah . Jangan terus mempercayai bulat-bulat semua pantang larang ini kerana dikhuatiri akan menjadi syirik . Nauzubillah ..

Thursday, January 01, 2015

KisahAkuDanAnak : Cerita Malam Tadi

Selamat Tahun Baru semua ..

Malam tadi korang g mana ? Aku dok umah je , sebab Mr. A kata nak keluar jumpa orang , so anak plak dah meragam sangat nak tido , jadi lepas makan terus je balik umah . Macam biasalah , Arsyad ni kalau nak tido meragam dia lain macam .. Kengkadang okay je , kengkadang dia memang susah nak dijangka .. Ada masa meragam sebab x sabar nak susu , ada masa sebab dia memang dah ngantok sangat tapi dalam masa yang sama nak main .. Arsyad .. Arsyad ..

Arsyad ni kalau dah penat sangat mana-mana je dia boleh landing dan tido .. Yer ngko .. X caya ?? Tengok ni .. Hahahahahaha .. Kelakar kan ?? Arsyad ni selalu bila aku bangon malam nak standby buat susu dia , aku mesti tercarik-carik dia .. Tercarik pasal apa ? Pasalnya dia ni tido kuss semangat , bersepah .. Yelah , tido asal boleh je .. Kadang - kadang port paling best dia adalah kat perot aku .. Kongsi sekali dengan adik dia .. Saja x kasi chance aku nak pelok babah dia .. Macam gambar kat bawah ni .. Hahahahaha ..

tapi ni bantal pelok lah , bukan perot aku .. bhahahhahaa ...

Nilah port (perut aku) yang memang selalu jadi tempat paling lena dia .. Kengkadang je jadi port babah dia .. Kemain lena lau dia tido kat perot aku tau .. Kalau time dia x penat , semua port x jadi gak .. Semua nk dimarahnya .. Huhu .. Arsyad .. Arsyad ...
Setiap ari ada je perkara yang menggembirakan hati aku oleh jejaka - jejaka idaman malaya aku ni .. Baik anak atau babahnya .. Alhamdulillah .. Inilah bahagia ku cari .. Syukur ..

kalau dah penat sangat ..

tonggeng pun boleh .. hahahha ...


nota kaki : inilah kawan aku dan peneman aku kala babah dia sibuk .. ni lah jantung hati aku .. semoga membesar jadi anak yang baik dan soleh yer sayang .. love Arsyad ketat - ketat ..