Monday, July 06, 2015

5 CARA MUDAH SIMPAN SUSU IBU!!



1# Bekas
- Simpan susu di bekas yang dibasuh dan disteril yang ditutup dengan rapat.
- Pilihan bekas kaca dan plastik adalah pilihan yang baik untuk membolehkan anda menyimpan susu lebih lama.
- Pilihan Bekas:
* Plastik : Mestilah memilih bekas plastik yang tebal dan kedap udara. Jangan gunakan bekas plastik biasa sebagai contoh bekas aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan kualiti susu.
* Kaca : Bekas Kaca adalah pilihan yang terbaik kerana mudah untuk dibasuh dan disteril.

2# Suhu
- Susu ibu boleh bertahan sehingga tiga ke lima hari di dalam peti ais.
- Walau bagaimanapun kegunaan peti ais yang sering digunakan juga untuk bahan-bahan mentah yang lain jadi anda digalakkan tidak menyimpan melibihi dua hari.
- Susu ibu boleh bertahan dua hingga empat jam pada suhu bilik selepas di pam.

3# Kualiti
- Sentiasa melabel susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Susu segar mempunyai banyak ciri perlindungan berbanding susu beku. Jadi jika bersama bayi kerapkan menyusu badan dan hanya memberi susu beku ketika bayi di bawah jagaan pengasuh.

4# Kuantiti
- Jangan isi terlalu penuh susu di dalam bekas.
- Tinggalkan ruang sedikit bagi membolehkan susu mengembang ketika ia dalam proses pembekuan.
- Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk sekali penyusuan dalam satu bekas. Sebagai contoh, 2 – 4oz sahaja bagi setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

5# Pengunaan
- Jangan panaskan susu ibu melibihi suhu 40°c agar sebahagian besar susu ibu tidak hilang dan dapat dikekalkan.
- Susu yang sudah dipanaskan tidak boleh disimpan semula atau dibekukan.

Selamat Mencuba !!!

No comments:

Post a Comment