Thursday, January 07, 2021

Dah niat?

 Pergi kerja ke berniaga tu niatkanlah sebagai ibadah kerana lillahitaala.

.
Tanpa niat mana mungkin solat tu sah.
.
Begitulah juga niat dalam kerja dan berniaga. Niat menentukan rezeki. Niat kerana Allah, inshaaAllah ibadah tu dapat pahala disisiNYA, seterusnya menarik lebih banyak rezeki datang. Kerja juga akan jadi lebih teratur dan tenang.
.
Tak niat tak dapat apa. Rugi kan?
.
🙂

Kredit : Nora Yusof
#Penulis_FTR


💖https://t.me/gojesglamzbeauty

Wednesday, January 06, 2021

Niat Apa Pagi Ini?

 Mulakan hidup dengan perkara yang baik-baik.

.
.
Jumpa orang senyum...
Jumpa apa-apa senyum...
.
.
Jangan duk fikir yang bukan-bukan sikit pun. Hati tu hati kita tu jaga. Jangan bagi makanan maksiat macam mengumpat mengata tu semua. Bagi makanan rohani dan vitamin zikir yang baik-baik, sangka yang baik-baik. Sabar syukur. Ingat segala yang berlaku semua atas izin Allah.
.
.
Buat kerja tu susun ikut jadual. Jangan malas-malas. Tanda, susun dan buat ikut keutamaan. Buat satu-satu. Jangan kalut nak buat semua. Masa jangan bazir, air jangan bazir. Badan tu sentiasa dalam keadaan wuduk. Gitu...
.
Ajar diri tu, nampak benda berdosa cepat-cepat istifar. Duk saje-saje ucap zikir. Ada masalah fikir penyelesaian macam mana nak buat ni ya... Bukan fikir masalah. Tak jumpa jalan, solat dua rakaat mintak petunjuk sat.
.
.
Janganlah gelabah serabut tak tentu pasal. Masalah tak lari jugak. Tenang tu penting. Syaitan suka orang serabut celaru ni. Relax... Ok?
.
.
Selamat pagi. ðŸ™‚ Alhamdullillah.
.
Niat apa pagi ni?
.
Kredit : Nora Yusof
#Pengasas_FTR

💖https://t.me/gojesglamzbeauty

Tuesday, January 05, 2021

Perubahan


Nak berubah ke arah kebaikan tu bukan mudah, juga bukan susah.

Katakan pada hati, Allah Maha Melihat segalanya. In shaa Allah, segalanya akan mudah.
Cantik hanya pinjaman, harta tak akan berkekalan. Mati itu pasti bagi semua yang diciptakan Tuhan (Allah).
Jangan lupa, sehebat mana pun harta kita ada, pasti ada bahagian orang lain yang kita tolong jagakan.
Selamat pagi sahabat jutawan yang dermawan 😊

P/S : Tudung Bawal Sebawang tajaan sis
Fadilah Suardi
😘