Thursday, January 30, 2020

KEBAIKAN SURAH AL-FATIHAH

Janji Allah Itu Pasti.
KEBAIKAN SURAH AL-FATIHAH
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian : Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air - minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
Seseoarang kongsikan dengan aku, tak salah kita usaha, tapi semuanya ALLAH yang tentukan. Apapun, ALLAH jua sebaik-baik perancang dan penentu kehidupan manusia.

Wednesday, January 29, 2020

Wordless Wednesday 5/2020 : My Passion

Assalamualaikum w.b.t

Semua orang mesti ada minat masing-masing kan?

Budak wechat cakap Passion.

Kalau korang nak tengok passion aku, korang boleh klik FB aku Fana Hana. Korang akan nampak apa yang aku suka dan tak suka.

Sambil-sambil tu korang pun boleh cuci mata tau.

Okay, see you next post!

Tuesday, January 28, 2020

Titisan emas

bukan emas permata yg aku minta.
hanyalah titisan emas buat anak tercinta.
yang dulu aku gagal, kini aku masih tak putus asa.
biar lena ku hanya seketika, asal kenyang perut anakanda
daku dihina dicerca tidak mengapa, tetapi untuk mengaku kalah bukan itu caranya.

jika anak dan kerja saja pilihan yg ada,
anak dulu akan ku utama.
kau mungkin tak mengerti,
9 bulan yg ku bawa
dua belahan merobek jiwa,
parut yg akan kekal lama
selagi diri dimamah usia.
mohon mengerti apa yg ku rasa
aku cuma mahukan haknya.
bukan pula menjadi derhaka.
aku juga punya rasa
mana bisa berkongsi rasa
namun aku harus bersiap sedia
jika itu sudah takdirnya.
maafkan aku.
Ummi Amyrul Arsyad & Amyrul Akhmal
Atas Katil Menahan Rasa
28.01.2016
Khamis
22:40