Monday, January 16, 2012

:: Petua :: Kurangkan Jerawat

“ Ha!! Jerawat?? Argghhh.. TIDAK!!!! ”

pernah ke anda menghadapi situasi seperti  di atas?? Jika pernah apakah yg anda semua lakukan.. tak tahu?? Okeyh, xpe.. CH ada petua yg nak share gan korang semua..

Bahan-bahan :
# asam jawa
# sedikit air.. (ikut suka anda, jika x suka pekat boleh letak air banyak sikit)
# bedak sejuk (kalau yg buat sendiri lagi bagus, kalau x beli je yg kat Mydin tu, hehe)

Cara-caranya :
# campurkan semua bahan-bahan di atas mengikut kesusaian, jika anda mahukan ianya pekat, kurangkan air..
# setelah sebati, sapukan ke muka sehingga kering..
# bilas dengan air suam, diikuti dengan air biasa.. (kalau basoh dengan air sejuk dulu nanti x bersih)
# amalkan setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.. insya-ALLAH jerawat akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang.

Petua lain :
@ banyakkan minum air suam, diharuskan setiap kali minum air suam tu kita berselawat ke  atas nabi sebanyak 3x, itu lebih berkat
-  Ironinya badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk melancarkan perjalanan darah, so, bila darah kotor xde, maka xdelah jerawat.
@ kurangkan makanan segera, cth MCD, KFC etc
@ tidur secukupnya
@ cuci muka sebelum tidur, dan berwuduk
     - air sembahyang adalah sebaik-baik pencuci muka
@ sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu!

Okey, dah tau semua?? Apalagi.. silalah cuba ye kawankawan..

Selamat Mencuba!!!

Nak tau petua lain untuk hilangkan jerawat? jom KLIK SINI



Nota kepala : Petua ni CH amal sendiri dari zaman sekolah rendah lagi.. sbb muka CH ni suka sangat tumbuh jerawat, tp jerawat kt muka CH ni jenis dtg dan pergi.. huhu..

5 comments:

  1. salam singgah dan kenal di sini.

    ... lebih kurang jg cara/petua dari mywife...zaman jerawat sy dah berlalu...sebagai panduan utk anak remaja yg mahu/masih nk dengar nasiht dan petua org2 lama.Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  2. salam kenal.. sama-sama.. saya memang amalkan smpai skang..

    ReplyDelete
  3. hai.. kite mmg ade frenster dulu tp dah delete. hehehe :p add lah kite kat fb :-)

    facebook.com/intanurulfateha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...setakat ini belum ada masalah macam tu lagi

    ReplyDelete