Monday, April 03, 2017

#KakNaReview : Ice Cream Sandwich Vanilla & Chocolate

Assalamualaikum , 

Panas tak cuaca tempat korang hari ni ?

Ice Cream Sandwich Vanilla & Chocolate

Gambar 1


Gambar 2

Fuhh , tetiba teringa aiskrim sandwich ni . Gulp ! Telan air liur jelah . Hehe . KakNa kali pertama cuba aiskrim ni masa awal bulan lepas . Fuh , baru nak review sekarang , nampak sangat dah berlapuk dalam draft tu . hehe .

Masa jumpa aiskrim ni , KakNa nak pergi bayar minyak kereta di Stesen Petron , Tampoi dengan anak - anak , tetiba mak yong ni terasa nak makan aiskrim . Belek punya belek , last - last ternampak pula aiskrim ni , apalagi , rembat lah satu . KakNa beli satu je sebab tak pernah rasa , takut tak sedap kan . Lagipun masa ambil tu KakNa memang tak tengok harga , takut mahal pula .

Tup tup sampai je kereta askar - askar KakNa dah tak sabar nak makan termasuk Mr. Clerk sekali , adoiyai . Benda dahlah kecik je , hehe . Maka , berkongsilah kami aiskrim ni seorang sedikit .

Nyummmy ! Sedap ! Serius KakNa suka tekstur sandwich dia yang lembut dan rasa Vanilla dan Coklatnya yang mengancam bila di blend dalam mulut . Ewaah ,, tak tahu nak cakap , anak - anak pun suka . Nak beli lagi , cik abang dah start kereta . Maka ber huhu lah anak - anak sebab tak dapat nak makan lagi .

Korang yang belum cuba boleh lah cuba cari di kedai - kedai yang berhampiran yer . Best tau . Dahla sedap ada lukisan plak pada sandwich tu , apa lagi , bermula lah kisah dongeng si Ummi dan askar - askarnya . Hehe .

Seronok diorang sebab dapat dengar cerita sambil makan aiskrim .

Fuh , review aiskrim pun panjang kan ? Okaylah , jumpa lagi di entry lain yer .

Assalamualaikum .


  

Sarapan pagi ni

Assalamualaikum semua !

Hari ni , KakNa datang office awal tau . Saja je datang awal sebab nak buat kerja - kerja EKSA . Huhu . Tapi sebelum buat tu kenalah makan dulu . 

 

 

Taraaa . Nilah makanan sarapan KakNa pagi ni .

Kuehtiaw goreng sedap dan air koko ( sampel percuma ) .

Okaylah nak sambung makan , nanti KakNa share pasal sample koko tu yer .

Tq sebab sudi baca ! 


Sunday, April 02, 2017

I ❤️ Korea



Assalamualaikum .

Wah , tajuk . Macam cerita Korea pulak kan ? Hehe . Tak adalah , saja je nak bergurau dengan korang . Sebenarnya KakNa nak share pasal cenderahati yang KakNa dapat daripada akak pejabat ni . Baju ni akak tu belikan masa dia pergi ke Korea hari tu . Best tau ! Satu opis akak tu bagi , memang kaya lah akak tu ! Hehe . 

Anyway , baju ni saiz 3XL , almaklumlah , KakNa kan " comel " , mujur ada saiz . Huhu . Baju ni kain dia lembut sangat tau . Warna kelabu pula tu , memang KakNa suka sebab KakNa susah nak dapat baju yang sesuai dengan saiz KakNa ni warna kelabu ( malas nak cari sebenarnya )  So , bila dapat mana tak melompat bintang . hehe .

Terima kasih lah kepada akak yang bagi KakNa baju ni , sebab selalu orang bagi KakNa keychain je . So , rasa di hargai sangat tau ! 

Sebenarnya entry pasal ni , KakNa dah draft dah minggu lepas , tapi handphone KakNa buat hal so semua entry yang simpan dalam draft habis hilang , sedihnya :(

Apapun , KakNa gigihkan semula taip entry baru untuk korang * feeling retis sangat ! *

KakNa memang suka kumpul baju I ❤️ ni , sebab buat kenangan , yelah , KakNa tak pernah sampai so dapat baju pun okaylah . Setakat ni , baju KakNa yang ada daripada Penang , London , Australia dan macam - macam lagi lah . Kebanyakkannya dah tak muat dan lusuh sebab KakNa buat basahan . Yelah , baju lengan pendek kan ? KakNa suka pakai kat rumah je sebab malas nak pakai inner pergi jalan . Bukan kata KakNa tak pakai lengan pendek , tapi KakNa sekarang cuba elakkan untuk pakai lengan pendek selagi boleh . Sedang memperbaiki untuk menutup aurat sebaik mungkin . 

In shaa Allah , satu hari nanti dah boleh tutup semua . :) Doakan yer .

Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi yer , nak buat kerja hakiki sekejap . 

Terima kasih sudi baca ! :)