Akhmal + stroller + tidur berpisah tiada
Wednesday, September 30, 2015
BANYAK BUKAN MESTI CUKUP
Tags
TIPS & PANDUAN
RENUNGAN BERSAMA
( Artikel agak panjang tapi amat terkesan untuk kita baca dan hayati serta renungi )
Ketika meronda kawasan sekolah semasa jadi pengetua dulu,saya terserempak dengan tukang kebun yang sedang makan bekal di kerusi batu dibawah pokok.Dia malu-malu menegur saya dan mempelawa saya makan. Pulut kukus dg kelapa parut dan beberapa ekor ikan tamban kering dgn kopi o dlm botol plastik. Saya menolak dgn baik dan duduk melihat dia makan sambil bertanya beberapa hal mengenai keluarganya.
Bila diberitahu gajinya hanya Rm600 dg anak 5 orang,saya bertanya cukupkah perbelanjaan hidupnya. Katanya "Cikgu bukan banyak yg mencukupkan, tetapi Allah yg mencukupkan rezeki bagi hambanya. Saya yakin pada rezeki yg berkat akan cukup, kerana yg banyak pun tetapi tidak berkat, tidak akan cukup."
Perkataannya cukup dalam maknanya, patutlah saya nampak dia berpewatakan wara' dgn kopiah putin lasam, tidak memakai topi seperti pekerja lain. Bila difikir kata-katanya, ramai guru saya yg bergaji beribu-ribu, yang 5,6,7 kali ganda dari gajinya masih menghantar borang pinjaman bank untuk disahkan oleh saya, ada yg main kutu buat bayar insuran dan roadtax seolah pinjam duit orang dulu, berniaga sampai dlm bilik guru, agaknya gaji tak cukuplah kot,ada bertanya pelayan pejabat, gaji masuk dak lagi bila dekat hujung bulan, bahkan ada yg tulis buku kecil 555 dikantin bila lepas tengah bulan.
Semua ini menunjukkan ketidakcukupan walau gaji besar. Mungkin ini satu kebenaran apa yg disebut oleh tukang kebun ini, rezeki yg banyak belum tentu berkat, yg sedikit belum boleh dikata tidak cukup kerana yg sedikit, tetapi berkat, akan cukup.
Ibubapa kita dulu yg bersawah, berkebun, jadi nelayan, berapa sangat hasilnya tetapi boleh membela anak sekawan neru, boleh sekolahkan dan lihatlah diri kita hari ini, inilah keberkatan rezeki yg dicukupkan oleh Allah.
Lihat pula hari ini,mereka yg bergaji beribulah yg berhutang, kerana mereka memenuhi syarat untuk boleh berhutang. Hakikatnya, ketidakcukupan apa yg diperolehi, sedangkan mereka yg dapat sedikit, tidak pula boleh meminjam,menyebabkan mereka lebih berhati-hati dlm hidup, bersyukur dan Allah mencukupkan keperluan hidup mereka.
Sabda nabi," Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)
Ini menunjukkan beratnya berhutang, tetapi ramai mengabaikannya.
Duduklah merenung diri, muhasabah, jika terasa gaji tidak cukup. Jangan terus menghukum, membuat keputusan , gaji aku kecil, harga barang mahal, belanja hidup tinggi dan itu ini sebagai alasan, tetapi cuba selidiki apakah mungkin rezeki yg diperolehi kurang berkat kerana sesuatu. Mungkin cara kerja kita yg tidak menepati amanah yg ditetapkan, terambil harta pejabat, terguna masa kerja utk bersembang, makan, berjualbeli, mungkin kerana tak bayar zakat, tidak bersyukur, tidak berkongsi rezeki dg yg memerlukan sprt yg miskin, yatim, mungkin kerana kesombongan dg jawatan, mungkin nak bergaya dlm hidup, mungkin.
Pada saya dari terus isi borang pinjaman peribadi kerana rasa tak cukup, lebih baik muhasabah diri mengapa tidak cukup. Meminjam, ibarat kita tidak merasa cukup dg rezeki Allah, tak rasa berpada dan lebih teruk tidak merasa sabar membawa masa depan ke masa kini, maksud saya nak rumah hebat , kereta hebat tetapi tidak mampu, maka meminjam dari bank ibarat membawa masa depan ke masa kini,dimasa depan kita mampu, tetapi kita sudah tidak sabar menunggu.
Jangan sesekali bersungut pendapatan aku kecik, tak cukup, seolah kita mengata Allah beri rezeki yg tidak cukup kpd kita sedangkan telah difirmankan bahawa setiap mulut yg dijadikan Allah, Allah sudah sediakan rezeki bagijya. Masalahnya kita mungkin besar kerak dari periok,luas mulut dari suapan.
Marilah kita merenung kata-kata tukang kebun ini, banyak bukan mesti cukup, sedikit belum tentu tidak cukup. Hakikatnya,keberkatan kpd apa yg diperolehi. Saya pernah melihat kenduri yg sangat ramai tetapi cukup lauknya, ini tanda keberkatan sedangkan logik akal tidak boleh mencukupi.
kopipes dari FB abd ghani haron
Yasirah Yazid
SMK Tmn Universiti JB
Yasirah Yazid
SMK Tmn Universiti JB
Sumber : FACEBOOK
Tuesday, September 22, 2015
Bingkisan Rasa 21.09.2015
Tags
AmyrulAkhmal,
Kisah AkuDanAnak
Kau tau aku pernah menangis nak dapatkan hanya satu paket penuh seperti ini.
Kau tau aku pernah ambil cuti untuk pastikan ia penuh.
Aku bukan riak. Hanya bersyukur kegembiraan.
Jalan penuh berduri dan berliku. Aku gagahi jua. Kegagalan lalu bukan pematah semangat aku.
Kau.
Hanya mampu menghukum aku dengan hukuman dunia.
Tapi kau mampu suapkan aku ketika aku tersungkur?
Kau dan aku.
Dunia kita berbeza.
Salam Maghrib
21.09.2015
Isnin
7.05malam
21.09.2015
Isnin
7.05malam
Sunday, September 20, 2015
SUSU : KAIS PAGI MAKAN PAGI
Tags
Penyusuan
Assalamualaikum dan hai Nurfarhanah,
Seriously, dulu saya selalu terfikir macam mana mak-mak kita boleh ingat berat kita (kilogram) semasa lahir dan dapat described keadaan kita ketika lahir itu dengan sangat sempurna, without using any gadget or smart phones macam yang kita ada sekarang.
Kerap diimbas kembali cerita kelahiran seorang demi seorang ketika berkumpul beramai-ramai,
"kepala anak yang sulung tu besar, ambil masa yang lama untuk lahirkan dia.."
ada pula yang "senang sangat lahir, siap dalam 'karung' lagi (ketuban / amniotic sac)."
Itu dia cerita mak-mak kita semasa lahirkan kita 30-40 tahun dulu. Kalau ditakdirkan seorang ibu itu ada 12 orang anak, beliau dapat mengingati sejarah kelahiran kesemuanya 12 orang anak itu. Isn't that amazing? Subhanallah. Kagum yang amat!
Setelah diri sendiri bergelar ibu, saya jumpa jawapannya. Seorang ibu or i can say seorang perempuan sangat sinonim dengan nombor terutamanya jika ia melibatkan suatu peristiwa, tarikh atau situasi penting dalam hidupnya. Jarang sekali jumpa seorang wanita yang lupa tarikh anniversary sendiri, atau tarikh kelahiran anaknya. Semua maklumat ini 'diikat' ketat-ketat dalam hati sebab nak simpan sehingga mati. Betui dak?
Seorang ibu menyusu juga tidak lari dari bermain dengan nombor setiap hari. Ibu menyusu yang bekerja mesti tahu membuat perkiraan berapa oz susu yang perlu ditinggalkan kepada penjaga sepanjang 9 jam bayi di rumah penjaga.
Masalah ibu adalah apabila kuantiti susu KASI PAGI MAKAN PAGI..KAIS PETANG, MENANGIS..
Banyak saya dengar keluhan sebegini dari ibu yang bertemu muka dengan saya atau yang email dan PM bertanyakan soalan yang sama. Apabila bermula soal jawab, rupanya penghasilan susu normal sahaja.
Menurut pakar, setiap ibu dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayinya. Ada ibu yang menghasilkan susu lebih dari keperluan bayinya. Secara purata ibu yang normal akan menghasilkan 3-4 oz susu dari kedua-dua belah payudara pada satu masa. Kuantiti susu yang dihasilkan pula mengikut keperluan bayi dan mengikut kapasiti simpanan susu oleh payudara.
Puratanya, kuantiti susu yang diminum bayi yang menyusu susu ibu sahaja adalah dalam julat 3-4oz sekali minum. Dan berdasarkan pemerhatian, julat kuantiti ini biasanya kekal sehingga usia anak 2 tahun.
Walaupun kuantiti susu nampak sedikit pada zahirnya, tetapi komposisi susu ibu sentiasa berubah mengikut keperluan anak dan seiring usia anak meningkat. Jadi, anda masih menghasilkan susu yang cukup dan lengkap nutrisi untuk anak anda.
Ibu yang payudaranya berkapasiti kecil menghasilkan susu bersamaan dengan kuantiti yang diminum bayi dalam 1 kali feeding: 3-4oz dalam 1 sesi perahan.
Ibu yang payudaranya berkapasiti besar menghasilkan susu lebih dari kuantiti yang diminum bayi dalam 1 kali feeding: 8-10oz atau lebih dalam 1 sesi perahan.
Ibu yang menyusukan lebih dari 1 orang anak atau anak kembar akan menghasilkan susu mengikut keperluan anak-anak: 15-20oz atau lebih dalam satu sesi perahan.
Ibu yang menghasilkan susu lebih dari keperluan bayinya mengalami situasi oversupply.
Tahukah anda, ibu yang oversupply pun ada mengalami situasi yang memeritkan juga.
Antara yang pernah berjumpa saya mempunyai masalah berikut:
Antara yang pernah berjumpa saya mempunyai masalah berikut:
1. Aliran susu terlalu laju hingga bayi kerap kali tersedak semasa menyusu.
2. Bengkak susu dan ketulan yang berulang-ulang sehingga membawa ke radang payudara (mastitis).
3. Ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk, menyebabkan bayi mudah kembung.
2. Bengkak susu dan ketulan yang berulang-ulang sehingga membawa ke radang payudara (mastitis).
3. Ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk, menyebabkan bayi mudah kembung.
Ibu-ibu oversupply ini perlu ada rutin memerah yang sangat konsisten untuk mengelakkan masalah-masalah seperti di atas. Jika jadual semasa bekerja tidak konsisten, ibu akan mengalami bengkak susu yang sudah pasti boleh mengganggu mood ibu.
Maka, ibu yang berkapasiti kecil; usahlah bersedih hati jika penghasilan susu tidak semeriah rakan-rakan yang lain. Bersyukurlah kerana masih dapat meneruskan penyusuan dengan baik, tanpa perlu menambah susu lain. 'Cukup-cukup' pun bagus, yang penting mencukupi untuk anak anda.
Bagi ibu yang menghasilkan susu lebih dari keperluan bayi sendiri, ketahuilah, di setiap rezeki kita, Allah alirkan rezeki orang lain. Dan Allah pasti tambah lagi kurniaan-Nya kepada anda jika anda berkongsi susu itu dengan bayi yang memerlukan.
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imran: Ayat 92)
It is always good to have an abundant milk supply, but by not having that abundant milk supply doesn't make you a fail mother.
Banyak yang cikgu nak share dalam Seminar Mudahnya Menyusu kali ini.
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).
12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel
13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel
20 Sept : POTG Kelana Jaya
3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)
4 Oct : POTG Kelana Jaya
10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel
11 Oct : Melaka, Angsana Hotel
23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel
24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel
25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel
8 Nov : POTG Kelana Jaya
13 Nov : Kuching, Abell Hotel
14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Rujukan:
1. Kellymom.com
Cikgu Susu Anda
Blog Cikgu Susu
Blog Cikgu Susu
Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
- Email ini saya terima dan buat saya sedar bahawa saya tidak boleh mengalah sebelum berjuang sehabis baik! Good Luck Farhana!
- Email ini saya terima dan buat saya sedar bahawa saya tidak boleh mengalah sebelum berjuang sehabis baik! Good Luck Farhana!
Thursday, September 10, 2015
Peluang Perniagaan : SimpleHijab
Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
http://simplehijab.co/?id=kssl
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate kami ini adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
Apa yang lebih menarik lagi?
1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.
Bisnesku : Jamu Jalinan Cinta by Jamu Susuk Dara
Tags
Kesihatan
Rahsia kekal beretenaga dan menawan!
Salah satu Jamu yang aku amalkan sejak daripada pantang anak kedua sehingga sekarang. Dah masuk botol ke empat! Kesan? Korang kena cuba, sebab kalau tak cuba korang tak tahu hasilnya. Harga RM48, tapi sangat berbaloi!
Inilah best friend saya sekarang!
Anda mahu "KONGSI" bestfriend dengan saya?
Whatsapp : 016-7253014
2012 vs 2015 : Muka dan Kurus
Tags
KisahAkuKurus
Tahun 2012
Aku belum kahwin lagi masa ni. Muda remaja gitu. Hahahaha.. Gambar ni masa beraya rumah Mak Long aku di Parit Kudus, Pontian, Johor. Bergambar bersama dengan anak saudara kesayangan aku si Qistina. Masa ni dia comel sangat! Hehehe.. Muka dia marah kat mama dia sebab tak sedia lagi tapi mama dia dah snap dah.. Sorry Tina! Masa ni muka aku banyak giler jerawat, dan aku ada guna produk kecantikan yang tengah hot masa tu. Tak sesuai dengan aku agaknya. Muka jadi kemerah-merahan terutama bila kena panas, rasas macam terbakar sangat tau! Hurm, tak apalah aku pun malas nak ingat dah tentang salah guna produk tu.
Tahun 2015
Gambar ni aku ambil pada 07/09/2015, maknanya telah lebih 3 tahun daripada gambar di atas. Lama kan? Nampak apa yang beza? Makin kurus ke makin gemuk? Opppsss!! Yang aku pasti, muka aku nampak lebih bersih lah. Rahsianya? Entahlah, apa yang aku tahu, aku makan macam-macam ni untuk pastikan kesihatan luaran dan dalaman aku terjaga. Yang paling ketara adalah aku mengamalkan VCO Catalyst Pure Softgels. Sejak aku mengandung anak pertama tahun 2013 sehingga sekarang. Cuma sekarang aku dah tukar kepada VCO Pormegranate (VCO Delima) untuk tambah khasiat. Minum air pun lebih dari 2 liter sekarang. kalau ikutkan masih tak cukup lagi, tapi tak apa, pelan-pelan. Yelah, aku kan ibu menyusu, aku nak lah yang terbaik untuk anak aku, sebab apa yang aku makan, itulah yang anak aku dapat. WHAT I EAT IS WHAT MY SON GET! Percayalah, kalau aku boleh, in shaa Allah korang pun boleh!
aku masih berusaha untuk kurus!
Tuesday, September 08, 2015
Charlie Puth "Marvin Gaye" lyrics
Tags
Lirik Lagu
[Chorus]
Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
[Charlie]
We got this king size to ourselves
Don't have to share with no one else
Don't keep your secrets to yourself
It's karma sutra show and tell
Woah
There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you
[Chorus]
Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
You got to give it up to me
I'm screaming mercy, mercy please
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
[Meghan Trainor]
And when you leave me all alone
I'm like a stray without a home
I'm like a dog without a bone
I just want you for my own
I got to have you babe
Woah
There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you
[Bridge]
Let’s Marvin Gaye and get it on
I got that healing that you want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
[Chorus]
Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
You got to give it up to me
I'm screaming mercy, mercy please
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
[Charlie]
We got this king size to ourselves
Don't have to share with no one else
Don't keep your secrets to yourself
It's karma sutra show and tell
Woah
There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you
[Chorus]
Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
You got to give it up to me
I'm screaming mercy, mercy please
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
[Meghan Trainor]
And when you leave me all alone
I'm like a stray without a home
I'm like a dog without a bone
I just want you for my own
I got to have you babe
Woah
There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you
[Bridge]
Let’s Marvin Gaye and get it on
I got that healing that you want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
[Chorus]
Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
You got to give it up to me
I'm screaming mercy, mercy please
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on
Jom Menuai!
Tags
Penyusuan
Morning korang!
Macam biasalah, setiap hari aku akan mencari ruang dan peluang untuk menuai hasil tanaman aku.. kahkahkah..
Terkejut?
Janganlah terkejut..
Aku kan ada anak kecil, jadi menuai tu membawa maksud mengepam susu.. Tanaman pula bermaksud, apa yang aku makan. Alhamdulillah.. anak aku masih mampu minum susu aku tanpa bantuan susu lain sehingga ke hari ini. Syukur ya Allah..
Nak tips susu banyak? Aku pun susu sekadar kais pagi minum pagi, kais petang minum petang.. In shaa Allah, sentiasa cukup buat anak aku..
Yang ada tips atau nak kongsi kebaikan mehlah komen.
TQ in advance korang!
Thursday, September 03, 2015
First Time
Tags
Kisah Aku
First time Hana Selfie dalam lif menara ni sejak masuk kerja tahun 2010 sehingga sekarang. Selalu tengok orang buat, kita pun cubalah.
Okay tak?
Arsyad merajuk
Tags
AmyrulArsyad,
Kisah AkuDanAnak
Biasanya hari Jumaat Johor kan memang cuti, tapi Amy akan buat overtime ataupun outstation join booth office. So, last week kami dapatlah spent quality time together sebab Amy tak kerja. Amy ajak makan luar sebab dah lama tak bawak aku dan anak-anak jalan-jalan.
Kami ni jenis suka makan kat tempat yang dah biasa pergi je, kalau tempat baru mesti kami akan rasa tak selesa. Hehe, bukan apa dah ada anak dua ni lebih selesa makan dekat-dekat je dengan rumah.
So, nak dijadikan cerita si Arsyad masa tu tak cukup rehat dan tidur, bangun-bangun dah ajak jalan dia pun mulalah buat perangai. Tak nak makan lah, tak nak minumlah, asyik nak melekat dengan puting je.. Geram tau Hana! Yang lagi geram bila makanan dalam pinggan Hana dah tinggal 5 sudu je, baru dia ada rasa nak makan. Bila makanan habis, mulalah mengamok. Sabar jelah anak! Sebab sekarang bila makan di kedai Hana akan order nasi goreng cina. Sebab Arsyad tak nak makan nasi putih semata, tapi kalau dekat rumah okay je. Kan nampak sangat tu memilih dia, haissh.. Ikut perangai siapa lah tu! huhuhu..
muka marah.
Sorry lah tak ada muka si adik dan si Amy, sebab selalunya waktu makan di kedai adalah waktu yang agak sukar untuk Hana handle. sebab Arsyad jenis anak yang dah dimanjakan oleh Tok Mak dan Tok Bah dia sejak kecil, jadi sikap manja dia masih belum dapat di atasi. Namun begitu, kematangan dia dapat dilihat dari hari ke hari, sehinggakan Hana rasa tak nak dia cepat sangat besar.
Syukur, Hana dapat rasai semua ni.
Alhamdulillah.
Nota kepala : saja try error guna nama "Hana" selalu taip "aku" je, hehe..
Tuesday, September 01, 2015
Tip untuk penjagaan tulang belakang
Tags
TIPS & PANDUAN
Gunakan kerusi yang dapat meyokong belakang anda supaya sentiasa dalam posisi tegak.Elakkan posisi menyandar atau menbongkok.Araskan supaya paras meja bersesuaian dengan ketinggian kerusi anda untuk tujuan menulis.Anda boleh guna meja yang boleh diubahsuai ketinggiannya atau pun meja yang condong kearah anda.Bila bangun dari kerusi jangan membongkok, tapi tetapkan bangun dengan menegakkan belakang anda.
2. Memandu
Ubahsuai posisi kerusi kereta anda supaya dapat memberi keselesaan semasa memandu.Pastikan kerusi anda tegak untuk menyokong belakang anda. Pastikan kerusi anda cukup jauh untuk meluruskan kaki anda. Elakkan memandu dalam masa yang terlalu lama.
3. Berjalan.
Tegakkan belakang semasa berjalan.Sentiasa meletakkan bahu anda pada posisi belakang. Bawa posisi dada anda kehadapan dan perut kedalam.Elakkan berjalan secara membongkok.Elakan pertukaran posisi/arah secara tiba-tiba.
4. Mengangkat objek berat.
Elakkan menggunakan tulang belakang untuk mengangkat berat.Pecahkan bebanan kepada berat yang lebih kecil.sentiasa tegakkan belakang semasa mengangkat sambil membengkokkan sendi lutut dan peha,bukannya tulang belakang anda.
5. Ketinggian pada tempat kerja
Ubahsuai ketinggian meja atau tinggikan kerusi untuk mengelakkan tulang belakang dari membongkok. Sentiasa tegakkan belakang semasa apa saja kerja anda lakukan.Gunakan sendi lutut untuk turun mencapai barang dilantai.
6. Batuk dan bersin
Otot pada dinding abdomen merupakan natural corset yang membantu kestabilan tulang belakang.Jika otot ini lemah maka banyak masalah tulang belakang akan menyusul. Keraskan perut anda semasa batuk dan bersin.Tahan perut anda semasa batuk dan bersin dengan kedua tangan anda supaya pergerakkan otot perut dapat dikawal.
7. Tidur
Berbaring pada tilam yang rata dan tidak melendut kebawah.Anda perlu mengekalkan lengkungan tulang lumbar (lumbar lordosis) semasa tidur terlentang.Anda boleh menggunakan bantal kecil untuk lapik belakang pinggang anda. Tidur meniarap tidak digalakkan kerana posisi ini akan meningkatkan tekanan kepada sendi facet.
Berbaring pada tilam yang rata dan tidak melendut kebawah.Anda perlu mengekalkan lengkungan tulang lumbar (lumbar lordosis) semasa tidur terlentang.Anda boleh menggunakan bantal kecil untuk lapik belakang pinggang anda. Tidur meniarap tidak digalakkan kerana posisi ini akan meningkatkan tekanan kepada sendi facet.
8. Menyarung seluar.
Jika anda ingin memakai seluar, jangan mencuba ketika berdiri kerana ini menyebabkan anda terpaksa membongkok.Sebaliknya pakai seluar anda sambil duduk dikerusi.
9. Kurang bergerak secara cepat
Elakkan pergerakan/situasi yang memberi impak langsung kepada tulang belakang.
Elakkan pergerakan/situasi yang memberi impak langsung kepada tulang belakang.
•Sukan yang lasak seperti melompat, jogging, rugby, mountain bike.
•Tukar arah posisi secara tiba-tiba.
•Batuk atau bersin yang kuat.
•Mengangkat atau mendukung benda berat.
•Memungut sesuatu dilantai dengan tiba-tiba.
•Elakkan obesiti.
•Sembelit
•Tukar arah posisi secara tiba-tiba.
•Batuk atau bersin yang kuat.
•Mengangkat atau mendukung benda berat.
•Memungut sesuatu dilantai dengan tiba-tiba.
•Elakkan obesiti.
•Sembelit
Anda juga boleh ambil Shaklee B Complex dan Ostematrix untuk menambah kalsium dalam badan anda. Jika berminat bolehlah hubungi saya Farhana 016-7253014
Subscribe to:
Posts (Atom)