Sejuk suasana dari malam tadi sampai pagi ini .. Sejuknya sampai ke tulang .. Allahuakbar .. Semoga tiada lagi hujan lebat untuk saudara kita di Kelantan dan kawasan sekitarnya .. Amminn..
Pagi ni saja aku nak share , tahun ni , agak kurang meriah dari segi pemberian kalendar .. Selalunya , bila akhir tahun banyak pasaraya berlumba-lumba untuk memberikan kalendar tahunan mereka kepada pelanggan dan aku juga tidak terkecuali akan dapat .. Tapi , sejak awa Disember sehingga sekarang , tiada satu pembelian pun yang aku buat di"hadiahkan" denga kalendar .. Barangkali , pasaraya telah memotong bajet untuk keluarkan kalendar mungkin .. Yelah , dengan keadaan ekonomi yang agak perlahan akhir-akhir ini , banyak syarikat mengambil langkah berjaga-jaga dari segi kewangan mereka ..
Apapun , Alhamdulillah .. Masih ada rezeki untuk kami sekeluarga , semalam CC Cik Mat (Ketua Kerani) kat opis aku ada bagi aku kalendar kuda .. Heehehe .. Kalendar ni aku suka sebab senang nak manage cuti dan sebagainya .. Mr. A plak ada bawak satu kalendar opis (Explore Johor) dia untuk aku letak kat opis .. Syukur .. Senang aku nak buat kerja lepas ni .. Yang CC bagi , aku cadang nak letak kat umah .. Sebab senang nak tulis bila tarikh nak check-up aku dan anak-anak .. Hhehehe ..
Oklah , kita sambung nanti yer .. Nak mamam jap .. Baby dah tendang-tendang lapar ni ..
Daaa ...
Kalendar Kuda
Kalendar Explore Johor
No comments:
Post a Comment