Tuesday, May 22, 2012

FADHILAT BULAN REJAB | Mari Kita Hayati Bersama..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Bulan Rejab kembali lagi. Bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. 
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, iaitu bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. 

Anda semua tahu apa maksud Rejab??
---->> Rejab bermaksud TA'ZIM (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Kita digalakkan untuk melakukan pelbagai amalan yang baik di dalam bulan Rejab.. bukan maksudnya bulan REJAB je yg korang kena buat baik yer.. tiap2 hari tau! Antara amalan baik yang korang boleh buat adalah BERPUASA. Sebab, ganjaran berpuasa pada bulan Rejab amat besar.. Seperti yang diberitahu dalam hadis Rasullah S.A.W tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab.



Mari kita lihat apakah ganjaran yang kita perolehi dengan berpuasa di bulan Rejab.

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 


Ya, ALLAH.. banyaknya ganjaran yang kita bakal dapat dengan hanya berpuasa je! Ish, rugi rasanya kalau kita x buat kan? ok, kalau macam tu, mari kita sama2 sebarkan ilmu ini dengan kawan..

Tunggu entri lain dari saya tentang bulan Rejab ni ye.. Terima kasih sbb sudi baca..


Sumber : Google


nota kepala ; saya hanya ingin berkongsi, wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment