Sunday, June 11, 2017

TAK MUNGKIN

Assalamualaikum.

Tengah-tengah ambil mood nak carik baju raya kat online, tiba-tiba masuk notification tentang group VBAC. 

Baca, faham dan hadam.

Bersalin normal di OT, memang amazing. 

Siapa kita nak menidakkan kuasa Allah.

Please, once again. 

Nurse and doctors. Korang memang ada banyak ilmu dari kami, tapi, tolong jangan cakap TAK MUNGKIN selagi korang tak bagi kami peluang. 

Semua benda dalam dunia ni berisiko, bukan bersalin sahaja.

Gunakan kata-kata yang baik untuk naikkan semangat kami, bukan melemahkan semangat kami. Sesungguhnya, kami juga punya hak untuk tahu apa yang boleh dan tidak. Bukan main taram cakap tak boleh. 

Sorry. Teremosi pagi-pagi ni sebab happy baca kisah kawan-kawan yang dah berjaya VBAC dan VBAMC.

Semoga Allah beri peluang kepada Nurfarhanah Suardi dan kawan-kawan yang lain.

Aaminn.

✌🏻

KakNa
2 kali ceaser
Poor progress
Slow progress

Saturday, June 10, 2017

Manja

 

Adik #AmyrulAkhmal15 tgh tdo, so ni lah masanya si #AmyrulArsyad14 bermanja. Sebenarnya si abang ni dah tahu dah bila masa dia boleh bermanja atau tak. Esok lusa keluar adik baby, harap dia masih faham bila boleh dan tak boleh bermanja dengan Ummi. Tantrum dengan Ummi dah kurang, tapj dengan Babah, haruslah belum. Emm.. sian anak-anak Ummi, masa kita bersama terlalu singkat sayang. 

#sissedih #jangancepatbesarsayang #KakNaKids

Thursday, June 08, 2017

Ramuan Roti Croissant keluaran Munchys



Assalamualaikum .

Sesiapa yang ada baca post KakNa pasal roti ni di dekat SINI
mesti tertanya - tanya apa isi kandungan produk ini kan ? 
Kebetulan ada komen daripada pembaca yang KakNa perasan , 
dia minta tolong KakNa ambilkan gambar kandungan roti ni . 

So , inilah dia , harap dapat membantu ya ! :)

Ramuan : 
Tepung Gandum , Minyak Sayuran , Gula , Sirap Glukosa , Serbuk Koko , Tepung Susu , Yis , Garam , Perisa , Kalsium Propionat , Potassium Sorbate , Mengandungi Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan . Produk ini mengandungi gandum  , susu dan mungkin mengandungi sisa produk telur .