Assalamualaikum..
Tik.. Tik.. Tik.. Tik..
Hujan renyai-renya di awal pagi tadi menjagakan aku dari tidur lena ku..
Lena ke aku tidur? Ye, Alhamdulillah.. Allah berikan aku tidur yg lena mlm td..
Lebih lena dr malam-malam sebelumnya..
Sungguh mendamaikan..
Tepat jam 5.15 pagi aku bangkit, mandi, dan bersiap sementara menunggu azan Subuh..
Terasa cepat masa berlalu.. Yer.. Usia semakin meningkat, amal ibadat tak juga meningkat, maut pula semakin dekat, entah bila aku nak bertaubat.. **merenung seketika..
"Besar sangat ke dosa dia ni??"
"Dia buat salah apa sampai nak bertaubat?"
"Dia buat maksiat ker? Minum arak ker? Main judiker??"
Hurm.. T.E.R.D.I.A.M.. seketika..
Mesti ada segelintir antara kamu yg berfikiran sebegitu, tidak kira kepada saya atau kepada sesiapa saja yg ingin B.E.R.T.A.U.B.A.T..
Yer.. TAUBAT..
Bukan TAU BUAT!!
Tapi kita semua cuma TAU BUAT, termasuk aku..
yer AKU memang TAU BUAT..
Korang tak tau ker?
Apa tu DOSA?
Tak tahu dosa tu apa??
Korang tau buat DOSA?
Korang tau menyakitkan HATI IBU BAPA?
Korang pernah TINGGAL sembahyang??
bla.. bla.. bla.. bla..
Tu baru sikit.. padahal, byk lg yg korang dh buat kat dunia fana ni..
so, korang rasa korang tak perlu TAUBAT ker?
atau aku sorang je yg belum bertaubat??
Nauzubillah..
Aku tak mahu jd hamba yg dilaknat..
Nauzubillah..
*merenung lagi..
Bila hujan (pagi), kita merungut..
"Adui, hujan lagi, macam mana aku nak pergi kerja ni?? Napa lah hujan time nak g keja ni?? Mesti jem giler!!"
= kenapa kita merungut, padahal, kita pergi kerja naik kereta.. cuba kita pikir perasaan mereka yg naik motor, berjalan kaki, naik bas g tempat kerja.. basah lencun mereka.. padahal mereka akan smpai lebih lambat dr kita krn menunggu org lain yg sma2 ingin naik bas dgn kita.. itu belum lg ada yg kena lecak bila ada kereta lalu sblh mereka di bus stop tu.. ntah-ntah kita yg sengaja langgar lecak tu kena pd mereka.. Zalim tak rasanya kita?? *Nauzubillah..
Bila hujan (petang), kita merungut..
"Adui, hujan lagi, aku dhlah nk ambil budak2 kat sekolah ni.. Nak amek bini lagi/nak tunggu suami lagi, pukul berapa nak smpai sekolah budak2 ni! Napa lah tak hujan pagi tadi?? kan senang.. petang2 ni lecak lah, jalan jem lg, adui.. lecehnya.."
= merungut, dan terus merungut.. Mengambil anak adalah tanggungjawab kita sbg ibu bapa, begitu juga isteri/suami, komunikasi sgt penting.. Kalau takot basah, pakai payung, baju hujan pun ada, macam2 jenis dan bentuk ada.. kenapa perlu disalahkan hujan.. sdgkan Allah sdg memberikan rahmat kepada kita.. Itu yg kita lupa.. disebabkan kita tak bersyukur itu yg kita rasa hujan adalah masalah pada kita.. hurm..
Bila tak hujan, kita merungut..
"Haish.. dah berapa lama lah tak hujan2 ni.. panas betul aku rasa pejabat ni! Aircond pun macam tak buka je!
tension betul lah.. dah lah panas kat dalam opis ni, kat luar pun panas.. hurm.."
= em.. yang ni, korang pikir sendiri.. aku tak de jawapan untuk ni..
Sekadar renungan bersama.. Terima kasih kerana sudi baca..
nota kepala : me sekadar kongsi cerita yg berlaku kat opis me.. tak paham dgn sesetangah org yg suka cakap pasal org lain tak bersyukur itu ini, sdgkan sebenarnya mereka yg tak bersyukur dgn keadaan diri mereka.. hurm..
No comments:
Post a Comment