Sunday, August 30, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan | Burger Byte Johor Bahru

Entry ni dah lama dalam draft blog aku ni, memang lama. Sebab masa ni aku tengah sarat mengandungkan Akhmal. Sekarang baru lah rasa nak publish sebab aku tengah "bersihkan" draft yang merepek meraban dalam blog ni. Almaklumlah, sejak BERSIH 4.0 ni, semua orang nak update pasal tu. Tapi, sebab aku tak pergi, so, aku tak nak lah cerita. Yelah, setakat share benda yang viral tapi tak tahu hujung pangkal buat apa kan?

So, back to headline aku. Burger Byte Johor Bahru ni pada aku dan Amy tempat yang bukan utama kami akan pergi. Aku ulangi, aku dan Amy. Kalau korang tu aku tak tahu. Kenapa? Sebab tekak kami tak boleh masuk makanan kat sini. Okay fine, baru cuba dua menu, tapi dah tak boleh telan. Masa tu lah, tak tahu lah sekarang. Hehehe..

Sebenarnya, perkara yang paling buat kami tak akan datang lagi (dalam masa terdekat) ialah tentang tempat duduk. Masa kami datang, Arsyad tengah tidur, aku pula tengah sarat mengandung, so, kami pergilah ke tempat yang agak privacy belah belakang. Sebab tak ada sign "RESERVED" maka kami meluru ke arah meja tu. Yelah, makyong dah penat kot berjalan. Menapak agak jauh sebab kawasan situ memang tak ada parking. Baru nak duduk, ada staff dah bagi menu untuk order, kemudian, datang staff lain beritahu tempat tu dah ada yang tempah. Amy naik angin lah sebab aku dah duduk dia belum, sebab dia tengah cari kerusi baby untuk Arsyad.

menu

Tapi tak apalah, kami mengalah duduk bahagian depan kedai, aku okay je, Amy tu kalau bab tempat duduk ni dia memang over react sikit. So, lepas Amy pergi kaunter untuk order semua, kami tunggu lah makanan sampai. Agak lama lah kami tunggu, yelah kami dari pagi tak makan sebab nak makan kat situ. Makanan sampai pula tak seperti yang kami bayangkan dan tak seperti dalam menu. Huhuhu. 
Amy pula jenis kalau makan kat kedai mesti nak minum air dulu, tapi sampai makanan kami dah separuh air baru sampai. Bukan apa, makan western kan kering so kenalah ada air kan.. Dari segi makanan pada aku okaylah, tak delah aku nak kata superb sedap (tekak aku eh) sebab aku ni tak ada lah cerewet. Pada aku kesedapan sesuatu makanan tu subjektif. Harga pula, untuk aku dan Amy, tak setanding rasa. Sebab tu kami tak repeat balik kedai tu. Aku ni, jenis kalau aku suka, aku akan datang lagi walaupun mahal. Itu aku lah. Amy ikut aku je. Suami isteri katakan.. Hahahaha..

meja kami


mak buyong dan Arsyad

memandangkan post ni dah agak lama, maka aku pun dah lupa menu apa yang si Amy dan aku order.. hahahha..

Amy punya

CH punya

So far, kalau korang yang dah pernah cuba, bolehlah bagi review pula, Yelah, macamaku kata, lain orang lainb pendapat kan.. Kawan-kawan aku suka je pergi situ, aku tak tahu lah faktor aku mengandung masa tu atau apa. Apapun, jangan salahkan aku kalau korang pergi tapi tak sedap, Kalau tak sedap, kita sokong jelah orang kita berniaga. Kalau sedap beritahu mereka dengan datang berulang kali, itu cara kami lah. Siapa suka boleh lah follow!

Nota kepala : kualiti gambar tidak memuaskan. Maaf yer!



Bisnesku : Sidr Treratment Bar

Sidr Treatment Bar

SIDR Official ingin memberi peluang kepada rakyat MALAYSIA untuk menjana pendapatan  menjadi agen NEGERI di tempat anda. Ingin kami terangkan di sini SIDR tidak melantik STOKIS NEGERI ATAU STOKIS DAERAH sebab kita akan akan upgrade agen yang berjaya untuk ke peringkat STOKIS, Kita amalkan polisi pernigaan untuk sama-sama mendapat manafaat.
.
1.PENGEDAR NEGERI
•  Mesti mendaftar dengan HQ
•  Pendaftaran adalah PERCUMA.
•  terhad 20 agen untuk satu NEGERI untuk KAWAL harga & MEMUDAHKAN agen buat JUALAN
• Margin hampir 50% darpiada modal
• Modal SERENDAH RM350
• Boleh melantik Agen & Dropship anda sendiri
.
KELEBIHAN MENJADI EJEN
✔️ Pengiklanan daripada syarikat (HQ)
✔️ Margin KEUNTUNGAN 20% -50%
✔️ Mengikuti segala aktiviti syarikat
✔️ Hadiah PERCUTIAN  untuk TOP SALES
✔️ Nama, phone no, FB PAGE dan IG akan disenaraikan di page dan ig official HQ
✔️ Yang PASTI permintaan pasaran tinggi tetapi MASIH KEKURANGAN AGEN
✔️ Mendapat bimbingan sepenuhnya
✔️ Material pengiklanan online sentiasa diberi oleh kami
.
KEISTIMEWAAN
✔️ Permintaan tinggi ini kerana ramai agen-agen kami mampu mencapai income 200- 1000 sehari
✔️ Agen tidak perlu komited kuantiti order bulanan kerana kita yakin product SIDR senang dipasarkan dan KUALITI PRODUK HEBAT!!! dengan permintaan tinggi agen akan membuat pesanan baru sebelum msuk minggu ke 4
✔️ Tidak perlu bersaing kerana kerana harga runcit dikawal SEPENUHNYA oleh HQ, jadi tawaran ini TIDAK TERBUKA untuk pemborong

WASSAP 016-7253014 UTK KETERANGAN LANJUT

SIDR TREATMENT BAR :
- Sabun Pelbagai fungsi
- Untuk kegunaan luaran sahaja.
- SIDR treatment bar adalah formulasi unggul gabungan asli daun bidara, minyak zaitun dan pati  aromaterapi.
- SIDR treatment bar  merupakan sabun multifungsi  pertama di Malaysia yg menggunakan daun bidara(SIDR) yg terbukti berkesan untuk merawat masalah rambut gugur dan juga dapat menghilangkan masalah bau badan.
SIDR TREATMENT BAR
Sabun dari ramuan asli lagi suci -  Bidara, minyak zaiton, aromatherapy.
Sabun UNIK pelbagai fungsi. Dari kepala sampai ke kaki.
Selamat untuk kegunaan facial harian. Serius anda akan fefeeling muka bersih lagi suci☺
Boleh dijadikan SCRUB muka. Biarkan di muka semalaman. Anda pasti terkejut dengan hasilnya.
Sesuai sangat pada yang mengalami KEGUGURAN RAMBUT, KELEMUMUR.. Bau HAPAK kepala. WAJIB CUBA!
Ada BAU BADAN??? Sabun AJAIB NON CHEMICAL yang mampu hilangkan BAU BADAN
Malu tgk STRECHMARK di perut??? SIDR TREATMENT BAR laaaa jawabnya.
Kulit badan gatal miang disebabkan ECZEMA... Insyaallah kulit dapat dirawat dengan SIDR
Banyak sgt berjalan sampai pecah2 tumit??? Cantikan dengan SIDR! 
SABUN SIDR ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada baby hinggalah ke warga emas. 

Anda jimat! Sihat!

BERMINAT??
Whatsapp saya :
016-7253014
Dan dapatkan SIDR TREATMENT BAR yg sungguh UNIK!!!❤❤❤

Bisnesku : Affiliate Amora

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?
Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Amora dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
http://amora.my/?id=702
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Amora?:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 3% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!
Apa yang lebih menarik lagi?
1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 2% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Amora. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Amora.
3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.
Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!
Terima kasih.