Thursday, July 29, 2021

Persediaan Awal Muharram


Selamat pagi Khamis. 

Kejap je dah Khamis kan? Apa persediaan korang untuk bulan Muharram tak lama lagi? Aku dah ada list dah. Kita usaha je mana yang mampu, yang lain serah pada Allah.

Jom baca lagi dekat Telegram aku :
https://t.me/lintasanhatikecil

Monday, May 10, 2021

Seorang Ibu

Menjadi seorang ibu kadang kala kita gagal merancang, gagal menunaikan apa yang dirancang, gagal mengahafal semua perancangan dan gagal meraikan kegagalan.

Tapi, sebagai seorang ibu, kita tak akan pernah gagal untuk mendoakan setiap perancangan untuk keluarga dan anak-anak kita berjaya.

Kadang-kadang, kegagalan itu perlu, supaya kita menjadi ibu yang lebih matang, lebih berhati-hati dan lebih cekap menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
Tiada ibu yang tidak menyayangi anak-anak dan juga keluarganya. Yang ada hanyalah seorang ibu yang tidak penat untuk membahagiakan semua yang ada di sisi mereka.

Selamat Petang 💕

#kakakgebu
#FHBEmpire

Friday, April 30, 2021

Berlalu Pergi


Biasanya kalau aku dah tak muncul dalam hidup orang tu, aku bukan lupa atau cuba melupakan. Cuma aku nak "jauhkan" diri je.

Aku ni, bukan maksum.

Tapi, tulah. Kadang mulut aku ni boleh bercabang juga. Yelah, nama pun manusia.

Lagi satu, muka aku ni susah nak tipu. Kalau aku tak suka, biasa cepat je dia pamerkan memek muka mual pada netizen.

So, aku lagi rela sendiri.

Kadang, sampai orang ingat aku ni tak bersuami, tak punya keluarga. Tapi hakikatnya, suami ajak beli barang pun aku dah rasa renyah. Sebab dah biasa sendiri. Kecuali aku yang ajak pergi.

Tapi, kalau bawa anak-anak keluar berempat tu, dia macam terapi tau. Macam puas sangat rasanya, walaupun kadang-kadang jadi hijau juga🤭

Cuma percayalah, saat kau melepaskan apa yang kau rasa kau punya, hakikatnya ia hanyalah pinjaman Allah semata-mata, kau akan rasa nikmat Allah tu tak terkira dan tak terkata.

Berjalanlah pergi, walaupun kau akan menyakitkan hati, walaupun kau mungkin akan rugi, tapi itu semua sementara pasti.

Kau sendiri yang mencorakkan kehidupan kau.

Kau sendiri yang mewarnai kegembiraan kau.

Kau sendiri yang menghiasi kebahagiaan kau.

Kau sendiri yang memanipulasi kebolehan kau.


Yer, kau.

Kau blah je, kalau kau rasa kau ada seperti tiada.


Aku, yer aku.

Aku akan pergi bila Allah tentukan masa.


Cahaya Kegembiraan

Berjalan mencari Redha-Nya.

#FHBEmpire

https://t.me/FHBEmpire