Friday, January 16, 2015

Tanda-Tanda Suami Sudah Mula Bersikap Curang

1. Menjadi Panas Baran Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah . Malah , isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian .

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan . Malah , dalam keadaan tertentu , suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda .

3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama . Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi . Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) . Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik .

4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik . Rambut baru , pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang . Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian .

5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik . Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah , tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan . Malah , dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda . Berhati-hati .


-- >> Pengalaman sendiri , semua tanda-tanda tu memang benar .. Tapi , kita sebagai hamba ALLAH yang mana hatinya dipegang oleh Allah , BERDOA LAH .. Tanpa putus asa , tanpa jemu , tanpa kecewa .. Sesungguhnya , Allah itu sebaik-baik penolong kita di saat kita tengah dalam kesusahan .. Allah jualah yang akan membolak balikkan hati manusia ni .. Berdoalah , dan percayalah kepada kekuasaan dan keajaiban daripada Allah ..

No comments:

Post a Comment