Khasiat Minyak Kelapa Dara (sumber dari
http://infowanita.blogspot.com/2008/01/khasiat-minyak-kelapa-dara.html)
1 -
Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan
kerongkong
2 -
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan
kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
3 -
Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan
diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa
lebih bertenaga
4 - Di
dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus,
bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap
maksimum.
5 -
Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima
tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
6 -
Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
7 -
Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian
tubuh badan seseorang.
8 -
Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem
kekebalan tubuh.
9 -
Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor
penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
10-
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan
terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan
jantung.
11-
Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan,
kelembutan dan kehalusan kulit.
Kesan
Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.
1 -
Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh
itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi
kandungan kolesterol yang tinggi
2 -
Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara
sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
3 -
Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti
oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan
radikal bebas.
4 -
Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan
plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
5 -
Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti
bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
6 -
Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian
sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran
ultra violet.
7 -
Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan
mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
8 -
Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti
histamine.
9 -
Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang
kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara
maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma
pathogen.
10-
Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan
kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Hasil
google yg paling best tebtang minyak kelapa dara ni ialah
5)
Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.
Susu
ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan.
Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20%
polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar
18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid
dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi
yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras
kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun
apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam
makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam
air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan
sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu
akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan
bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang
disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga
akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium
chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada
tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem
metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi
masalah thyroid. (sumber dari
http://www.colourvibrationtherapy.com/minyakkelapadara.htm)
Seterusnya
khasiat habbatus sauda plak:
Kadangkala
ia digelar sebagai "bijirin hitam" atau "jintan hitam".
Daripada
Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan
segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: "
Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat
Al-Muslim)
Khasiat-khasiat
yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang
bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr.
Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul
Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian
yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat
perubatan yang berikut:
1.
Asid Urik dan Gout
Membantu
mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2.
Asthma
Bahan
"Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan
kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan
serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3.
Selsema
Ia
dapat menyembuhkan selsema.
4.
Tekanan Darah Tinggi
Ia
boleh merendahkan tekanan darah.
5.
Alahan (Allergic)
Bahan
"Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan
"Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan
(allergic).
6.
Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk
Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda)
mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk
mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7.
Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia
mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada
ibu.
8.
Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia
mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di
luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat
kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan
pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9.
Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia
meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria),
virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti
penyakit-penyakit.
10.
Barah
Ia
dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan
"Cisplatin", yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat
"Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat
bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side
effects).
11.
Kuman-kuman
Ia
amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E
Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia
juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning
pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12.
Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia
dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang
menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang
beberapa antibodi.
13.
Kencing Manis
Ia
dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14.
Rheumatisme
Dalam
bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti
radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan
dalam rawatan kepada migren.
Mereka
yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat
Habbatus Sauda ialah:
i. Ia
bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia
amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii.
Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air
panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv.
Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium,
maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v.
Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia
memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi.
Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit
kepala yang sejuk,
vii.
Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia
memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi."
(
sumber dari http://www.seedsofhealth.biz/habbatussauda.htm)
Berminat nak beli Minyak Kelapa Dara Catalyst dan Habatussauda ?
Farhana
016-7253014 (SMS/Whatsapp)
No comments:
Post a Comment