Tuesday, April 28, 2015

Sakit

Bila kita sakit ni duduk kat hospital,kita dicucuk di beri ubat dah macam apa kan? sampai lemah badan, lebam badan,bisa-bisa semua ada..

Tapi apakan daya.. Semuanya kita perlu lalui jika kita telah menjejaki kaki ke Hospital.. Redha jelah apa yang doktor dan jururawat nak buat pada kita..

Siapa kita nak melawan takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita?

Allahu Akhbar.. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kita.. Wallahualam..

Nukilan seorang ibu,
Dibucu katil HSIJB.
28.04.2015
SELASA
18.48PTG

9 Jam Penuh Sejarah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih Serta Maha Penyayang..

Sekali lagi aku diberi peluang untuk melahirkan seorang lagi khalifah Allah.. Namun perjuangan aku x semudah itu.. Sesungguhnya sakit yang aku tanggung adalah penghapus segala dosa-dosa aku terutama kepada ibu bapa ku.. Allahurabbi..

9 jam yang aku lalui sangat menyeksakan..
9 jam yang aku rasakan sungguh mengharukan..
9 jam yang aku hadapi penuh dengan perasaan ingin mati..
9 jam yang aku tanggung cukup buat suami aku mengerti.

Erti kasih sayang sebenar..
Erti pengorbanan seorang ibu..
Erti cinta aku pada sang suami dan anak..
Erti sebenar kesakitan semasa bersalin..

9 jam ini memang mengajar aku erti sabar, yakin dengan Allah dan segalanya tentang perkahwinan, suami dan isteri..

Allahu Akhbar.. Insaf aku..


Wednesday, April 15, 2015

Wordless Wednesday #18 : Kasut Pertama Amyrul Arsyad

Kasut pertama anak bujang aku .. 
RM 25.00 je .. aku beli dekat Bazaar Karat , Johor Bahru .. kasut ni kasut pre - walker untuk baby 6 - 12 bulan .. masa ni saiz Arsyad 21 inci .. sekarang dah 22 1/2 - 23 inci .. hehehehe ..

pandangan sisi

pandangan atas

sekarang dah lunyai pun .. dah beli kasut lain pun .. huhu.. nampak sangat lama dah simpan entry ni .. kesian aku xde masa sungguh ! alasan !


Thursday, April 09, 2015

Bisnesku : Bellyna Hot Lady Secret




HARGA : RM 35.00 (SM) / RM 40(SS)
POSTAGE : RM 7 (SM) / RM13 (SS)
(10 SACHET)

ANDA MENGALAMI MASALAH KEPUTIHAN??? 
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain ..

KEPUTIHAN biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan ..
Atasi masalah ini dengan mengamalkan BELLYNA HOT LADY SECRET COFFEE , pasti masalah keputihan yang anda alami pulih seperti sediakala.

Antara Kelebihan BELLYNA HOT SECRET LADY 

♥♡ Melancarkan haid, & menghilangkan senggugut. 
♥♡ Mengetat & merapatkan faraj 
♥♡ Menghilagkan keputihan
♥♡ Mengurangkan lendir yang berlebihan
♥♡ Menhilangkan gatal-gatal pada alat sulit 
♥♡ Menghilangkan bau yang tidak enak
♥♡ Menambah keharmonian hubungan suami isteri 
♥♡ Melangsingkan badan
♥♡ Mengecutkan & menyihatkan rahim
♥♡ Mencantikkkan payudaya agar sihat & montok

SMS/WHATSAPP :
                   FARHANA 016-7253014

Lirik Marry Me ~ Mark Adam

Ku tulis namamu di pintu
Ku ukir namamu di atas jalanan
Meskipun kita berbeza
Ada sesuatu yang perlu ku jelaskan

I love you
I love you oh...
Ku mencintaimu


Marry me
Marry me oh...
Sudikah kau menjadi isteri

Renung ke dalam mataku
Dirimu mengisi setiap penjuru
Tiada lain hanya kamu
Ku pasti engkau tahu apa mahuku

I love you
I love you oh...
Ku mencintaimu

Marry me
Marry me oh...
Sudikah kau menjadi isteri

Aku percaya kita akan bersama

I love you
I love you oh...
Ku mencintaimu

Marry me
Marry me oh...
Sudikah kau menjadi isteri

Marry me
Marry me oh...
Sudikah kau menjadi isteri

Marry me
Marry me oh...
Sudikah kau menjadi isteri

Wednesday, April 08, 2015

Wordless Wednesday #17 : Shawl Ala Neelofa

Assalamualaikum .. 

aku ni bukan peminat shawl , apatah lagi instant shawl .. Tapi , ni instant shawl ala neelofa pertama aku .. Cun tak ? aku beli warna hitam biar senang nak matching dengan semua baju dan yang paling bestnya x payah gosok , sedap sangat dan selesa sangat !! 
RM 30.00 je uuolls !! beli online je ..




so , cun tak iols pakai instant shawl ni ?? kikikiki ..

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tuesday, April 07, 2015

Bujang sudah ..

Alahai ... 
Melting sungguh aku tengok anak bujang aku ni .. * puji diri sendiri * hurmm , kejap je masa berlalu , bulan ni dia dah masuk 1 tahun 2 bulan , actually kalau bulan Islam dah genap dah setahun dua bulan tu .. rasa macam semalam aku baru tengok dia dalam wad NICU .. hurmm .. Alhamdulillah , aku dapat merasa semua ini .. Syukur Ya Allah ..


sekarang ni kalau aku nak suruh dia amek gambar dan guna handphone aku memang tak lah dia nak tengok bila kau panggil , ikut mood dia lah .. kadang dia toleh , kadang dia buat muka .. Kebiasaannya dia buat muka lah tak pun dia pandang tempat lain .. alahai , sabar jelah .. tapi , kalau dengan babah dia pun kadang camtu gak ,kadang dia okay .. hurmm ..


aku suruh dia senyum , dia boleh kerut kan dahi dia plak .. kata kawan aku dia jadi gitu sebab dia nak beritahu yang dia jeles dengan adik dia yang kat dalam perut tu .. yelah , dia tahu dia nak jadi abang kan ?? tapi aku xde beza - beza kan anak - anak aku pun .. :(




susah betul dia nak senyum sekarang ! dah bagi selfie sendiri pun masih tak nak tengok kamera dan senyum .. hurm .. Arsyad ... Arsyad ... Ummi sayang Arsyad tau ! jangan lah cepat besar sangat , siapa nak tidur peluk Ummi nanti ? uhukuhuk ..

Beli 3 Percuma 1

Apa dia beli 3 percuma 1 ?? 
macam best je ?? memang best lah korang , aku beli 3 barang dapat percuma 1 barang , lagi - lagi tengah GST ni kan .. huhuhu .. kalau korang nak tahu , ari ahad tu aku pergi Petronas nak keluarkan duit , dahtu teringatkan si bujang Arsyad tu aku pun beli lah susu Dutch Lady kotak ni untuk dia .. Niat di hati memang nak beli 3 kotak untuk kami sekeluarga termasuk Mr. A .. tak tahu plak ada promosi yang Petronas tengah buat , yelah nak cepat kan ?

Masa nak bayar tu , aku nampak cashier tu masukkan air kotak aku dan satu plastik dalam beg plastik aku .. bila aku tnegok rupanya snack pouch .. FREE katanya .. iyelah tu .. aku pun x pasti lah pouch tu FREE atau pun sekadar nak menutup mata customer bagi isu GST ni kan ..
isu yang paling hangat abad ini .. hohoohoh ..


korang rasa comel ke tak snack pouch ni ?? 
pada aku , comel jugak lah , sebab warna coklat dan ada logo Dutch Lady gitu .. Okaylah tu kan , boleh lah buat letak duit ke , letak passport ke dan yang paling penting korang boleh letak jajan sebab nama pun snack pouch kan .. cun ahh tu .. hehe .. so , sesiapa yang nak gak snack pouch tu leh lelaju pergi Petronas yang berdekatan yer .. mak jemah xde jual eh dik nonnn .. jangan dok wassap mak jemah plak suh jual , kalau dapat harga borong nak jugak jemah jual nih .. hehe .. 

oklah , nanti sambung citer lain eh ? terima kasih sudi baca ! kbai

Monday, April 06, 2015

#Throwback : Pertama kali

Assalamualaikum ..

Emmm .. Ntah kenapa sejak - sejak nak bersalin anak kedua ni , banyak benda yang aku nak sangat " pandang belakang " .. terutama hal aku dengan si bujang aku si Arsyad tu .. ni antaranya lah .. masa ni pertama kali aku dengan Arsayd balik kampung berdua selepas habis pantang .. * macam jauh naa kampung tu , padahal Pontian je * masa ni , muka aku nampak suci lagi , sebab belum stress sangat nak bangon pagi .. bhahhaha .. anak pun belum pandai meragam sangat , yang dia tahu , masuk kereta je dia tidur , asal dia tidur je kereta jalan .. cuba sekarang ko tengok muka aku , kalau orang x kata macam Hantu Kak Limah tu x sah ooii ... dengan eye bag lagi * psfffttt *

selfie ciked !

besar betul mulut si bujang aku ni .. :)


Kalau korang nak tahu , masa tu memang kenangan lah , bayangkan , 
tengah aku syok - syok layan lagu sambil bawak kereta , si bujang tu bangon dari tidur dan menangis nak susu , aku  cuba tenangkan dia dengan bagi susu yang dalam botol tapi dia x nak , so apa yang aku buat ?? terpaksalah aku berhenti tepi jalan bagi signal kecemasan dan susukan dia ( masa tu belum campur susu ) .. aku terpaksa bagi dia susu sampai dia puas dan tidur balik , dalam keadaan hujan renyai , ku gagahi jua dengan doa tiada siapa yang akan berhenti untuk " menolong " yelah , sekarang kan banyak sangat orang yang " baik hati " Mr. A call pun aku x dapat nak angkat sebab x sampai .. lepas Arsyad dah tidur , aku teruskan perjalanan , dalam keadaan sebelah tangan sahaja yang pegang stereng dan sebelah lagi mengampu si bujang ni .. 

AllahuAkbar ! 
masa tu memang aku berserah semuanya pada Allah lah .. aku berdoa tak putus - putus agar aku sampai rumah dalam keadaan yang selamat .. Alhamdulillah , i did it ! dalam keadaan yang gementar dan ragu - ragu aku akhirnya berjaya juga untuk sampai ke rumah .. lepas sampai tu , aku nampak Mr. A dah ada depan pintu dan aku terus peluk dia beritahu aku takot dan nangis dalam pelukan dia ... hurmm .. 

demi abah yang merindukan cucu dan anak masa tu , aku balik juga sebab Mr . A outstation , kesian kan abah .. itu memang pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila - bila .. Alhamdulillah , sampai hari ini , kalau aku balik berdua dengan Arsyad tanpa Mr. A , aku dah tak risau lagi , sebab aku tahu ALLAH SENTIASA ADA !

Sunday, April 05, 2015

Bisnesku : Tamar Cocoa dan G-Oat Cereal

Assalamualaikum.. 

korang pernah dengan tak produk keluaran AL HADDAD MARKETING SDN. BHD. ?? Kalau tak pernah dengar , meh aku nak cerita .. 

klik untuk tumbesaran

Antara produk yang sangat hot dan TERLAJAK LARIS adalah Tamar Cocoa dan G-OAT Cereal .. Bukan aku nak cakap yang lain tu tak bagus atau tak laku , tapi dua produk ni selalu je out of stock kerana permintaan yang sangat tinggi tau ! Rasa dia , fuh !! Sedap babe !! rugi kalau korang tak cuba tau !


TC 900gm dan Papan

Tamar Cocoa ni ada 3 jenis pembungkusan iaitu serbuk 900 gram , sachet ( 20 sachet ) dan papan ( 20 sachet ) Harga untuk 3 jenis bungkusan ni sama je , cuma dia bagi pilihan lah korang nak pilih cara bungkusan yang macam mana .. 

 Untuk G-OAT Cereal pula , setakat ini cuma ada satu je cara bungkusan iaitu dalam bentuk sachet .. Dalam satu bungkus ada 15 sachet .. So , kalau korang beli Tamar Cocoa dan G-Oat ni boleh lah tahan untuk sebulan , itupun kalau orang minum sehari satu sachet kan .. hehe.. kalau tak , memang kena beli berbungkus -bungkus lah jawabnya .. huhuhu .. Tapi tak apa lah, sebab Al Haddad ni dia ada sistem komisen .. setiap kali korang beli , korang akan dapat komisen yang mana korang boelh dapat dalam bentuk tunai pada setiap awal bulan berikutnya , dengan syarat korang dah daftar ahli dan buat belian mengikut syarat yang ditetapkan .. nak jadi ahli pun x mahal kawan - kawan .. RM 22.00 je .. 

So , pada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut , boleh lah email atau whatsapp aku ea .. Nanti aku leh explain lebih lanjut dengan korang .. Modal pun x mahal korang , selain korang dapat komisen , korang juga secara tak langsung menyokong produk keluaran Muslim dan Bumiputera .. Siapa lagi yang nak sokong produk Muslim kalau bukan kita sendiri ?? Betul tak ??

Apa tunggu lagi ??

Farhana
SMS / Whatsapp : 
016 - 7253014

#Throwback : 2 B ( Bulat dan Botak )

Budak 2 B ( Bulat dan Botak ) ni sekarang dah jadi  2 K ( Kurus dan Kuat Makan )



Kenangan kali pertama tinggalkan Arsyad dekat rumah Mak Tok dan Tok Bah dia kat TUTA .. Dia sangat behave dan pandai bawak diri .. Sekarang kalau nak anta sana dia macam tahu je yang kami akan tinggalkan dia .. hehe .. Anak yang bijak !

Quaker Oat Cookies

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Biskut kegemaran aku anak beranak kecuali Mr . A .. Sebab Oat kot .. kalau Arsyad , semua dia bedal .. bhahhahahaha ... harga pun boleh tahan mahal lah .. sejak GST ni , aku dah x beli lah .. so , aku makan jelah biskut Munchy's Cracker biasa cecah air Tamar Cocoa .. sedap jugak aku tengok anak aku makan .. hehe.. mak borek anak rintik .. lalalaa ...


dua perisa  kegemaran kami !



packaging dalam kotak :)






Thursday, April 02, 2015

" Anak Perempuan "

Assalamualaikum ..

Best kan ada anak perempuan? Aku belum merasa lagi .. Tapi kalau ada , Alhamdulillah .. Syukur .. Buat masa ni xde lah lagi .. Tak tahulah yang dalam perut ni lelaki ke perempuan .. hehe .. Tapi , aku nak jugak share " Anak Prempuan " aku kat sini .. 



mula - mula control malu ..

pastu macam nak geget je mulut dia !

yang ni memang tak tahan aku geget lepas tu !

Inilah " Anak Perempuan " aku buat masa ni .. hehe.. jangan marah naa ... Aku harap kalau yang bakal lahir ni perempuan biarlah comel macam abang dia .. Hehe .. Sebab orang kata kalau muka sama kita akan " sejuk " dengan orang tu .. Betul atau tidak aku x pasti .. Yang aku pasti , aku dengan adik aku muka hampir sama sampai sekarang aku sejuk je dengan adik aku .. Jarang lah nak marah atau nak bergaduh dengan dia .. Hehehe .. Pendapat korang macam mana ??


P / S : tetiba rindu plak dengan si montel adikku tu , dengar - dengar khabar dah x montel lagi .. yeke ?? sama - sama kita nantikan .. huhu ..

Biskut Lidah Kucing a.k.a Rainbow Cookies

Korang pernah makan biskut lidah kucing atau Rainbow Cookies ? Aku x pernah makan biskut ni walaupun dah lama giler dia masuk pasaran .. Kesiankan ? Tapi , aritu aku dengan Mr. A pergi makan dekat Plaza Larkin , kebetulan tengah gaji , aku pow lah Mr. A suruh belikan aku satu .. huhuhu ..

Sedap ke ??

Komen aku ..

Oklah pada kau tak ada lah sedap sangat dan tak de lah aku kata tak sedap , 
so far pada aku boleh telan lah rasa dia , x manis sangat x tawar sangat .. Harga untuk saiz kecik macam ni RM 8.00 - RM 10.00 oklah kot .. ( aku dah lupa harga dia , sorry ! ) kalau nak harap orang macam aku ni nak buat memang tak lah ..

sebelum dibuka



selepas dibuka

yang masih jadi tanda tanya pada aku sampai hari ini , kenapa biskut ni dinamakan dengan nama Lidah Kucing ?? kalau Rainbow Cookies tu oklah sebab dia warna warni  .. Adakah disebabkan rupa atau tekstur dia menyerupai lidah kucing ?? tapi lidah kucing bukan satu warna je ke ?? * sila tanya diri sendiri dan jawab *

emm .. komen aku lagi tentang biskut ni ?? so far , anak aku pun suka makan gak .. jadi kalau korang rasa nak cuba boleh lah google mana - mana seller yang jual .. aku tak jual sebab aku tak buat , pada aku benda ni nak buat leceh * baca MALAS * bhahaha .. kalau korang rajin , pergi tanya Mr. Google , google resipi dan buat yer ! jangan jadimalas macam aku , nak sedap semua main beli jer ! 

 okbai !


"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Wednesday, April 01, 2015

Wordless Wednesday #16 : Ole - Ole Dari Korea

Assalamualaikum w . b . t .

Comel tak sepit kuku ni ?? Comel kan ? 
Hadiah dari seseorang kepada aku bulan Januari 2015 aritu .. Hehehe .. 
Baru nak upload kan .. Yelah ,lepas dapat entah kat mana aku simpan , kemas - kemas rumah jumpa plak , so , apalagi , amek gambar dan upload ler .. Disebabkan comel sangat macam sayang nak guna .. Hehehe ..



Comel kan ?? Bila lah aku dapat pergi Korea ek ??