Monday, December 14, 2015

Kau Tahu Apa? - Part 1

Kau tahu apa aku rasa?

Saat aku melihat anak aku sedang lapar, dan hanya sebungkus roti RM1 yang tinggal?
Dia ambil dan hulur kepada aku supaya aku membukanya. 

Kau tahu apa aku buat?
Buka.

Si anak melompat riang, bertepuk tangan dan menarik tangan aku untuk dicium tanda terima kasih. Kata-kata belum bisa ditutur. Ucapan sayang belum bisa diatur.
Airmata aku tahan. Sungguh roti itu bukan air tangan aku, dia makan sambil tersenyum riang.


Kau tahu apa aku fikir?
Sayu. Syahdu.

Bagaimana orang yang lebih susah daripada aku mahu berkongsi sebungkus roti dengan anak yang mungkin 5 atau 8 orang? Bagaimana? Allahuakbar!

Aku diam. Syukur. Itu yang mampu aku ucap.

Kau tahu apa aku rasa?
Bila malam berlabuh, hanya kami bertiga baring di atas katil. Kadang aku ditengah, kadang aku di kiri dan kadang aku di kanan. Tapi hari itu, dia mahu baring di sisi adiknya saja. Adiknya pula seolah mengerti. Tidak merengek, tidak menangis malah tidak juga mahu menyusu.

Pelik.

Hari itu, susu yang aku kirim ke rumah asuhan tidak seperti selalu. Namun aku berdoa susu aku sentiasa cukup baginya dan beri kekenyangan berpanjangan. 

Alhamdulillah. Allah memakbulkan doaku. Si ummi yang susunya pam pagi untuk petang, pam petang untuk pagi.


Kau tahu apa aku buat?
Biarkan sahaja mereka. Si adik yang tidak tahu mengapa si abang ketawa, si abang masih cuba menghiburkan si adik tanpa putus asa.

Kau tahu apa aku fikir?
Sayu lagi. Syahdu lagi.

Saat itu aku rindu adik aku. Rindu sangat. Rindu untuk peluk dia. Rindu untuk "ejek" dia, rindu untuk cubit dia. Dan yang paling aku rindu, rindu sangat nak jumpa dia. 
Moga panjang umur kami untuk sentiasa bersama. 

In shaa Allah.




P/S : Entri ini entri lama. Entah apa aku fikir masa tu, aku pun tak tahu.




Sunday, December 13, 2015

Kuat Meragam


Kadang emosi marah menerjah
Kadang rasa geram bercambah
Tetapi sayang aku tak terluah
Tetapi kasih aku tak tertadah

Rajuknya mahu dipujuk
Laparnya mahu disusui
Ketawanya mahu disambut
Geraknya mahu ditatang

Siang malam meragam merajuk 
Siang malam menangis mahu dipujuk
Siang malam meronta minta dipeluk

Cemburu kuat dengan si abang
Langsung tak bagi aku peluang
Sampai abang selalu meradang

Tujuh bulan memori terindah
Tujuh bulan tidur ku renyah
Tujuh bulan ku masih pasrah

Seumur hidup aku redha
Seumur hidup aku berserah
Selagi Allah beri aku masa 

Sungguh aku kadang-kadang hilang dalam terang
Merenung entah apa yang dikenang

Anak

Kau memang nyawa aku.


Betul ke? : Berleter


Kajian : Anak Lebih Berjaya Jika Ibu Kuat Berleter.

Ada bukti?


Tudung murah di sini.