Monday, August 31, 2015

The Siblings : 4 bulan yang indah.

Aku : kau tahu apa itu indah?
Kau : indah tu bila kau lihat sesuatu yang menggembirakan hati kau?
Aku ; bukan.. indah itu subjektif. kurniaan Ilahi.
aku rasa indah saat aku diberitahu aku dikurniakan zuriat. lebih indah aku sudah dua kali merasainya.
Kau : kau sombong?
Aku : bukan. aku bersyukur. Oleh sebab itu aku mahu kongsikan bersama kau. kau kecewa?
Kau : ..........

Alhamdulillah, sepanjang hampir 3 tahun aku dan dia melayari bahtera rumahtangga, aku dan Amy telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. LELAKI. Iya, aku bersyukur sangat. Malah, lebih daripada syukur. tak boleh dibilang dengan kata-kata.

Sedih.

4 bulan lepas aku menangis sekali lagi apabila doktor memberitahu aku bahawa aku memang tidak boleh untuk bersalin normal. Iya, aku tak pernah cerita di sini (blog) sebab aku belum bersedia untuk kongsi. Nantilah.

Gembira.

Hari ini, meniarapnya si kecil ini dengan daya usaha dia, buat aku rasakan bahawa aku lah manusia paling bodoh kerana tidak percaya dengan KUASA dan TAKDIR ALLAH. Apa yang aku ingin tangiskan, sedangkan ALLAH sedang memberi aku nikmat dan keindahan dunia.

Allahuakbar!


4 bulan yang penuh dengan dugaan, 4 bulan yang huru hara.  4 bulan yang indah juga. 

Syukur.

Melihat wajah ini, menitik airmata aku mengenang kembali kebodohan aku di saat aku meraung kesedihan di dalam wad bersalin. Allah pilih aku, tapi aku tak redha. Setelah 4 bulan, aku sedar malah benar-benar sedar yang aku memang perlu bersyukur! Maafkan aku ya Allah, maafkan aku suami, keluarga begitu juga kawan-kawan!


Masa terlalu singkat. Terlalu cepat berlalu. Hingga tidak sedar aku menjadi seorang yang sangat beremosi setelah punyai dua "HERO".


Kini, aku mampu tersenyum tatkala aku pulang dari tempat kerja, wajah ini seolah berkata-kata "You're a great mum, Ummi! I'm proud of you!" Ntah. Aku yang sekadar bermonolog sendirian. Akhmal adalah lambang kekuatan ku. Arsyad masih menjadi lambang cinta kami, tapi Akhmal, semangat dia sejak kali pertama keluar dari perutku hingga kini tak pernah pudar, malah semakin membara! 

Akhmal, anak kecil yang semakin hari semakin bijak. 

Ummi minta maaf, andai ummi bukan yang terbaik buat mu sayang. Izinkan Ummi menjaga amanah ini sebaiknya, kerana Ummi tahu, kamu dan Arsyad adalah pinjaman buat Ummi, yang entah kapan bisa di ambil begitu saja, Ummi kena bersedia. 

Doakan Ummi masih mampu memberikan kamu titisan emas sehingga kamu sendiri jelek dan tidak inginkannya lagi.. Ummi rela anakku. Penyesalan ketika menyusukan abang kamu Arsyad, Ummi akan cuba untuk tidak berulang lagi. 

Doakan Ummi.

Ummi Arsyad dan Akhmal

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 58! #sehatisejiwa

Sunday, August 30, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan | Burger Byte Johor Bahru

Entry ni dah lama dalam draft blog aku ni, memang lama. Sebab masa ni aku tengah sarat mengandungkan Akhmal. Sekarang baru lah rasa nak publish sebab aku tengah "bersihkan" draft yang merepek meraban dalam blog ni. Almaklumlah, sejak BERSIH 4.0 ni, semua orang nak update pasal tu. Tapi, sebab aku tak pergi, so, aku tak nak lah cerita. Yelah, setakat share benda yang viral tapi tak tahu hujung pangkal buat apa kan?

So, back to headline aku. Burger Byte Johor Bahru ni pada aku dan Amy tempat yang bukan utama kami akan pergi. Aku ulangi, aku dan Amy. Kalau korang tu aku tak tahu. Kenapa? Sebab tekak kami tak boleh masuk makanan kat sini. Okay fine, baru cuba dua menu, tapi dah tak boleh telan. Masa tu lah, tak tahu lah sekarang. Hehehe..

Sebenarnya, perkara yang paling buat kami tak akan datang lagi (dalam masa terdekat) ialah tentang tempat duduk. Masa kami datang, Arsyad tengah tidur, aku pula tengah sarat mengandung, so, kami pergilah ke tempat yang agak privacy belah belakang. Sebab tak ada sign "RESERVED" maka kami meluru ke arah meja tu. Yelah, makyong dah penat kot berjalan. Menapak agak jauh sebab kawasan situ memang tak ada parking. Baru nak duduk, ada staff dah bagi menu untuk order, kemudian, datang staff lain beritahu tempat tu dah ada yang tempah. Amy naik angin lah sebab aku dah duduk dia belum, sebab dia tengah cari kerusi baby untuk Arsyad.

menu

Tapi tak apalah, kami mengalah duduk bahagian depan kedai, aku okay je, Amy tu kalau bab tempat duduk ni dia memang over react sikit. So, lepas Amy pergi kaunter untuk order semua, kami tunggu lah makanan sampai. Agak lama lah kami tunggu, yelah kami dari pagi tak makan sebab nak makan kat situ. Makanan sampai pula tak seperti yang kami bayangkan dan tak seperti dalam menu. Huhuhu. 
Amy pula jenis kalau makan kat kedai mesti nak minum air dulu, tapi sampai makanan kami dah separuh air baru sampai. Bukan apa, makan western kan kering so kenalah ada air kan.. Dari segi makanan pada aku okaylah, tak delah aku nak kata superb sedap (tekak aku eh) sebab aku ni tak ada lah cerewet. Pada aku kesedapan sesuatu makanan tu subjektif. Harga pula, untuk aku dan Amy, tak setanding rasa. Sebab tu kami tak repeat balik kedai tu. Aku ni, jenis kalau aku suka, aku akan datang lagi walaupun mahal. Itu aku lah. Amy ikut aku je. Suami isteri katakan.. Hahahaha..

meja kami


mak buyong dan Arsyad

memandangkan post ni dah agak lama, maka aku pun dah lupa menu apa yang si Amy dan aku order.. hahahha..

Amy punya

CH punya

So far, kalau korang yang dah pernah cuba, bolehlah bagi review pula, Yelah, macamaku kata, lain orang lainb pendapat kan.. Kawan-kawan aku suka je pergi situ, aku tak tahu lah faktor aku mengandung masa tu atau apa. Apapun, jangan salahkan aku kalau korang pergi tapi tak sedap, Kalau tak sedap, kita sokong jelah orang kita berniaga. Kalau sedap beritahu mereka dengan datang berulang kali, itu cara kami lah. Siapa suka boleh lah follow!

Nota kepala : kualiti gambar tidak memuaskan. Maaf yer!